78. Pusaran (18+)

248 6 2
                                        

Aim's POV

Badan aku masih terasa sengal...
Luka dan parut aku menyucuk...
Lebam di badan aku tidak terkira...

"Raimin bilik 2"

Aku berdiri dan menuju ke bilik nombor dua...
"Raimin, Mazran..."

"Ye doktor"
Doktor Hisyam menggeleng...

Doktor "Bad, tutup pintu..."

Aku lihat ke arah pintu,
Abang Bad dengan muka benci dan annoyed menutup pintu bilik...

Doktor "baring... sakit sendi kan?"
Aku menuju ke katil rawatan dan sendi aku ditekan perlahan oleh Doktor Hisyam...

Doktor "kalau sakit bagitahu..."
Saat di buku lali kaki aku, Doktor menekan dengan kuat...

"Argh! S-sakit Doc!"
Doktor menyelak hujung seluar aku...

Doktor "Bad, tolong sana..."
Buku lalu aku dicuci dan kemudian dibalut...

Doktor "ada lagi luka ke lebam?"

Bad "bukak baju"

"Ha?"

Abang Bad membuka hoodie aku dan letak ketepi...
Doktor "kamu bergaduh ke apa ni Raimin?"

Bad "melacur ni Doc"

Doktor "Bad... please jangan assume"

"Sokay... abang Bad melawak je tu Doc"

Selesai badan aku dibalut dan pergelangan tangan aku dibalut, aku diminta untuk tunggu di ruang menunggu...

Aku perasan, ada beberapa pelajar lain melihat aku seakan aku adalah pendosa besar...

"Raimin Mazran"

Aku ke kaunter...
"Ini ubat lebam hisap, ubat urat, ubat tulang dan tahan sakit... dan ubat sapu untuk... luka lebam"

"Terima kasih"

Aku keluar dari klinik kediaman, matahari terbenam...
Aku menuju ke court yang kosong dan duduk di kerusi batu...

Cantik matahari terbenam...
Tanpa aku sedar, aku senyum bahagia...

"Sorang?"

Aku mengangguk tanpa melihat siapa yang bertanya...
Aku ralit melihat matahari...

"Raimin..."
Aku rasa bahu aku dirangkul...
"I love you, Raimin"

Rahang aku ditarik dan sekelip mata, bibir aku dicium kemas...
Aku hanya memejamkan mata...
Kerana aku rasa selesa...
Hoodie aku diseluk oleh tangan yang menjalar ke rusuk aku...

"Urng~"
Saat cumbuan dilepaskan...
Aku lihat abang Daniel tersenyum...
"Abang..."

Aku memeluk abang Daniel sekuat hati aku...
Daniel "sayang ok?"

Aku mengangguk...
Daniel "cantik en sunset"
Aku bersandar pada bahu abang Daniel...

"Cantik"

Daniel "dalam seni... senja... lambang pengakhiran hidup... tua, tidak bermaya... letih, perit, penat..."

"Tenang"

Daniel "andai Senja menerpanya, akan aku menjadi purnama untuk mendamaikan..."

"Hahaha... abang tak payah nak berpuisi"

Daniel "abang ekspresikan hati abang... luah apa isi hati abang..."

"Tahu... terima kasih purnamaku, menemani aku dalam kelelahan..."

D U ATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang