Bab 11

11.6K 1.3K 64
                                    

MINUMAN yang berada di hadapannya disisip sedikit, lalu tumpuannya ditumpukan kepada Jaden di hadapan. "You nak I buat persembahan?" soal Ivy kepada Jaden.

"Ya, Ivy. Nanti pembukaan RichArt's Gallery, I nak you buat persembahan piano."

RichArt's Gallery. Galeri seni yang bakal dibuka oleh keluarga Richards di negara Perancis ini.

Walaupun masih belum dibuka sepenuhnya, galeri itu telahpun menjadi topik hangat dan bualan para ahli konglomerat dan keluarga bangsawan di bumi Perancis.

"Tapi I dah tak biasa.. Hampir 3 tahun I tak buat persembahan depan orang ramai."

Benar. Sejak Demirez menghantarnya ke luar negara untuk menyambung pelajaran dan mengambil bidang bisnes, dia sudah jarang membuat persembahan piano.

Walaupun begitu, dia tidak pernah berhenti bermain piano. Tambahan pula, Madelaine sentiasa menggalakkannya untuk bermain piano.

Jadi, dia tiada sebab untuk berhenti.

"You jangan risau. Kita masih ada dua minggu untuk majlis pembukaan galeri tu. Jadi you ada masa yang cukup untuk sesuaikan diri," ujar Jaden cuba untuk menyakinkan Ivy. Baginya, Ivy bukanlah seorang amateur di dalam dunia seni dan muzik.

"Nanti I fikirkan semula," kata Ivy. Sekurang-kurangnya, dia perlu bertanyakan kepada Madelaine soal ini terlebih dahulu.

Dding!

Bunyi sudu yang berlaga dengan pinggan marmar itu menyentakkan lamunan Ivy tentang perbulannya bersama Jaden tengah hari tadi.

Refleks, Ivy terus menangkat wajahnya. Dia memandang Madelaine yang juga turut memandang ke arahnya. Bunyi dentingan kuat yang terhasil apabila sudu berlaga dengan pinggan itu jelas terhasil membuatkan masing-masing yang berada di meja makan turut memandang ke arah Ivy.

"Sorry." Lekas Ivy meminta maaf untuk kecuaian dirinya tadi yang telah mengelamun ketika mereka sekeluarga sama-sama menjamu selera di meja makan.

"Ivy."

"Ya, mama?" Perlahan-lahan Ivy menyahut panggilan Madelaine. Mahu atau tidak, dia perlu bertentang mata juga dengan ibunya.

Madelaine yang sedang mengelap pinggir bibirnya dengan sehelai napkin itu hanya diperhatikan. Baru Ivy perasan, semua yang berada di meja makan itu telah menghabiskan makanan mereka.

Hanya makanan yang berada di dalam pinggannya sahaja yang tidak bersentuh. Ah! Ivy terlalu banyak mengelamun.

"Mama tengok Ivy semakin rapat dengan Jaden," ujar Madelaine.

"Ya.. Vy selesa dengan dia," jawab Ivy.

Jujur, Ivy sememangnya amat selesa dengan kehadiran Jaden. Dia langsung tidak berasa janggal dan aneh tatkala berada di sisi Jaden. Lelaki itu seakan-akan mempunyai satu aura yang amat positif.

"Good!" Madelaine tersenyum. Gelas panjang yang berada di hadapannya dicapai kemudian minumannua disisip perlahan.

Demirez pula hanya menjadi pemerhati. Sama juga dengan Annaise.

"Mama nak Vy setuju untuk buat persembahan piano di majlis pembukaan RichArt's Gallery."

Kini Ivy terdiam. Tidak lama selepas itu, sebuah senyuman terhias pada bibirnya.

Jaden sangat tangkas orangnya.

Jaden tahu betapa Madelaine sangat menjaga perihal anak-anaknya jadi lelaki itu mengambil langkah lebih awal untuk bertanyakan kepada Madelaine sendiri soal Ivy.

Tidak membantah, Ivy hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.

"Kenapa tak suruh Annaise sahaja?" Kini Demirez bersuara. Annaise juga berbakat dalam piano.

His Clarity : The Cursed Heiress [TERBIT]Where stories live. Discover now