08

137 30 1
                                    





━━━━┅━━━┅━━━━

Sudah 10 minit dia merenung gambar x-ray tumor yg berada didalam otaknya itu, ia diberi oleh doktor beberapa minggu lalu. Kertas itu digenggam kuat olehnya, dia masih dilemma sama ada dia harus memberitahu neneknya mengenai tumor tersebut ataupun tidak.

Ni-ki tak sanggup melihat neneknya bersedih selepas mengetahui tentang penyakit itu tetapi dalam masa yg sama dia juga ingin terus hidup.

"Riki, jum turun makan"

Bahunya terhinjut memberi tindak balas tatkala mendengar bunyi beberapa ketukan dan suara neneknya. Sebelum pintu biliknya sempat dikuak, dia terus menyorokkan gambar dan fail-fail penting itu ke dalam laci mejanya.

"Riki?"

Lekas dia berdiri, tak lupa juga untuk menunjukkan senyuman palsu supaya tidak kelihatan mencurigakan. "Ya, halmeoni. Jom turun"

"Kamu sembunyi apa tadi?"

"H-ha?"

Ni-ki mengerutkan dahinya ketika neneknya membuat mimik muka seolah-olah mengusiknya tentang sesuatu. Ingatkan dia akan disyaki menyembunyikan sesuatu yg penting, tapi tidak.

"Surat cinta daripada siapa tu?"

Dia mengeluh, lega dan penat melayan sikap neneknya. "Halmeoni"

"Hahaha okey okey. Jum makan"

Ni-ki menggelengkan kepalanya sebelum mengangkat langkah kakinya menuju ke dapur manakala neneknya baru mula menutup pintu biliknya.

Air muka wanita tua itu berubah. Dia tahu cucunya ada menyembunyikan sesuatu yg sangat penting daripadanya. Tapi buat masa sekarang ni dia akan cuba untuk berpura-pura tidak tahu.

━━━━┅━━━┅━━━━

"Namra, jum makan?"
Suara si ibu tiri yg cuba untuk berlembut itu cuma diabaikan oleh Namra. Dia berbuat-buat sibuk bermain telefon pintar dan tidak dapat mendengar disebabkan earphone yg melekat ditelinganya.

Si ayah tidak dapat bersabar lagi melihatkannya membuat perangai dihadapan isterinya. Naik darah beliau melihat anaknya itu biadap dan tidak pernah menghormati isterinya sama sekali.

Benda yg berwayar itu ditarik sehingga putus membuatkan Namra berdiri dan menjerit tak percaya. "Ayah?!"

"Seo Namra! Jangan biadap sangat dengan mama kamu boleh tak?!"

Gigi diketap kuat. "Mama? Dia bukan ibu Namra! Ibu Namra dah mati, oh? Dah lupa ke?!"

Terlalu terbawa emosi ketika Namra meninggikan suara sehingga membuatkan tangannya bergerak menampar pipi puterinya itu.

Suasana didalam rumah itu menjadi senyap serta merta. Air muka tuan Seo berubah ketika tersedar yg dia baru sahaja melepaskan tamparan dimuka anak perempuannya. "Namra.. Ayah tak ada niat nak tampar kamu"

Tawa kecil meluncur daripada mulut Namra. Matanya yg memerah dengan air mata yg bertakung itu memandang wajah si ayah dengan dingin. "Ini lah maksud Namra setiap kali kata yg ayah dah lupakan ibu Namra. Ayah tak kisah sakitkan Namra disebabkan perempuan ni, pastu bangga dah kahwin dengan dia"

"Namra, ayah minta ma-"

"Sudah, aku dah muak dengan semua ni"

Telefon pintar dicapai dan earphone miliknya yg sudah putus itu turut dibawa keluar dari situ. Namanya yg dipanggil-panggil oleh tuan Seo diabaikan dan terus melangkah.






























━━━━┅━━━┅━━━━

❝Sunset❞ + Ni-kiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang