Lembaga Hitam

2.2K 60 1
                                    

"Arrgghh malasnyaaa aku nak gi makannn" kata Haikal mengeliat untuk bangun

"Jom la, aku lapar ni, kau takkan tak lapar kot?" Tanyaku sambil menarik tangan Haikal

"Kau gi la dengan Qayyum, aku dah sedap ni baring sini"

"Hak'alah kau niiii, jom je la, japgi kau jugak yang tiba-tiba merungut lapar la, asal tak paksa la itu ini" Qayyum turut sama menarik tangan Haikal

"Ye la, ye la hadooiii hari cuti pun kena bergerak" keluh Haikal

Kami keluar dari surau menuju ke DM, aku dah lapar sangat dah ni, harap-harap DM lauk ayam la, bosan la asyik-asyik makan ikan je waktu tengahhari gini

Kami berjalan melintasi blok kelas junior, Haikal bertanya pada senior yang berselisih dengan kami tentang lauk di DM, nampaknya harini ayam laa, yessss. Tapi sebelum tu, aku perlu singgah kelas Abang Zal terlebih dahulu, dari pagi tadi lagi aku tak nampak kelibatnya, katanya harini dia nak siapkan homework. Bapak aaahh lusa nak sekolah, baru harini nak buat homework, ish ish ish abang aku sorang ni.

"Eh, japgi kita singgah kelas Abang Zal kejap, nak ajak diorang sekali gi makan" kataku

"Peh, kejap je dah rindu eh? Nak makan bersuap lagi la tu" sakat Qayyum

"Hotak kau makan bersuap, aku terpaksa je ikut cakap Abang Zal tu" aku cuba menidakkan

"Eh Qil, kiranya betul la kau tidur dengan Abang Zal seminggu ni?" Tanya Qayyum

Eehhh aku, asal korang sibuk betul ehh hal rumah katil orang, biar la kitorang nak tidur sekali pun

"Haah" jawabku pendek

"Perghh, dah kena hempap, untung la ada abang angkat" kata Qayyum

"Asal? Kau nak abang jugak ke?" Tanyaku

"Ish, taknak la aku berangkat angkat ni, pelik-pelik je" kata Qayyum

"Aku nak, tapi nak kakak, taknak abang" celah Haikal

"Aaahhh, kau, manjang nak try Kak Mija tu, kena hempuk dengan Abang Ajim baru tahu"

Kami tiba di koridor blok kelas menengah atas, abang Zal kelas 2 tak silap aku, jadi, kelas dia di tengah-tengah tak silap. Aku ingat lagi kali pertama aku datang ke kelas tu kerana Abang Zal panggil untuk beriku nasi kerabu

"Woii woiii woii woiiiiiiii" satu suara menjerit dari kelas Abang Zal

Abang Miyul berlari bertempiaran keluar dari kelas, wajahnya jelas takut, tiba-tiba sebuah buku Kamus Dewan terbang ke arah Abang Miyul namun dia sempat mengelak. Abang Miyul berlari tak cukup tanah ke arah kami kemudian menarik tangan Qayyum untuk ikut berlari

"Belah woiiii, baik hangpa belahhhhhh" jerit Abang Miyul sedang berlari

"Eh eh ehhhhh bang, bang bang amende niii" Qayyum terkedek-kedek terpaksa mengikut jejak Abang Miyul

Sekelip mata sahaja  mereka sudah hilang dari pandangan. Dah kenapa tiba-tiba Abang Miyul ni? Kenapa takut sangat tu? Dan kenapa dia tarik Qayyum sekali??? Ada apa-apa jadi ke ni?. Aku pergi mengutip Kamus Dewan yang terbang tadi kemudian kami berdua ke pintu kelas Abang Zal

"Assalamualaikum, Abang Zaaaal, jom gi makan, lapaaarrr" kataku

"AQIIIIIIILLLLLLL" jerit suara Abang Zal

Abang Zal, Abang Ajim dan Abang Ijat kelihatan tergesa-gesa meluru ke arah kami, namun belum sempat mereka sampai kepada kami, satu lembaga hitam muncul dari belakang kemudian mencengkam tetek Abang Ajim kemudian menumbuk keras perut tebal Abang Ajim. Abang Ajim tertunduk menahan senak

Aku Dan Aqil Where stories live. Discover now