Bab 12

12.1K 1.4K 234
                                    

IVY melirik ke arah sisinya menggunakan ekor mata. Jujur, dia tidak berapa selesa saat ini. Kedudukannya dibetulkan lalu dia hanya berdiam diri mendengar sahaja apa yang dibualkan oleh papanya, Demirez dan juga klien penting di hadapannya itu yang merupakan wakil kepada Syarikat Pembinaan Z.

Sekali lagi mata Ivy melirik ke arah sisinya. Di sisinya terdapat Seth dan Liam yang sedang berdiri tegap bersama sepucuk pistol yang tersisip kemas di pinggang. Tidak lupa juga terdapat sebuah alat kecil yang tergantung kemas di telinga mereka berdua, sebagai salah satu alatan yang menghubungkan interaksi antara pengawal-pengawal peribadi keluarga Hernandez yang lain.

"Projek ni dah berjalan sebanyak 20 peratus seperti yang kita bincangkan sebelum ini. Saya harap Tuan berpuas hati dengan kerjasama pihak kami." Tangan Mr. Zoe pula terus dihulurkan ke arah Demirez Hernandez.

Refleks, Liam yang berdiri di sebelah Demirez pula terus bertindak menahan tangan Mr. Zoe. Tidak membenarkan Mr.Zoe bertindak dengan selanjutnya.

Sudah menjadi kerjanya menjaga keselamatan Demirez Hernandez.

Demirez pula menganggukkan kepalanya sedikit kepada Liam, agar melepaskan tangan Mr. Zoe.

"Yes. Thank you for your cooperation." Dia menyambut huluran tangan tersebut.

"I got a meeting right now." Demirez melirik ke arah jam mahal yang terlilit di pergelangan tangannya.

"Anything, you can refer to my daughter." Ivy yang hanya mengelamun dari tadi pula terus tersentak. Dia tersenyum ke arah Mr. Zoe, memberi reaksi kepada pernyataan ayahnya tadi.

Demirez pula terus bangun dari duduknya, bersedia untuk meninggalkan Ivy dan Mr. Zoe di restoren tertutup itu bagi meneruskan perbincangan mengenai projeknya.

Serentak itu, Ivy dan Mr. Zoe juga turut bangun dari bangkunya. Menghormati Demirez yang sudah ingin beredar dari situ. Mr. Zoe pula terus membongkokkan tubuhnya sedikit sebagai tanda hormat.

Sempat Demirez membisikkan sesuatu kepada Liam yang masih setia di sebelahnya sedari tadi. Lantas itu, Liam yang mendapat arahan daripada majikannya itu pula terus melirik ke arah Seth.

Seakan-akan memberikan sebuah arahan.

Seth yang faham akan lirikan itu pula hanya beriak tenang. Dia tahu tugasnya.

Bayang Demirez yang kian menghilang itu membuatkan Ivy dan Mr. Zoe kembali duduk di atas kerusi yang tersedia.

Sesekali mata Ivy melirik ke arah Seth yang masih masih berdiri tegap di sebelahnya. Lelaki itu hanya statik, memandang ke hadapan. Tidak langsung menoleh atau bergerak walau seinci sekali pun.

"So, Miss Grace. Apa yang perlu kita bincangkan lagi?" Pertanyaan daripada Mr. Zoe itu membuatkan Ivy berpaling.

Tidak menunggu lama, Ivy kembali mencapai fail hitam yang mengandungi beberapa prosedur projek mereka lalu dia hulurkan fail tersebut kepada Mr. Zoe.

"I did a research and I dah tetapkan dengan Tuan Hernandez. Dia juga setuju dengan apa yang I cakapkan ni."

"I think it's better if you adress about performance improvement towards your employees."

"It might be a good opportunity to discover behaviours and barriers among all of them. Besides, our project's due date is in two months but I langsung tak jumpa apa-apa progress sejak seminggu yang lalu," ujar Ivy sambil jarinya bergerak di atas fail tersebut.

Jarinya sibuk bergerak dari suatu perkataan ke suatu perkataan hinggalah kepada tarikh akhir projek antara dua syarikat tersebut.

Projek itu sudah berlangsung sejak sebulan yang lalu, namun langsung tiada kemajuan sejak daripada itu. Bayangkanlah.. Projek itu hanya berjalan sebanyak 20 peratus, sedangkan mereka perlu tamatkan dalam masa 2 bulan.

His Clarity : The Cursed Heiress [TERBIT]Where stories live. Discover now