PELUH dingin mula merinik di dahi. Kepalanya digelengkan keras dalam tidur, berharap bayangan mimpi yang sering menerjah tidurnya di setiap malam dapat dihapuskan.
"Mati! Mati! Mati!" Suara itu lagi...
Tangan si dia semakin kuat menolak tubuhnya agar kembali berbaring di dalam tab mandian yang dipenuhi air. Terkapai-kapai Ivy mencari nafasnya apabila tangan itu semakin kuat menolaknya.
Kepalanya digeleng keras, menghalau mimpi itu. Sesekali, esakkan mula kedengaran. Ivy menangis di dalam tidur. Dadanya berasa amat sesak saat ini.
"Shhh.." Terasa seakan kepalanya diusap oleh seseorang, Ivy menjadi semakin tenang akibat usapan itu.
"It's okay ma belle Grace.. I'm here." Kini, sebuah ciuman dirasakan pada dahinya. Ivy menganggukkan kepalanya di dalam tidur bagi menjawab ujaran tersebut.
Pujukan dan pelukan seseorang itu mampu melegakan gelora di dalam jiwanya. Tiada lagi mimpi buruk yang menerjah waktu tidurnya apabila si dia mula memeluknya.
Seperti hari kebiasaannya, ketika dia mengalami mimpi buruk itu..
Seseorang yang sering memanggilnya dengan nama 'Ma belle Grace' akan datang menenangkannya.
Tidak lama selepas itu, Ivy tersedar daripada tidurnya. Dia meliarkan pandangan ke arah sekeliling kawasan bilik yang agak malap yang hanya bercahayakan sebuah lampu tidur di sisinya.
Dia pasti..
Madelaine berada di sini tadi.
Memujuknya dalam tidur agar bertenang.
Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi dan Ivy sudah terjaga daripada tidurnya. Dia kemudiannya bangkit daripada baringannya lalu kardigan satin berlengan panjang yang tergantung di almari pakaiannya diambil kemudiannya disarungkan ke tubuh.
Balkoni besar yang terletak di hujung kamar tidurnya itu didekati lalu dia melemparkan pandangan ke arah luar. Memerhatikan setiap pemandangan yang tersergam di hadapannya sambil memghirup udara segar di pagi hari.
Rasa seakan ada magnet yang menariknya agar membuang pandangan ke arah sisi. Kini, Ivy memandang tepat ke arah kawasan sebelah biliknya. Tidak terlalu dekat dan tidak terlalu jauh.
Ruangan sulit milik Demirez Hernandez yang terletak di hujung jelas kelihatan terang-benderang. Makin Ivy memerhati, makin dia berasa ingin tahu.
Jelas kelihatan susuk tubuh ayahnya, Demirez sedang berbicara dengan seseorang melalui tingkap yang tidak dilindungi oleh tirai itu.
Lelaki yang berhadapan dengan Demirez itu membongkokkan tubuhnya 90 darjah, mungkin perbincangan mereka berdua telah tamat. Saat lelaki itu berpaling, Ivy menjadi semakin keliru.
Seth?
Bagaimana Seth boleh diberikan kepercayaan untuk bertemu dengan Demirez di ruangan peribadi itu sedangkan lelaki itu baru sahaja berkhidmat dalam keluarga mereka?
Tidak mahu membiarkan perasaan ingin tahu membelenggu dirinya, tangannya terus bertindak mengemaskan ikatan kardigan satin yang tersarung pada tubuh lalu dia melangkah keluar dari kamarnya.
Ketika dia melangkah menuruni anak tangga, matanya bertembung dengan anak mata Seth yang juga turut sama melangkah turun daripada tingkat atas. Namun, mereka berada di tangga yang berbeza.
Tangga tersebut seolah-olah bertentangan.
Memisahkan antara kamar beradu milik Ivy dan juga ruangan peribadi milik Demirez.
Ivy berdehem perlahan menghilangkan rasa gugup di hati apabila matanya bertembung dengan anak mata dingin milik Seth. Lelaki itu tampak lebih kacak berbanding sebelumnya.
YOU ARE READING
His Clarity : The Cursed Heiress [TERBIT]
Romance[COMPLETE] [TERBIT] 3rd romance BUKU INI TELAH DITERBITKAN DI BAWAH SYARIKAT PENERBITAN FAJAR PAKEER "𝒀𝒐𝒖 𝒇𝒐𝒓𝒈𝒐𝒕 𝒕𝒉𝒆 𝒇𝒊𝒓𝒔𝒕 𝒓𝒖𝒍𝒆 𝒐𝒇 𝒉𝒖𝒏𝒕𝒊𝒏𝒈 ; 𝒏𝒆𝒗𝒆𝒓 𝒍𝒆𝒂𝒗𝒆 𝒕𝒉𝒆 𝒉𝒖𝒏𝒕 𝒖𝒏𝒇𝒊𝒏𝒊𝒔𝒉𝒆𝒅." Ivy...