18

201 31 25
                                    






━━━━┅━━━┅━━━━

"Nangis lagi?"

Jantungnya berdegup kencang apabila suara itu menyentuh gegendang telinganya. Situasi sekarang ini mengingatkannya pada hari terakhir mereka berdua bertemu.

Semakin deras air matanya mengalir, Namra tidak mahu menoleh kerana dia pasti akan menangis dengan lebih teruk lagi.

Gula-gula lolipop yg terbaring diatas pasir itu diambil. "Cita-cita kau masih nak burukkan gigi aku ke?" Usai mengusik, si dia duduk disebelah Namra.

"Namra.."

Gadis itu menangis teresak-esak sehingga kesulitan untuk bersuara.

"Nishimura Riki kau dah pulang ni. Maaf sebab mengambil masa yg lama, Namra" Melihatkan gadis yg dia sukakan itu menangis tanpa henti melemahkannya, air matanya pun turut mengalir.

"Aku berjaya buat pembedahan buang tumor tu. Jadi kita dah boleh hidup dengan bahagia sekarang, Namra"

Tangan Namra dicapai dengan lembut, sejambak bunga baby's breath yg dia bawa sejak tadi diberikan kepada gadis itu. "Nah, aku belikan bunga untuk kau. Cantik kan?"

"Namra.. kenapa kau diam dan tak pandang aku?"

Soalan itu berjaya membuatkan Seo Namra membalas pandangannya. Gadis itu tersenyum sambil menangis.

"Kau masih cantik, Namra. Aku nak peluk kau boleh?"

Ni-ki meminta izin sebelum memeluk erat gadis itu. Dia memejamkan mata ketika pelukannya dibalas. "Aku sayang kau, aku rindu kau, Namra"

"Ni-ki, aku pun rasa benda yg sama tapi.. kau terlambat"

Keningnya bertaut mendengar ayat yg keluar daripada mulut Namra itu. Apa maksudnya? Dia membuka mata perlahan dan gadis itu sudah lenyap daripada pandangannya.

Ni-ki melihat sekeliling mencari kelibat Seo Namra. Tapi tiada.

Gula-gula lolipop berperisa mangga yg berada diatas permukaan pasir itu menarik perhatiannya.

"Oh ya"

Sejambak bunga baby's breath yg sedang dipeluknya itu dia tatap lama. Air mata kelelakiannya dibiarkan mengalir begitu sahaja.

"Rupa-rupanya, aku yg tunggu dia selama ni"






























The end
Tamat

11:49 am. Thursday. 31 March 2022.

❝Sunset❞ + Ni-kiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang