Bab 13

12.1K 1.4K 201
                                    

"REALITINYA, sindiket pemerdagangan manusia kini semakin berleluasa sejak lima tahun yang lepas lagi. Hasil daripada serbuan pihak Interpol, kami telah berjaya menangkap seorang lelaki berwarganegara Perancis yang didakwa merupakan salah seorang daripada konco-konco yang bergerak aktif dalam kegiatan pemerdagangan manusia secara haram di bumi Perancis."

Skrin televisyen yang memaparkan berita tentang perkembangan kegiatan pemerdagangan manusia itu terus bertukar menjadi hitam tatkala Fernanda bertindak menutup siaran langsung tersebut.

Lantas itu, tangannya terus menghulurkan beberapa helaian kertas kepada Madelaine yang sedang bersandar pada kerusi kerjanya.

"He's clear."

Madelaine memcebikkan bibir tatkala membaca setiap biodata lelaki yang dicetak keluar oleh Fernanda.

Dia menganggukkan kepalanya, "Seth King?"

Hairan Madelaine apabila membaca nama lelaki itu.

"Dia tak ada keluarga. Sejak kecil hanya hidup bersendirian."

"Rumah anak yatim pula?" soal Madelaine ragu-ragu.

"Dia tak tinggal di rumah anak yatim. Hanya merempat dan mengemis di jalanan sehingga dia besar."

"Demirez yang ambil dia kerja?" Madelaine menyoal lagi. Kali ini Fernanda menganggukkan kepala lalu tangannya bergerak menghulurkan sebuah iPad kepada Madelaine.

Rakaman cctv di luar bangunan sebulan yang lalu itu dimainkan. Jelas di situ, kelakuan Seth yang tangkas. Rakaman yang berlaku ketika Demirez hampir-hampir sahaja kehilangan nyawanya. Namun Seth yang berada di situ lebih pantas melepaskan tembakkan kepada lelaki yang cuba membahayakan nyawa Demirez.

"He got skills," puji Madelaine sebaik sahaja rakaman cctv tersebut tamat. iPad tersebut kembali dicapai oleh Fernanda.

"Ya. Tuan Hernandez terhutang budi kepada dia."

"I like him."

"But he's not good for my daughter," sambung Madelaine lagi.

"You mean Annaise?"

Kepalanya digeleng sambil berkata, "He's not good for Ivy."

Dia tidak mahu Ivy hanyut di dalam dunianya sendiri. Selagi dia hidup, dia yang akan mengawal setiap yang dilakukan oleh Ivy.

Hanya dia.

Deringan bunyi telefon bimbit milik Fernanda membuatkan Madelaine dan Fernanda masing-masing mendiamkan diri.

Fernanda pula terus menjawab panggilan tersebut, "Baik. Terima kasih."

"Puan."

Madelaine menjongketkan keningnya kepada Fernanda, bertanya tentang apa yang tidak kena.

"Hugo sempat nampak ada orang pecah masuk di markas."

"Who?" soal Madelaine ingin tahu.

Memang benar ini bukan kali pertama markas mereka dipecah masuk, namun.. Setiap kali markas itu dipecah masuk,langsung tiada satu jejak pun yang ditinggalkan, membuatkan mereka agak susah untuk menjejaki si penceroboh.

Namun kali ini berbeza. Hugo, orang suruhan Madelaine yang sentiasa berjaga di markas itu sempat memerhatikan si penceroboh.

"Liam."





MIMPI yang sama lagi. Kepala Ivy tergeleng-geleng di dalam tidur, cuba mengusir bayangan hitam yang sentiasa membelai rambutnya sejak dia kecil. Permulaan mimpi itu sangat indah belaka. Namun Ivy tahu, permulaan yang indah itu bakal diakhiri dengan sesuatu yang bakal menyesakkan dadanya sendiri.

His Clarity : The Cursed Heiress [TERBIT]Where stories live. Discover now