56. Tinta

163 3 0
                                    

Aim's POV

Kenapa aku rasa seperti ada yang pelik...
Selepas menari tadi, kepala aku rasa lebih ringan dan tidak sakit seperti siang tadi...

Tamtam "urm... Ayim... tadi..."

"Hurm? Kenapa? Saya salah step ke?"

Tamtam "bukan bukan... erm... Ayim cakap Aim sayang Tamtam"

Aku terdiam...
Memang aku cakap ke tadi?
"Ha?! Erk... Aim mana cakap macam tu tadi"

Tamtam "Tam dengar jelas"

Tamtam menarik tangan aku dan kami berpandangan...
Tangan kami berpegangan seperti dalam tarian...
Dan Tamtam melihat anak mata aku dengan penuh harapan...

"A-ayim ingat dalam hati... sorry..."

Aku mula rasa panas semacam...
Tamtam meneruskan step seterusnya dalam tariannya...
Dan aku terikut dan kami menari sambil menuju ke blok kami...

Kegembiraan kami terhenti selepas disergah satu suara yang berkuasa di kediaman...

"Pelajar!"

Kami berhenti dan berjalan seperti biasa...
"Dah kenapa menari tengah jalan kediaman? Nak mati? Kena langgar"

"Sorry"

Aku menarik tangan Tamtam tapi abang Wan menarik beg aku...

"Apa abang ni?"

Wan "menari untuk aku"

"Takde masa la, dah la"

Wan "cepat... jangan membantah"

"Abang dah kenapa? Kita takde apa dah tau..."

Abang Wan melepaskan aku dan saat kami berjalan ke simpang blok,
Abang Haz muncul dan melanggar aku...

Haz "kau asal?!! Buta?!"

"Sorry"
Aku menarik tangan Tamtam dan menuju ke rumah dengan cepat...

Aku tak nak hadap diaorang dah...
Tamtam "Aim ok?"

"Urm, bye jumpa esok"

Tamtam "ahh... okay"
Tamtam naik tangga dan aku masuk ke rumah...

Penatnya practices...
Tamtam pulak macam tu...
Abang Ash...

Ah serabut...

♪ ♪ ♪

Aku terjaga dari tidur selepas pintu bilik diketuk berkali-kali...

Danny "fxxk la orang nak tidur sial... Aim? Bukak jap"

Aku bangun dan membuka pintu...
Mata aku masih terpejam sebab aku masih mengantuk dan malas...

"Hurm? Ada apa?"

"Kami dapat laporan, ada student dari rumah ni yang sakit atau pengsan harini... nama Raimin"

Aku membuka mata dengan perlahan...
"Saya Raimin"

"Boleh kami ambil keterangan? Sebab dalam masa terdekat ni, ramai pelajar kampus kita yang terkena strok haba dan kesannya pesakit mudah pengsan dan jika kritikal boleh sawan"

"Erm... saya pagi tadi memng tak larat nak bangun dalam pukul 12 ke 2 macam tu baru bangun... sakit kepala rasa berat, lepas tu time beli air mesin entah kenapa saya pengsan"

D U AWhere stories live. Discover now