Pertembungan

4.8K 108 1
                                    

"Annnndddd setel, fuh baru bersih sikit dorm ni" kataku kepuasan

Aku baru sahaja selesai memgemaskan dormku, dorm yang menempat seramai 15 orang ini telah dicuci, disapu, dan dibersihkan setiap penjuru, bukanlah tabiatku untuk mengemaskan dorm yamg sepatutnya menjadi tugasan ahli bersama, tapi... nak buat bagaimana lagi, aku kebosanan berseorangan di asrama, pelajar- pelajar yang lain telah pun pulang ke rumah masing-masing bersempena cuti umum selama seminggu ini, disebabkan aku berasal dari selatan tanah air, aku bertindak untuk stay di sekolah sepanjang seminggu percutian ini, jimat duit aku, lagipun banyak urusan dapat aku selesaikan sepanjang seminggu ini, kemas dorm, done, kerja sekolah, belum, ahh macam-macam lagi la.

Hai, nama aku Faizal, berasal dari Johor Darul Takzim dan kini bersekolah sebagai pelajar tingkatan 5 di sebuah sekolah berasrama penuh di Pulau Pinang

Setelah selesai mengemaskan dorm aku mengunci pintu masuk ke bilik dorm aku, tutup rapat tingkap, dan buka semua pakaian yang ku pakai sebentar tadi, kini aku terbaring bogel di atas lantai dorm aku di bawah kipas sementara menumggu peluhku kering, jarang untukku dapat peluang sebegini rupa, disebabkan tinggal beramai-ramai di dalam satu bilik, peluang untuk mempunyai privasi sendiri sangatlah terbatas

Setelah kering peluh, aku bangun untuk bersiap pergi mandi, dalam keadaan longlai aku berjalan mengambil barang mandiku yang kami semua mengumpulkan setempat di hujung bilik. Aku mengambil perkakasan mandiku serta tuala kemudian keluar dari kubikel bilikku. Aku memerhatikan sekeliling, kesemua asrama di tingkat ini gelap, nampaknya seperti biasa, aku keseorangan sewaktu cuti. Aku sandar di koridor kemudian berpusing dan mendongak ke atas. Eh? Mereka tak tutup lampu koridor tingkat atas? Kuasam punya penduduk tingkat atas, Cik Nas dah banyak kali pesan supaya banyakkan berjimat elektrik. Aku menaiki tangga menuju ke tingkat atas untuk tutup lampu koridor

Aku menutup lampu koridor, tetapi sesuatu menarik perhatianku, Dorm Sejahtera yang masih menyala. Amir juga tak balik kah? Aku berjalan melintasi Dorm Sejahtera untuk memastikan samada ada yang tidak pulang cuti, atau mereka lupa untuk tutup lampu sebelum balik. Sesampainya di hadapan pintu dorm, aku terkejut

Kelihatan seorang budak, badannya putih, hanya berseluar track, sedang melipat baju di atas lantai di hadapan lokernya. Aku menyendeng ke pintu bercekak pinggang memerhatinya tajam. Junior kah? Tanya diriku sendiri. Aku hanya diam memerhatinya. Dia sedang khusyuk melipat baju tanpa sedar yang aku berada di pintu. Nampaknya dia keseorangan di dorm ini

"Woi!!" Sampukku

"Arghhhh sapa tuu??!" Latahnya tersedar dari kerjanya

Dia melihat ke arahku terkejut sambil mengurut dadanya, pahal? Kau terkejut sampai sakit jantung ke? Mukanya masih bingung memikirkan reaksi, comel juga budak ni, aku rasa mungkin salah seorang dari junior si Amir tapi kalau aku datang jumpa Amir, jarang aku nampak budak ni

"Kau sorang?" Tanyaku

"Ya bang, sorang je, yang lain semua balik" jawabnya

"Amir balik?"

"Haah, Abang Amir pun balik, katanya pergi rumah kawan dia"

Paleotak rumah kawan, ini mesti dia balik rumah Ian ni

Aku hanya mengangguk, kemudian membetulkan tuala di bahu, dan berjalan menuju ke tandas untuk mandi

----------------

97, 98, 99, 100

Aku bangun dari lantai tandas yang basah. Selesai pushupku untuk malam ini, sudah menjadi rutinku untuk pushup 100 kali dan pullup 150 kali setiap kali mandi. Disebabkan itu, aku lebih selesa untuk mandi di ruangan kolah yang ruangnya lebih luas berbanding di kawasan shower di sebelah.

Aku Dan Aqil Where stories live. Discover now