Bab 15

11.9K 1.3K 167
                                    

PINTU pejabat persendirian yang dimiliki oleh Demirez diketuk oleh Liam beberapa kali sebelum dia membuat keputusan untuk melangkah masuk ke situ. Badan dibongkokkan sembilan puluh darjah kepada Demirez sebelum Liam sendiri bertindak menghulurkan beberapa buah dokumen berkenaan sindiket penjualan organ manusia secara haram kepada majikannya itu.

Huluran disambut, mata tajam milik Demirez mula memerhatikan setiap isi yang tertulis di dalam dokumen tersebut tanpa terlepas walau satu maklumat pun.

Saat membaca setiap maklumat tersebut, tangan Demirez mula mencengkam sisi kerusinya dengan kuat. Rahangnya diketap.

"Mereka semakin berani," kata Liam sambil memandang Demirez yang sedang menahan amarah yang membuak-buak.

Demirez menarik nafasnya sedalam yang mungkin lalu nafas dihela berat. Kaca mata yang tergantung di pangkal hidungnya dibuka lalu dicampak kasar ke atas meja.

"Madelaine dah pergi?" soal Demirez berkaitan isterinya.

"Ya. Puan dah berangkat tadi. Lebih kurang 15 minit yang lepas," ujar Liam bagi menjawab persoalan majikannya itu tadi.

"Grace?"

Liam menganggukkan kepalanya, "Miss Grace pun dah pergi tadi dengan Puan."

Serentak itu, Demirez terus bangkit dari duduknya kemudian dia melangkah keluar daripada bilik persendiriannya diikuti Liam yang setia di sebelahnya.

Sambil melangkah ke arah kereta yang terparkir di hadapan pintu utama rumah agam tersebut, tangan Liam bergerak menghulurkan iPad kepada Demirez.

"Keluarga Richards akan buat satu sidang media sebaik sahaja majlis pembukaan galeri mereka tamat," kata Liam.

"3 buah syarikat media telah direkrut oleh mereka untuk sidang media nanti," tambah Liam lagi. Mata Demirez pula galak memerhati artikel yang terpapar pada skrin iPad tersebut.

Demirez kemudiannya menghulurkan kembali iPad tersebut kepada orang kanannya, "Kita tunggu apa yang mereka akan umumkan."

"Baik, Tuan."

Demirez kemudiannya masuk ke dalam perut kereta, sebaik sahaja pintu kereta mewah tersebut dibuka oleh pemandunya.

Liam juga turut sama memboloskan diri masuk ke dalam kereta tersebut di bahagian hadapan bersebelahan dengan pemandu.

"Annaise macam mana?"

"Ren bersama dengan dia di akademi sekarang. Sebaik sahaja kelas Miss Anna tamat, mereka akan ke RichArt's Gallery bersama-sama," jawab Liam.

Demirez menganggukkan kepalanya. Pandangan dilemparkan ke arah luar tingkap.

Tiga puluh minit pemanduan, akhirnya Demirez dan orang-orangnya sampai ke RichArt's Gallery milik keluarga Richards.

Pintu yang dibuka dari luar membuatkan Demirez segera melangkah keluar daripada kereta mewah tersebut. Tidak lupa juga Liam di sebelahnya.

Sebaik sahaja pintu galeri seni itu terbuka, mata Demirez tertancap pada sosok tubuh Madelaine yang sedang bergelak tawa bersama dengan Richard dan isterinya, Jane.

Rata-rata yang hadir ke majlis ini hanyalah daripada golongan-golongan bangsawan dan tokoh korporat daripada Perancis. Ia sebuah majlis sulit, yang hanya dihadiri oleh golongan bangsawan sahaja.

Kini, mata Demirez tertancap pula pada anaknya, Ivy yang sedang berbual bersama Jaden di salah sebuah meja VVIP yang terletak di bahagian hadapan sekali.

His Clarity : The Cursed Heiress [TERBIT]Where stories live. Discover now