Aidyl's POV
Aku menuju ke bilik mandi untuk mandi dan bersihkan badan aku...
Seharian di dusun...
Membuat baja kelapa dan carik sabut yang elok untuk tanah...Aim agak senyap harini...
Aku ada buat salah ke? Ke dia tak selesa tidur atas lantai?
Malam ni dia tidur dekat katil, aku tidur dekat lantai la...Aku membuka paip air dan menjirus badan aku dengan air dingin...
Segar dia lain macam... Tenang...Dah beberapa kali aku siram badan aku selepas bersabun...
Aku mengelap badan dan mengikat tuala di pinggang dan menuju ke bilik...Aku baring di katil dan tertidur...
Sedap dapat tidur lepas penat seharian...
Sakit bahu la...
Nanti mintak Aim urut...♪ ♪ ♪
Aim's POV
"Makcik... Ada apa-apa boleh Ayim tolong?"
Makcik "eh takpe takpe pergi rehat nanti makcik mintak Huda tolong"
"Makcik nak masak apa?"
Makcik "tomyam campur... Kamu makan kan?"
"Makan je hehehe... Ayim potong bahan ye cik"
Aku menuju ke singki basuh tangan dan mengambil sebuah mangkuk besar dan letak semua bahan masak untuk dipotong dan papan pemotong serta pisau...
Aku duduk di meja balik dan menumbuk batang serai 2...
"Acik, pakcik makan pedas tak?"
Makcik "makan je"
"Nak pedas mana?"
Makcik "pedas sikit mula-mula dah la... Pedas hujung susah pulak"
"Okay"
Aku memotong cili hijau dalam 4 batang dan cili merah 5 batang...
Bawang kuning aku potong separuh dan potong lagi separuh...
Separuh aku cincang dan separuh potong dadu...Makcik "Ayim... Selalu masak?"
"Selalu jugak la dulu... Sebab abang tak reti masak, semua saya hahaha"
Makcik "alahai untungnye kamu"
"Takde la makcik... Saya cuba belajar, try try sampai boleh"
Makcik "bagus la tu"
Aku memotong bunga kobis kecil-kecil dan beberapa bebola ikan serta cendawan tiram...
"Makcik, daun limau purut ada?"
Makcik "ada dekat luar, tepi bilik Adil"
"Saya pergi amik jap... 3 helai cukup tak"
Makcik "buat syarat je Ayim"
Aku keluar ikut pintu dapur dan menuju ke pokok limau purut...
Dari celah tingkap yang terbuka, aku lihat Aidyl sedang tidur nyenyak...
Keletihan...
YOU ARE READING
D U A
RandomD U A. Cerita cinta diantara Dua jejaka dialam Universiti. Dua personaliti yang berbeza dan Dua haluan yang berbeza. D U A.