Erggghhhh, cahaya pagi mula menembusi kelopak mataku, cahaya dari tingkap telah mencerahkan bilikku, namun aku masih enggan membuka mata, terlalu selesa tidurku kali ini. Tangan kiriku terasa kebas, seakan ada benda yang menghempapnya, hidungku terasa gatal dek rambut yang memasuki lubang hidungku. Rambut? Rambut siapa?
Aku membuka mata melihat ke bawah, dari rambutnya sudah ku kenal. Aqil. Aqil sedang tidur rapat ke badanku, tangannya memeluk erat badanku, kepalanya berada di atas lengan kiriku, patut la aku kebas, aish budak ni. Bila la kau datang tidur sini ni? Aku ingat kau taknak tidur sini dah
Aku merangkul pinggang Aqil semakin rapat, kakiku diletakkan di atas pahanya, tangan kiriku diangkat menarik kepalanya rapat padaku. Aku cium lembut rambutnya. Mataku semakin kuyu meminta untuk tidur semula
"Haah la Jim, betul la kau kata"
"Aku habaq dah kat hang Meq depa memang kena letak sekali"
"Eiyyy sweetnyaa, Mija, Mija, akhirnya aku nampak depan mata Mija!"
"Shhh diam la bodo Kinah, kang diorang bangun cemana?"
"Hangpa ni, beragak la nak skodeng depa"
"Ah Miyul, hang gak yang nak ikut tadi kan?"
WHAATTTT THEEE FFFFFFUUUUUCCCCKKKKKKK
Refleks badanku lantas laju bertindak, siiiaaaalllll macam mana diorang ada dekat sini!. Akibat refleks tadi, badanku secara spontan seakan terlantun dari katil. Tangan dan kaki kiriku tertarik ke atas, akibatnya Aqil turut terbang bersama ke kiri
Semuanya berlaku secara slow motion, kesemua yang berada di katil hujung kelihatan terkejut. Aku yang sedang terapung di udara dapat lihat Aqil yang sedang terbang ke kiri menuju keluar dari katil. Shittttt. Aku menendang dinding di belakang menghasilkan tujahan ke arah Aqil. Aku kemudian menolak badan Aqil ke atas semula.
"Peeeeejaaaallllll" jerit Jimbe dalam slo-mo
Badanku sedang menuju ke lantai, shit, ini kepala dulu yang akan landing sialll. Aku menangkap bingkai katil dengan tangan kemudian memusingkan badanku supaya kaki ke bawah. Akhirnya kakiku mendarat, aku melipat lutut supaya dapat mengurangkan impak.
Masa bergerak seperti biasa, Aqil terbaring di atas katil, aku mendarat ke lantai dengan selamat. Aku meletakkan punggung ke lantai dan bersandar ke bingkai katil cuba membetulkan nafas. Nasib baik Aqil tak jatuh ke bawah, kalau jatuh tadi, tiba-tiba amnesia lupa aku macam mana?
Aku melihat ke depan, kesemua 8 mereka ternganga melihatku, apesal? Korang tak pernah nampak?. Aku mengangkat double middle finger ke arah mereka. Meeeeeemang sial korang ni. Ketujuh-tujuh mereka ini sememangnya tiada benteng privasi antara mereka dengan aku, dalam minggu ini saja sudah berapa kali aku bangun tidur dengan mereka berada di hadapan
Aku sudah lali dengan tipisnya privacy aku dengan mereka, mereka sahaja yang aku masih percaya. Jadi tak mengapa. Tetapi harini aku lemahkan benteng privacy aku, mereka dah nampak dengan mata kepala sendiri bagaiman aku dan Aqil tidur. Aku dapat lihat mata Kinah bersinar-sinar
"Fuh, bravo bravo abang kita ni" kata Ijat menepuk tangan perlahan
"Harrrgghhhh korang memang siallll" kataku tercungap-cungap.
Amirul bangun menyuakan tangannya untuk membantuku bangun, aku menyambut tangannya kemudian bangun berdiri
"Hang okay ke tak okay?" Tanya Amirul
"Gila kau baru bangun tidur terus flip jatuh katil, kkau rasa?"
"Zaki, search sat nombor telepon Shamsul Yusoff, habaq kat dia kata ada job stuntman kosong dak? Aku nak bagi sorang" seloroh Amirul
YOU ARE READING
Aku Dan Aqil
Teen FictionPertama kali aku kenal si budak Aqil ni, aku tak sedar, dalam masa 10 hari, dia akan ubah landskap hidup asrama aku "Abang teman saya boleh?" Tanya Aqil membulatkan mata "Asal aku pulak?" "Habis tuu?? Kita dua je kat sini" 10 hari, 10 malam bersama...