MALAM minggu menjelma, majlis tari-menari Masquerade Ball yang dianjurkan oleh keluarga Hernandez di Royaeume Mansion akhirnya tiba jua.
Ivy hanya membiarkan sahaja dirinya disolek dan disiapkan oleh beberapa orang pembantu. Baju gaun biru kembang yang tersarung kemas pada tubuhnya itu sangat memuaskan hati.
"You looks so gorgeous, Miss Grace." Raine yang baru sahaja tiba di dalam kamar beradu milik Ivy terus memuji kecantikkan majikannya itu.
Ivy tersenyum apabila mendengar pujian tersenyum.
"Last touch, Miss Grace. Your masquerade mask." Topeng berwarna biru dikelilingi emas yang hanya menutupi bahagian mata dipakaikan kepada Ivy.
"You're done." Rambut hitam milik Ivy dirapikan oleh Raine.
"Merci (Thank you)," ujar Ivy kepada para pekerja yang membantunya bersiap.
ttok! tok! ttok!
Pintu kamar beradu itu diketuk beberapa kali daripada luar membuatkan semua yang berkerumun di sekeliling Ivy berpaling.
Fernanda yang baru sahaja melangkah masuk itu dikerling oleh Ivy dengan senyuman. "Yes, Fernanda?"
Fernanda pula terus menundukkan kepalanya lalu skarf berbulu putih yang berada di atas dulang emas dihulurkan kepada Raine di sebelah.
Raine pula hanya menyambut dulang tersebut.
"Puan Hernandez arahkan saya untuk berikan Miss Grace ini," kata Fernanda. Ivy menganggukkan kepalanya.
Usai berkata sedemikian, Fernanda melangkah keluar daripada kamar beradu tersebut. Raine pula terus melangkah mendekati Ivy bersama dulang emas tersebut.
"Miss Grace nak pakai ke?" soal Raine.
Ivy menganggukkan kepalanya. Ya. Ini hadiah daripada Madelaine, dan dia amat menghargai setiap pemberian mamanya itu.
"Hey, Daisy.. Kenapa ni?" Daisy yang tiba-tiba sahaja menguis bahagian bawah gaunnya itu diambil.
"Why?" Bulu lembut Daisy diusap oleh Ivy dengan senyuman. Daisy pula terus naik ke atas bahunya lalu dia tidur di situ.
"Miss Grace nak pakai skarf ni atau tak?"
"Erm tak payah kut," jawab Ivy. Dibiarkan sahaja haiwan peliharannya itu tidur di atas bahunya. Tidak mahu mengganggu tidur ferret tersebut.
"Baik." Raine pula terus menghulurkan dulang yang berisi skarf berbulu di tangannya itu kepada pekerja di sebelahnya.
Langkah kaki diatur turun ke tingkat bawah, di mana para tetamu mula berkumpul. Kelibat mamanya, Madelaine Hernandez yang sedang tersenyum melayan tetamu itu didekati.
"Ivy.." Madelaine berpaling. Dia tersenyum tatkala melihat tubuh Ivy yang tampak amat cantik disarungkan dengan gaun biru tersebut. Ditambah pula, hiasan rambut dan juga topeng mata yang dipakai oleh Ivy, cukup membuatkan mana-mana sahaja mata yang memandang terpaku.
Namun, senyuman Madelaine mati apabila perasan ada sesuatu yang kurang pada tubuh anaknya.
"Where is your fur scarf?" soal Madelaine sambil menyentuh bahu Ivy lembut. Ivy pula tidak tahu ingin berikan apa sebagai jawapan.
"Nevermind. Meet Mr. Richards and his wife." Tangan Ivy ditarik lembut, mengarahkan Ivy untuk menyapa Tuan Richard dan isterinya.
"Enchanté. (Nice to meet you.)," kata Ivy sambil tersenyum, kepala direndahkan sedikit.
"Enchanté, Ivy. (Nice to mee you, Ivy.)"
Madelaine menjongketkan keningnya ke arah Fernanda yang kelihatan gelisah dari tadi. Fernanda pula terus mara selangkah ke arah majikannya lalu dia membisikkan sesuatu.
YOU ARE READING
His Clarity : The Cursed Heiress [TERBIT]
Romance[COMPLETE] [TERBIT] 3rd romance BUKU INI TELAH DITERBITKAN DI BAWAH SYARIKAT PENERBITAN FAJAR PAKEER "𝒀𝒐𝒖 𝒇𝒐𝒓𝒈𝒐𝒕 𝒕𝒉𝒆 𝒇𝒊𝒓𝒔𝒕 𝒓𝒖𝒍𝒆 𝒐𝒇 𝒉𝒖𝒏𝒕𝒊𝒏𝒈 ; 𝒏𝒆𝒗𝒆𝒓 𝒍𝒆𝒂𝒗𝒆 𝒕𝒉𝒆 𝒉𝒖𝒏𝒕 𝒖𝒏𝒇𝒊𝒏𝒊𝒔𝒉𝒆𝒅." Ivy...