Bab 1

20.4K 1.5K 68
                                    

SEORANG lelaki yang kira-kira berusia separuh abad melangkah keluar dari majlis keraian itu diikuti dengan beberapa orang pengawal peribadi di sekelilingnya. Melihatkan jumlah pengawal bersut hitam yang berada di sebelah kiri dan kanannya itu cukup menandakan bahawa dia merupakan orang yang berpengaruh.

Musuh berada di mana-mana.

Nyawanya bagaikan telur yang berada di hujung tanduk.

Langkah kakinya semakin dilajukan ke arah limousin yang setia menunggu dihadapan pintu besar tersebut. Belum sempat dia mahu memboloskan diri ke dalam kereta mewah tersebut, perbuatannya terhenti apabila tiba-tiba lengannya direntap dari arah belakang.

Membulat matanya tatkala sebuah pistol dihalakan tepat pada dahinya oleh seorang lelaki bertopeng hitam.

Kini, semua pengawal peribadi yang berada di sekelilingnya menghalakan senjata kepada lelaki bertopeng tersebut.

Demirez Hernandez mengangkat sebelah tangannya meminta semua pengawal peribadinya supaya bertenang. Jika mereka tersilap satu langkah sahaja, nyawanya yang akan menjadi mangsa.

Tatkala semua pengawal peribadi menurunkan senjata yang berada di tangannya, terdapat salah seorang daripada mereka yang masih berdegil dan tetap menghalakan senjata api kepada lelaki bertopeng tersebut.

Bang!

Bunyi sedas tembakan dilepaskan diikuti dengan jeritan daripada manusia yang lalu lalang di tempat terbuka tersebut.

Mungkin asbab daripada ketangkasan yang dimiliki olehnya, lelaki bertopeng itu telah jatuh menyembah lantai. Darah memancut keluar daripada abdomennya membuatkan Demirez Hernandez juga turut terkesima.

Semuanya terjadi dalam sekelip mata. Dia memandang salah seorang pengawal peribadinya yang kelihatan tidak beriak dan hanya bersahaja.

Masing-masing masih terkejut. Para pengawal peribadi Demirez yang lain kemudiannya terus menghalakan senjata api yang berada di tangan mereka kepada salah seorang pengawal peribadi yang berjaya menumpaskan lelaki bertopeng tersebut. 

Demirez mengangkat tangannya meminta semua pengawal peribadinya menurunkan senjata.

"Who is he?" tanya Demirez Hernandez kepada orang kanannya yang masih tegap disebelah. Perasaan ingin tahu mula menjalar di dalam hati.

Ketangkasan yang dimiliki oleh lelaki tersebut berjaya membuatkan dia tertarik.

"He's new here. Saya baru sahaja lantik dia jadi salah seorang pengawal peribadi di majlis ini, Tuan Hernandez," jawab Liam, orang kanan dan salah satu orang yang paling dipercayai oleh Demirez Hernandez.

"His name?" soal Demirez Hernandez lagi kepada orang kanannya tersebut. Mata masih tidak dialihkan daripada menatap sebuah mata yang beriak beku dan dingin tersebut.

"King. Seth King."

Entah mengapa, sebaris nama itu membuatkan bulu roma Demirez Hernandez berdiri tegak.

Dia kemudiannya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Tubuhnya dibolos masuk ke dalam kereta, meninggalkan kesemua pengawal peribadinya di situ.

Sebaik sahaja kereta milik Demirez Hernandez meninggalkan kawasan tersebut, para pengawal peribadi mula membongkokkan badan mereka sebagai tanda hormat.

Namun, hanya Seth seorang sahaja yang tidak berbuat sedemikian.

Kereta milik Demirez Hernandez dihantar dengan ekor mata.

"Leave him," ujar Seth tatkala salah seorang pengawal peribadi Demirez Hernandez ingin membuka topeng yang dipakai oleh lelaki yang terbaring lemah di atas lantai.

His Clarity : The Cursed Heiress [TERBIT]Where stories live. Discover now