Bab 3

13.2K 1.3K 183
                                    

Parades High School, 2015

"WHAT do you mean?" tanya Ivy kepada seorang gadis di hadapannya. Tidak mengerti setiap patah yang dibicarakan oleh si dia.

"Betulkan apa yang aku beritahu tadi?" tanya gadis di hadapannya itu membuatkan Ivy semakin panas.

"Just straight to the point, Marie." Dingin nada ivy.

"Kenapa kau ajak aku berjumpa di sini? I don't have time for this. Kita ada kelas sekarang." Ivy berpaling, sedia untuk melangkah meninggalkan Marie di atas bumbung sekolah itu.

"Report. Your student report card." Ayat itu cukup membuatkan langkah kaki Ivy terhenti. Dia memusingkan tubuhnya kembali, menghadap Marie yang sedang tersenyum penuh makna.

"Maksud kau?" Dia mara selangkah ke arah Marie. Meminta penjelasan.

"Tch. No wonder you will always be the number one in our school." Bebola mata Ivy pula sudah menggeletar. Dia menarik nafas, cuba untuk bertenang.

"Jangan menipu yang kau tak pernah tahu tentang kerja-kerja Puan Hernandez. You know everything, Ivy! Yet you still choose to stay silent."

"I don't get what you're saying."

"Mungkin aku perlu laporkan hal ni kepada Pejabat Pendidikan baru kau faham. Kau dan Puan Hernandez akan disoal siasat oleh pihak pendakwa kerana telah memalsukan kad laporan pelajar."

"Shut up, Marie!" Tangannya sudah diangkat ke udara, mahu menampar wajah Marie yang sedang mengugutnya secara berhadapan.

Tangan Marie lebih pantas mencengkam pergelangan tangan Ivy. Menghalang gadis itu daripada melepaskan tamparan pada pipinya.

"I'm not weak like you, Ivy. Aku bukan macam kau yang perlukan pertolongan ibu dalam setiap benda."

Mata bertembung mata.

"Everything special about you is because of your mother. You're nothing without your mother, Ivy Grace Hernandez. Nothing." Sebaik sahaja berkata sedemikian, Marie terus meninggalkan Ivy di situ.

Terdiam Ivy di situ.

Benar.

Dia bukanlah sesiapa tanpa pertolongan ibunya.

She's nothing.

Ke mana-mana sahaja dia pergi, dia membawa nama Hernandez.

Ke mana-mana sahaja dia pergi, dia membawa tali bersamanya.

Tali yang dipegang oleh Madelaine.

Dia tidak ubah seperti sebuah anak patung.

Kelas Bahasa German bermula. Ivy langsung tidak menumpukan perhatiannya terhadap aktiviti pembelajaran yang berlangsung. Malah dia hanya hanyut dalam fikirannya sendiri.

"Ivy!" Suara Puan Liz bergema membuatkan Ivy yang sedang mengelamun tersentak.

"Tumpukan perhatian kepada kelas! Jangan mengelamun." Suara tegas Puan Liz kedengaran lagi. Ivy mendengus kasar.

His Clarity : The Cursed Heiress [TERBIT]Where stories live. Discover now