SEBUAH senyuman terlakar pada bibir Ivy sebaik sahaja kereta yang dipandu oleh Seth berhenti di sebuah taman. Kawasan di sekitar itu malap, hanya terdapat beberapa buah lampu jalanan sahaja yang menerangi kawasan tersebut.
Jari telunjuk Seth pula bergerak menekan punat yang terdapat pada keretanya. Secara automatik, bumbung kereta mewahnya terbuka, membuatkan mereka kini betul-betul berada di bawah permukaan langit yang dipenuhi dengan bintang-bintang yang bergemerlapan.
Refleks, Ivy mendongakkan kepalanya ke atas. Langit yang dihiasi bintang itu sangat disukai olehnya. Ia bagaikan sebuah terapi.
Sempat Seth mengerling ke arah Ivy yang berada di sebelahnya. Di atas peha wanita itu, terdapat seekor ferret yang sedang tidur dengan buas.
Tangannya dilipat ke dada, kemudian matanya dikatup.
"You nak berehat ke?" soal Ivy apabila melihat lelaki itu sedang menutup mata sambil berpeluk tubuh.
"Mesti you penat, kan?"
Tiada balasan daripada Seth membuatkan Ivy juga turut terdiam.
Dia sudah kehabisan soalan untuk ditanya.
Walaupun dia tahu bahawa keadaan bakal menjadi amat dingin dan sangat janggal. Entah apalah yang merasuk jiwanya supaya mengajak Seth keluar pada pukul dua pagi ini.
"Do you.. have any weakness?" Ivy masih mencuba nasib untuk bertanyakan soalan kepada lelaki dingin di hadapannya itu.
Seth membuka matanya lalu dia mengerling Ivy dengan ekor mata. Tanpa teragak-agak dia menjawab, "No."
"Everyone have a weakness. Mustahil you tak ada kelemahan."
"Why are you so interested in someone's weakness?" soal Seth sinis. Ivy pula tersenyum tipis kemudian kepala digeleng.
Nafas ditarik kemudian dihela berat, "I have a weakness. Mama is my weakness. Her voices is my weakness.."
"Everytime she said, 'Vy sayang mama, kan?' I rasa seolah-olah hidup I akan berakhir kalau I tak ikut cakap mama."
"Women don't fit the outfit to their bodies.. In fact, they fit the bodies to the outfit," gumam Ivy perlahan namun dapat didengari oleh Seth. Itulah ayat yang selalu diingatkan oleh Madelaine kepadanya sejak dia masih kecil lagi.
"Who said that?" soal Seth pula sebaik sahaja mendengar bicara Ivy tersebut.
Ivy tersenyum, "Mama.."
Mindanya terbayangkan wajah Madelaine.
Madelaine yang tegas dengannya.
Madelaine yang penyayang dengannya.
Madelaine yang sering memberi hukuman setiap kali dia tidak menyempurnakan sesebuah perkara dengan betul.
Madelaine yang akan memberikan ganjaran kepadanya setiap kali dia menyempurnakan persembahan piano.
"I ni hanya patung di mata dia."
"Tapi I okey. Kalaulah dengan layanan macamtu boleh buatkan I dapat kasih sayang mama, I sanggup tadahkan diri." Tawa kecil terlepas dari bibir Ivy.
YOU ARE READING
His Clarity : The Cursed Heiress [TERBIT]
Romansa[COMPLETE] [TERBIT] 3rd romance BUKU INI TELAH DITERBITKAN DI BAWAH SYARIKAT PENERBITAN FAJAR PAKEER "𝒀𝒐𝒖 𝒇𝒐𝒓𝒈𝒐𝒕 𝒕𝒉𝒆 𝒇𝒊𝒓𝒔𝒕 𝒓𝒖𝒍𝒆 𝒐𝒇 𝒉𝒖𝒏𝒕𝒊𝒏𝒈 ; 𝒏𝒆𝒗𝒆𝒓 𝒍𝒆𝒂𝒗𝒆 𝒕𝒉𝒆 𝒉𝒖𝒏𝒕 𝒖𝒏𝒇𝒊𝒏𝒊𝒔𝒉𝒆𝒅." Ivy...