55. Lensa

133 4 0
                                    

Aidyl's POV

Aku dan Aim menuju ke library bersama...
Aim memakai earphonenya...
Maklumlah budak seni...
Sangat berbeza rasanya aku dengan Aim...

Saat di luar perpustakaan...
Ramai pelajar berkumpul seakan ada sesuatu yang terjadi...

"Weh asal weh minah tu"
"Entah... meroyan"
"Seram weh"

Aim seakan terdiam bila melihat pintu library...
Aku memegang lengan Aim dan Aim seakan terkejut...

"Ok ke?"

Aim "jom la kita pergi tempat lain"

Aim macam takut...
"Kenapa? Ada apa?"

Aim mula berpeluh dan tidak selesa...

"Weh weh weh!!"
"Abang Khalisku!!"

'Gedang!'
Pintu kaca cuba di buka...

Aku lihat encik Khalis cuba menarik seorang pelajar siswi yang cuba membuka pintu...

Aim "shxt!"
Aim memaling kearah aku dan menutup matanya...

"Sayang? Ok tak ni?"

Aim "Jom gerak pergi tempat lain..."

Aim menolak aku ke koridor...
"Pelajar!"
"Arghh!!"

Aku memandang kebelakang, pelajar diluar ada yang panik dan menjerit...

Aim mula menguatkan volume musicnya dan menutup lagi telinganya...

"Kaaauuu!!!"

Aku lihat pelajar yang cuba membuka pintu tadi sudah menyerupai haiwan liar...
Jarinya mencakar jubin...

Dan berlari kearah kami persis seekor harimau bintang...
Dan menarik baju Aim...

Aim "Aidyl!!"
Aku memaut kuat lengan kanan Aim...

Aim makin ditarik...
Aim jatuh kebelakang dan aku juga turut tersungkur di tepi Aim...

"Kau! Melati!!"

Aim terkejut dan cuba mengesot kebelakang, semerta aku bangkit dan berdiri dihadapan Aim...

"Apa masalah kau? Ha?! Aim takde buat salah pun!"

Aim "awak, jangan tengok mata..."

Aku lihat sekeliling, pelajar memberi ruang kepada kami...

"Melati..."

"Kau nampak kan? Ini Raimin? Lelaki... bukan Melati"

"Pelajar!"

Aku lihat encik Khalis yang sudah tidak kemas tercungap mengejar nafas kemari...

Khalis "pelajar... siswi tolong pegang dia"

Tiada yang berani mendekat...

Khalis "haish korang ni!"

Encik Khalis datang kearah kami dan menarik tangan pelajar yang kerasukan...

Khalis "Korang ok?"

Aim terdiam...
"Ha... Aim je dia serang..."

Pelajar kesurupan hanya menarget Aim...
Apa salah Aim...
Aim cuba untuk berdiri sambil memaut pada lengan aku...

Aku tarik...
Aim seakan lemah dan meletakkan lengan pada bahu aku...

Aim "Abang... bawak pergi ruang legar atas..."

Aidyl "erk... maksud Aim? Meja lepak?"

Aim hanya mengangguk...
Kami menapak perlahan dan setibanya di meja lepak iaitu satu sudut di setiap korridor ada meja yang sudah siap kerusi berwarna warni...

D U AWhere stories live. Discover now