IVY mengeratkan pelukannya pada selimut. Dingin pada pagi itu sedikit-sebanyak mampu dikurangkan dengan adanya selimut tebal itu. Sesekali hidungnya menghidu bau selimut tersebut. Sebuah senyuman terkoyak pada bibir Ivy di dalam tidurnya.
Dahi mula berkerut apabila bauan yang tidak dikenali mula menyapa hidungnya.
Bau maskulin.
Bauan maskulin yang amat kuat mula menyusup ke dalam deria baunya membuatkan Ivy terus membuka matanya serta-merta.
"Baju siapa ni?" soal Ivy kepada diri sendiri, jaket kulit berwarna hitam yang berada di atas ribanya ditilik.
Sekali lagi baju tersebut didekatkan dengan hidungnya, cuba untuk mengenal pasti wangian yang terdapat pada jaket kulit tersebut.
Tatkala mindanya mula mengimbas kembali kejadian pukul 2 pagi tadi, di mana dia menemani Seth bertemu dengan seseorang di atas bukit, sebuah senyuman tidak semena-mena terlakar pada bibir merah ranum miliknya.
Dia kenal wangian yang terdapat pada jaket kulit ini.
Ini wangian Seth.
Bau maskulin yang dimiliki oleh seorang Seth.
Bunyi dedaun pintu kamar yang dibuka dari luar menyentakkan lamunan Ivy. Dengan tangkas, tangannya bergerak menyembunyikan jaket kulit tersebut di bawah gebar putihnya.
"Miss Grace belum bersiap lagi?" soal Raine.
Ivy menggelengkan kepalanya, "I baru bangun, Raine."
"Hari ni Miss ada majlis pelancaran di syarikat." Saat Raine mengutarakan ayat tersebut, jantung Ivy bagaikan hendak terkeluar sahaja.
Bagaimana dia boleh terlupa akan hal tersebut?
Dengan pantas Ivy bangkit daripada katilnya, langkah kakinya dilajukan ke arah bilik air yang tersedia di dalam kamar besar tersebut.
Namun langkah berhenti serta-merta apabila teringat akan sesuatu. Dia berpatah semula ke arah Raine yang sedang mengemas katilnya lalu dengan terburu-buru jaket kulit tersebut diambil.
"Apa tu, Miss Grace?" tanya Raine apabila melihat Ivy menyembunyikan sesuatu di belakangnya.
"Nothing."
Sebaik sahaja menyarungkan pakaian yang sesuai dan mengenakan solekan tipis pada wajah mulusnya, langkah kaki Ivy dilajukan menuruni setiap anak tangga. Rambut dirapikan dengan menggunakan jemari runcingnya.
Belum sempat dia ingin melabuhkan duduk berhadapan dengan Madelaine, pertanyaan pertama yang keluar dari bibir Madelaine membantutkan niatnya.
"Where did you go?" soal Madelaine, tangan bergerak mengelap pinggir bibirnya dengan menggunakan napkin.
"Maksud mama?" Soalan berbalas soalan.
Madelaine pula terus berjalan mendekati Ivy. "2 a.m untill 6 a.m in the morning."
"Where did you go?" soal Madelaine ingin tahu. Nadanya mendatar. Tidak suka Ivy mengabaikan pertanyaannya.
Ivy menelan liurnya kesat. Sempat dia mengerling ke arah Annaise yang hanya mendiamkan diri di meja makan. Annaise pula mengangkat bahunya ke atas, tidak tahu bagaimana hendak menolong.
"Vy keluar." Itu sahaja jawapan Ivy.
"Dengan?"
"Vy keluar sendiri." Tidak mahu menyebut nama Seth dan menimbulkan lebih banyak syak wasangka.
"Lain kali jangan—" Tangan Madelaine sudah baik tinggi ke udara, membuatkan Ivy memejamkan matanya.
"—jangan keluar sendiri.." Pipi Ivy diusap lembut oleh Madelaine membuatkan Ivy membuka matanya perlahan-lahan.
YOU ARE READING
His Clarity : The Cursed Heiress [TERBIT]
Romantizm[COMPLETE] [TERBIT] 3rd romance BUKU INI TELAH DITERBITKAN DI BAWAH SYARIKAT PENERBITAN FAJAR PAKEER "𝒀𝒐𝒖 𝒇𝒐𝒓𝒈𝒐𝒕 𝒕𝒉𝒆 𝒇𝒊𝒓𝒔𝒕 𝒓𝒖𝒍𝒆 𝒐𝒇 𝒉𝒖𝒏𝒕𝒊𝒏𝒈 ; 𝒏𝒆𝒗𝒆𝒓 𝒍𝒆𝒂𝒗𝒆 𝒕𝒉𝒆 𝒉𝒖𝒏𝒕 𝒖𝒏𝒇𝒊𝒏𝒊𝒔𝒉𝒆𝒅." Ivy...