Bab 7

12.3K 1.4K 277
                                    

TERANGKAT bahu Ivy apabila tiba-tiba sahaja Annaise menghempaskan tubuh di sebelahnya. Buku yang berada di tangannya juga turut terlepas lalu jatuh di atas muka.

"Huh!" Annaise mendengus kasar tanpa menghiraukan Ivy yang sedang memandangnya kehairanan.

"What happened? Tentang Ren lagi ke?" soal Ivy. Annaise pula terus memalingkan wajahnya ke arah Ivy. Kakak ni seperti tahu-tahu sahaja sebab yang membuatkan dia begitu marah sekarang.

Ivy melepaskan tawa kecil apabila melihat wajah merah padam Annaise, dengan muncung sedepa dan dahi yang berkerut tidak suka. Fahamlah dia bahawa dia berjaya meneka dengan betul.

"I really really really hate him, kakak! Tak boleh ke papa pecat sahaja Ren tu?"

"Ren is not under papa, Anna." Annaise berdecit apabila mendengar ujaran Ivy.

Memang benar, Ren dan pasukannya seperti Jake, Fin, Wills dan Nick ialah pengawal peribadi yang dipilih dan diambil sendiri oleh Madelaine untuk menjaga mereka berdua.

Berbeza pula dengan Liam dan pasukannya. Liam dan rakan setugasnya hanya berkhidmat untuk Demirez.

Boleh dikatakan, pengawal peribadi yang berkhidmat di dalam keluarga mereka akan terbahagi kepada dua. Dan tidak dinafikan juga, pengawal-pengawal peribadi milik Demirez dan Madelaine ini jauh lebih tinggi pangkatnya daripada pengawal yang lain.

Kerana mereka yang paling dipercayai oleh majikannya.

"I hate Ren so much! Dia tak berhenti mengadu tentang Anna dekat mama!"

"Apa yang dia mengadu?"

"Well I did skip my German's lesson today dan dia terus inform dekat mama."

"Anna! Kenapa ponteng?" soal Ivy tatkala mendengar pengakuan adiknya itu. Kalau macam inilah perangai Annaise, memang patutlah Ren mengadu pada Madelaine.

"Bosan!"

"Apa-apa pun, I hate Ren! So much! Sangat-sangat! Benci! Dia ingat dia kacak sangat ke?!" Berdongkol geram di hati Annaise apabila dia terbayang wajah kacak Ren yang sedang tersenyum sinis kepadanya. Haih! Kalau aku ganyang dia, sodap!

"Whatever, Annaise. Jangan tersuka Ren pula nanti. Mama tak akan benarkan Anna dengan Ren. Percaya cakap kakak."

Annaise mencebikkan bibir. Sukakan Ren si tak guna tu? Pigidah!

"Hey, Daisy! Jangan ingat aku tak nampak eh kau menyorok dalam baju kakak aku!" Baju satin berkolar besar yang dipakai oleh Ivy diselak oleh Annaise.

Ferret yang sedang elok terdampar di atas perut kakaknya itu diambil lalu dia terus mengalihkan haiwan peliharaan tersebut ke sudut yang lebih jauh.

"Kakak Ivy is mine." Tubuh Ivy dipeluk oleh Annaise erat, dia tersenyum mengejek ke arah Daisy yang jelas sedang merenungnya tidak puas hati.

Lidah dijelirkan. Daisy yang jauh di sudut bilik itu pula terus berlari dengan laju ke arah Ivy dan Annaise yang sedang berpelukan di atas katil.

"Sibuklah dia ni." Annaise memcebikkan bibirnya apabila haiwan berbulu putih itu terus berbaring di atas peha kakaknya.

"Anna, kakak ada temu janji di butik kejap lagi. Tak nak teman ke?"

"Nak! Tapi.."

Ivy menjongketkan keningnya, menyoal.

"Tapi Anna ada kelas piano pukul 5 ni." Ivy pula menganggukkan kepalanya faham.

Tak apa. Dia boleh pergi sendiri kejap lagi.

His Clarity : The Cursed Heiress [TERBIT]Where stories live. Discover now