Malam itu hujan renyai-renyai, jadi pelajar asrama menghabiskan aktiviti mereka dengan lepak di dorm sahaja, plan kitorang untuk malam ni pun cancel, aku duduk di birai tingkap sambil melepaskan asap ke udara, lama ku biarkan puntung rokokku terbakar sendiri tanpa dihisap
"AQILL BENCI ABANGGG!!!"
Aku menekupkan muka ke peha, menyesal dengan benda yang terjadi, asal kau bodoh sangat Faizal, asal eh, haihhhhh, susah betul kau nak tahan kemarahan kau Faizal, aku melihat keluar, ke arah hutan di belakang asrama kami, entah apa la yang Aqil buat sekarang ni, risau pulak aku, aku tak jumpa dia di dewan makan, surau, hatta kelas dia sekalipun, Haikal dan rakannya yang lain memberitahu yang mereka tidak nampak akan kelibat Aqil selepas dari peristiwa tadi. Kerisauanku mula meningkat
Trenggg teng teng(petikan gitar)
[Amirul solo]
Berikanlah jawapan
Huraikanlah simpulan
Biar tenang jiwaku
Setelah kasih lama berlalu[Ijat solo]
Tidak mungkin kulupa
Perjanjian kita
Di bawah rumpun bambu
Di kala bulan sedang beradu[Jimbe dan Zaki duet]
Mengapa terjadi perpisahan ini
Di kala asmara melebar sayapnya
Mengapa kau pergi di saat begini
Di kala hatiku terlukis namamu
Kalau memang tiada jodoh
Apalagi nak ku heboh
Aku malu pada teman pada semua[Semua]
Rindu, rindu serindu rindunya
Namun engkau tak mengerti
Pilu, pilu sepilu pilunya
Namun engkau tak perduli
Malu, semalu malunya
Namun apa daya orang tak sudi
Mahu, semahu mahunya
Namun apa daya orang dah benci"Fuhhhh, kelia kelia, lagu lain, lagu lain" kata Amirul
Gampang je perangai sekor-sekor ni, macam takde masa lain nak.nyanyi lagu jiwang, bukannya aku break ngan girlfriend pun haduhhh, salah faham ngan Aqil je pun
"Haaaa ni kelia, mai aku pulak" Jimbe mengambil gitar dari Amirul, aku mencucuh sebatang lagi rokok sambil memandang ke luar
[Jimbe solo]
Seketika itu sepi mencuit hati hanya suara hujan seakan menyanyi
Mendendangkan lagu syahdu ketika ku terpegun
Merenung jauh gambarmu sayangku[Zaki solo]
Terkilan rasa bila kata-katamu kau ucapkaan padaku
Membuat ku terpaku bersama-sama suratmu setelah ku baca kini
Seolah ku berada dalam mimpi"Semua
Titisan demi titisan airmata ku jatuh berlinangan
Kugengam gambarmu dalam pelukan mesra
Tak mungkin dapat ku melupakan mu sayang
Di dalam dunia ini tak mungkin dapat ku cari pengganti dirimu
Oh mengapa perpisahan yang kau pinta[Amirul dan Ijat duet]
Janganlah kau lupa suatu ketika dulu
Kita pernah bersama berjanji dan bercinta
Kini nyata kau mungkiri setelah janjimu itu
Di manakah letak kejujuranmu"Dah la tu Pejal, toksah duk layan blues sangat tepi tingkap kena sambaq kilat apa tak bulih, mai duk tang ni, cerita dengan kami" kata Jimbe
"Bila masanya aku layan blues, ni haa bumbung tandas belakang ni kotor, aku tengah fikir cemana aku nak cuci" bohongku jelas
"Tarak nak mengaku aih dia ni" sampuk Ijat
YOU ARE READING
Aku Dan Aqil
Teen FictionPertama kali aku kenal si budak Aqil ni, aku tak sedar, dalam masa 10 hari, dia akan ubah landskap hidup asrama aku "Abang teman saya boleh?" Tanya Aqil membulatkan mata "Asal aku pulak?" "Habis tuu?? Kita dua je kat sini" 10 hari, 10 malam bersama...