Aidyl's POV
Mencari bahan untuk mak masak menjadi objektif aku...
Amal "Aidyl... kau... memang nak serious ke dengan Aim?"
Aku terdiam...
Aku lihat Amal dengan pelik...Amal "aku tak dapat jaga dia bila dekat kampus tu... atau jauh dari aku"
"Aim mesti nak abang"
Amal "kalau kau nak serious dengan Aim... aku boleh bagi... tapi dengan syarat"
"Abang macam dah tak sayang Aim je... asal?"
Amal "aku memang sayang dia... sometimes, aku rasa Aim perlukan seseorang untuk ada dengan dia... untuk jaga, bagi cinta, perhatian dekat dia"
"Abang... tu namanya Aim curang"
Amal "aku tak suruh kau bercinta dengan Aim, aku suruh kau jaga dia"
Aku diam kerana Amal seakan memasang perangkap...
Amal "Danny... pernah jaga Aim..."
"Danny?? Danny yang housemate tu?"
Amal mengangguk...
"Kenapa abang buat semua tu?"Amal "aku buat sebab nak Aim seronok... bahagia"
"Kenapa? Sekarang ni dia tak happy ke?"
Amal "dia tengah mental dengan keadaan Mazran... kau nampak usaha dia nak bebaskan Mazran dari hutang"
Aku mengangguk setuju...
Aim pernah cakap...
Dia takkan berhenti kerja untuk langsaikan semuanya...Amal "dari dulu... dia macam tu... sebenci dia dekat Mazran tu... dia masih anggap keluarga..."
Sepi kembali bersama kami...
Berat hidup Aim, keluarga macam tu...
Kami teruskan membeli barang dapur untuk mak masak...
Aku masih tertanya, Amal ni baik ke?
Atau dia cuma nak pergunakan Aim?♪ ♪ ♪
Amal "Dyl, kalau nak serious dengan Aim... kau kena hajar dia... hajar dia erti jujur dengan diri sendiri... jangan terlalu baik nak tanggung salah orang... jangan cari laki lain bila ada yang sudi jaga"
"Tapi bang, kan Aim tu hak abang"
Amal "aku mintak kau jaga... itu je"
Shxt, otak aku tak dapat nak fikir bersih...
Aku takut Amal ni pasang perangkap...Amal "bila kau rasa dia menipu, kau tinggikan suara, paksa dia, untuk jujur"
Aku hanya lihat Amal yang fokus memandu...
"Tapi, betul... Aim memang selalu tanggung salah orang, lepastu buat orang rasa bersalah"Amal "Aim boleh jadi dark empathy... dia... terkadang nak puaskan nafsu... tapi dengan cara buat orang yang mulakan, dia akan salahkan orang dalam diam... lepas tu dia akan perangkap orang tu"
"Kejap... mana abang tahu ni?? Sebab... Aim ada kes dengan coursemate... mula takde apa, entah bila coursemate tu macam tersuka Aim... padahal dia straight"
Amal "Aim tu... toxic... jahat... dia boleh buat orang straight suka dekat dia... dia pandai putar hidup orang... mungkin sebab tu Jack suka dia join geng dia"
Aku terdiam...
Semuanya masuk akal...
Aku tak pasti samaada Aim baik atau jahat...Apa Amal cakap semua betul...
Mungkin sebab mereka sudah lama kenal dan hidup bersama...
YOU ARE READING
D U A
CasualeD U A. Cerita cinta diantara Dua jejaka dialam Universiti. Dua personaliti yang berbeza dan Dua haluan yang berbeza. D U A.