Royal Rumble

2K 75 2
                                    

Aqil POV

11.25 malam

Dushhhh

"ERGGHHH"

WHAT THE FUCKK

Abang Ijat terpelanting ke belakang, namun sempat mendarat dengan kedua lututnya. Namun lelaki tadi terus meluru ke arah Abang Ijat untuk jack badan Abang Ijat, namun Abang Ijat sempat mengelak, badan dan kakinya dilarikan ke kiri, dengan menggunakan tangan kirinya sebagai stance, Abang Ijat melonjakkan badannya ke atas kemudian menyepak sisi perut pihak lawan dengan kakinya

Pihak lawan jatuh terpelanting ke belakang, terbaring mendesah kesakitan sambil memegang perutnya

"Satuuuu duaaaa tigaaaaaa, oooouuutttt" sorak semua penonton

Ting ting ting, lelaki tadi ditarik keluar. Abang Ijat bangun membetulkan kekudanya, mengisyaratkan kepada dua orang lelaki di hadapannya untuk mara

Macam mana aku boleh sampai ke sini???

6 jam lepas

"Kau betul nak tahu ni?" Tanya Abang Zal

"Betul bang, saya tahu diorang kuat, tapi kuat macam mana?"

Abang Zal hanya tersengih

"Kau tunggu malam ni"

25 minit yang lepas

"Selamat datanggg tuan-tuan ke acara tradisi bagi mereka yang tak balik cuti. THHHEEEEEE RRRRROYAL RRUUUUUUUUUMMMMBLLEEEEEEEEEEEE" Jerit Abang Ijat

"YEAHGHHHHHHHHHH" jerit kesemua lelaki yang ada situ

"Berkumpul kita sekali lagi tahun ini, di cuti pertama tahun ini, bagi menyaksikann pertempuran antara jejaka-jejaka ternama di asrama!!!!"

"Untuk yang baru hadir ke upacara ini, senang hati saya menjemput saudara Zaki yang akan membacakan terma dan syarat sepanjang perlawanan" Abang Ijat menjemput Abang Zaki ke tengah

"Alright, macam biasa, aku tahu ada form 1 yang masih tak tahu tentang benda ni, korang relax saja, untuk Royal Rumble, penyertaan hanya dibuka kepada Form 3, Form 4, dan Form 5. Form 1 dan Form 2 korang boleh rilek kat tepi jadi penonton, tetapi, aku nak setiap dari korang malam ni, akan layan fighter kita, korang akan bawakkan air untuk diorang, urut lepas match, dan bawak ais jika perlu" terang Abang Zaki semangat

"Untuk law match, simple saja, satu match, tak kisah korang nak bawak berapa orang, limit 5 orang satu team. 3second siku cecah tanah, fighter out!, satu match maximum 10 minit tak boleh main muka dan patah-patah, tak tahan, double tap, n last sekali!" Zaki diam sebentar mencipta suasana

"Jangan.mati" kata Zaki

Suasana di padang bola Blok B sangat rancak, mereka memilih padang ini kerana lokasi yang jauh dari kawasan sekolah serta bilik warden, jadi susah untuk orang kacau. Penonton bersorakan, ada yang menyokong 2 orang tadi, ramai juga yang menyokong Abang Ijat. Perlawanan kalini Abang Ijat bertempur dengan 3 orang dari form 4, nampaknya seorang dari mereka sudah tumbang. Aku panggil diorang berdua yang tinggal ni sebagai A dan B

A meluru ke arah Abang Ijat, mencuba untuk menghayun penumbuk kanannya, namun sempat ditepis abang Ijat yang kemudiannya cuba untuk menumbuk rusuk kiri A. B cuba menyusup dari belakang, kaki Abang Ijat lantas naik kemudian menyepak perutnya. Tangan Abang Ijat kemudian dipusingkan sekaligus mengunci tangan A yang ditahan tadi kemudian Abang Ijat membaling A ke arah B. Belum sempat mereka bangun, abang Ijat melompat ke atas mereka dan menyiku perut A. A double tap tanda kalah

"Fighter outttt" jerit Abang Ajim

A dan rakannya yang keluar tadi terbaring di sebelah, Qayyum menghantar plastik kecil berisi ais kepada mereka

Aku Dan Aqil Where stories live. Discover now