PINTU bilik kerja Demirez Hernandez diketuk oleh Ivy beberapa kali sebelum dia mendengar suara ayahnya dari dalam bilik yang mengarahkannya untuk masuk.
Dia melangkah masuk ke dalam bilik itu dengan perasaan gementar. Dua tahun tidak bersua muka dengan ayahnya cukup membuatkannya berasa amat gementar dan risau.
Lagipula, hubungannya dengan Demirez Hernandez tidak akrab menjadikannya semakin gemuruh untuk bertentang mata dengan si ayah.
"Papa nak jumpa Vy?"
Kini, dia berdiri betul-betul di hadapan meja Demirez. Demirez yang sedang membelakanginya itu diperhatikan.
"Ya." Demirez menjawab, masih tidak memusingkan tubuhnya menghadap si anak.
Dia kemudiannya bergerak ke arah sebuah rak yang menempatkan pelbagai fail dan dokumen lalu sebuah fail dikeluarkan dari situ.
"Esok masuk kerja." Fail itu diletakkan kasar di atas meja. Bebola mata Ivy pula terus naik memandang ayahnya yang hanya beriak dingin.
"Vy ingat nak masuk minggu depan, pa."
Jujur, dia perlukan rehat yang lebih panjang. Dia tidak jangkakan bahawa dia perlu masuk ke pejabat sebaik sahaja tamat belajar di luar negara.
Dia baru sahaja pulang ke sini dan sekarang dia diarahkan oleh Demirez untuk masuk ke pejabat. Bagi Ivy, permintaan itu terlalu berat. Dia masih memerlukan rehat yang cukup.
"This is not a request but an order, Ivy Grace Hernandez," ujar Demirez Hernandez dengan nada tegang.
Nafas bagaikan tersekat di kerongkong tatkala nama penuhnya disebut oleh Demirez. Lambat-laun, Ivy menganggukkan juga kepalanya tanda bersetuju.
Keluhan terbit pada bibirnya. Tidak mungkin dia boleh membantah keputusan ayahnya.
"Vy keluar dulu," pamit Ivy seraya membongkokkan tubuhnya sembilan puluh darjah.
Demirez pula hanya menghantar sosok tubuh si anak dengan ekor mata. Dengusan kasar terbit pada bibirnya.
Sebaik sahaja sampai ke dalam bilik beradunya, Ivy berpeluk tubuh, menghadap tingkap. Tingkap kaca yang besar disitu membolehkannya melihat bintang-bintang di langit tanpa perlu bergerak keluar dari bilik.
Ivy tersenyum tanpa sedar. Jika dia terlampau fikirkan sesuatu dan agak tertekan dengan keadaan yang agak serabut di dalam rumah agam ini, dia pasti akan mengelamun sambil melihat pemandangan yang tersergam indah di luar.
Seekor merpati yang kebetulan lalu di hadapannya itu membuatkan senyuman Ivy semakin melebar.
Dia mahu menjadi seekor merpati..
Merpati putih yang anggun dan cantik.
Merpati putih yang bebas bergerak ke mana-mana tanpa tali.
Merpati putih yang bebas terbang di udara tanpa perlu menghiraukan perasaan yang lain.
"Miss Grace.." Suara pembantu rumah di situ yang diberikan nama Raine membuatkan Ivy berpaling.
"Puan Hernandez kata beliau akan singgah untuk berjumpa Miss Grace sebelum keluar," kata Raine membuatkan Ivy tersentak.
Gaun berkain satin berwarna hitam yang melekat pada tubuhnya ditepuk-tepuk perlahan dan dibetulkan agar kelihatan lebih kemas pada tubuh.
![](https://img.wattpad.com/cover/296985212-288-k5833.jpg)
YOU ARE READING
His Clarity : The Cursed Heiress [TERBIT]
Romansa[COMPLETE] [TERBIT] 3rd romance BUKU INI TELAH DITERBITKAN DI BAWAH SYARIKAT PENERBITAN FAJAR PAKEER "𝒀𝒐𝒖 𝒇𝒐𝒓𝒈𝒐𝒕 𝒕𝒉𝒆 𝒇𝒊𝒓𝒔𝒕 𝒓𝒖𝒍𝒆 𝒐𝒇 𝒉𝒖𝒏𝒕𝒊𝒏𝒈 ; 𝒏𝒆𝒗𝒆𝒓 𝒍𝒆𝒂𝒗𝒆 𝒕𝒉𝒆 𝒉𝒖𝒏𝒕 𝒖𝒏𝒇𝒊𝒏𝒊𝒔𝒉𝒆𝒅." Ivy...