Bab 17

11.8K 1.2K 281
                                    

IVY kalihkan pandangan ke arah sisinya, senyuman lebar terhias pada bibirnya tatkala wajah ceria Annaise mula menyapa retina mata. Kening Ivy naik bercantum apabila melihat wajah Annaise yang tersangat ceria itu.

Bukannya selama ini wajah Annaise tidak ceria, namun kali ini wajah adiknya itu berkali ganda lebih ceria.

Seakan-akan ada perkara gembira berlaku dalam hidupnya.

"Anna kenapa ni?" Tawa kecil terlepas dari bibir Ivy apabila tiba-tiba sahaja Annaise memeluk batang tubuhnya dengan erat.

Beberapa kucupan diberikan oleh Annaise pada pipi mulus kakaknya itu tanpa henti. Dia tersenyum menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik.

"Kakak.."

"Kenapa?"

"Anna rasa.."

Ivy menaikkan sebelah keningnya ke atas, bertanyakan soalan kepada adiknya yang kelihatan agar berbeza berbanding hari-hari sebelumnya.

"Anna rasa Anna dah jatuh cinta!"

"Really?" Mata Ivy terbuntang tanda tidak percaya.

Bukan apa, Annaise sememangnya sejenis yang keras hati. Jika berbicara tentang lelaki, Annaise lah orang pertama yang akan mengutuk jantina tersebut. Katanya, lelaki ini menyusahkan kecuali papanya.

"Well, yes!"

"I like him so much!" tambah Annaise lagi membuatkan Ivy juga semakin lebar senyumannya.

"He's such a good looking person!" Bersungguh Annaise memuji jejaka pujaannya di hadapan kakaknya.

"Amboi! Siapa yang Anna tengah describe ni?" Ivy mengecilkan matanya kepada adiknya. Jarang betul Annaise mahu memuji lelaki.

"Secret. Nanti kakak akan tahu juga." Sempat Annaise mengenyitkan sebelah matanya. Lantas itu, automatik bibir Ivy terjuih ke hadapan. Rahsia pula?

"Oh, Anna hampir terlupa nak pesan."

Ivy menjongketkan keningnya.

"Mama suruh kakak bersiap cepat. Abang Jaden dalam perjalanan ke sini. He's going to take your for a romantic dinner.." Annaise mencuit bahu kakaknya, sengaja ingin mengusik.

Ivy menggelengkan kepalanya sambil tertawa kecil. Ada-ada sahajalah Annaise ingin mengusiknya tentang Jaden.

"Abang Jaden is such a nice person. I really hope he can take a good care of you, kakak."

Ivy tersenyum tipis. Perlahan-lahan senyumannya memudar.

I hope so..

Minda mula menerawang kepada Seth.

Seminggu berlalu dengan pantas. Berita tentang pertunangannya sudah tersebar dengan meluas. Dalam masa seminggu ini, Ivy langsung tidak mampu memberanikan diri untuk menegur Seth.

Mungkin sudah tiba masanya untuk dia lupakan perasaan yang sudah mula bersarang di hati.

Lagipula, dia tidak akan mampu untuk memiliki Seth.

Loving him is like a death sentences.

Ia seolah-olah menempah maut daripada Madelaine.

"Anna ada kelas piano sekarang. Got to go." Annaise terus melompat turun dari katil kemudian dia terus memecut laju keluar dari bilik kakaknya itu.

Ivy pula hanya menghantar langkah adiknya itu dengan ekor mata. Bibir melakarkan sebuah senyuman kemudian dia melangkah mendekati balkoni besar miliknya.

His Clarity : The Cursed Heiress [TERBIT]Where stories live. Discover now