Putih

2K 71 21
                                    

Putih

Tempat ini putih, kosong, tiada satu pun benda ada di sekeliling, tiada langit, hatta lantai. Kakiku berpijak, tapi tiada dasar. Aku seakan terawang secara statik

Aku di mana ni?

Aku meraba badan sendiri. Aku pakai sehelai baju T berwarna putih, besar, dan tak berseluar? Oh wow, rasa kosong di bawah ni ya. Aku meraba perut sendiri

Aku kat mana ni? Getus hati sendiri sambil meramas perut

Eh?

Aku tak perit di situ? Aku segera menyelak baju kemudian melihat perut sendiri. Kosong? Yang ada hanya pusat. Tiada luka, tiada parut, hatta setitik darah pun tak nampak di situ??

Apa jadi pada aku ni?

"Faizal" panggil satu suara

Aku berpusing ke belakang, siapa panggil aku ni? Bukankah tadi aku seorang sahaja di sini?

Mataku terbuntang. Aku segera berlari ke arah punca suara itu. Hati aku berbunga, lantas aku memeluk lelaki yang panggil aku tadi. Lelaki berpakaian serba putih itu

"Aqil!!" Kataku seraya memeluknya

"Aqil kau okay tak ni Qil? Macam mana tadi Qil? Qil aku minta maaf sangat-sangat, aku tak sempat selamatkan kau, aku lemah Qil" aku meramas belakang rambutnya

"Qil tengok ni Qil, takde bekas tikam Qil, tengok, perut aku macam biasa wei, tengok ni, aku tak rasa sakit pun kat sini" aku segera menyelak baju menunjukkan perut sendiri padanya

"Oh wowowowowwooo, aku taknak tengok pelir kau mat" kata lelaki itu

Huh?

"But damnnn broo, besar sial kau punya, rasa macam melepas pulak tak merasa dulu" katanya lagi tersengih

Huh?

Aku mengundurkan diri, wajahku bertukar takut. Ini bukan Aqil, kau bukan Aqil.

"K-kau siapa hah? Asal kau menyamar jadi Aqil??"

"Wowowo, chill la, mat terasa aku, kau dah lupa eh pasal aku?" Katanya tersengih

Tak.... tak..... bukan dia.... bukan ke dia dah-

"Ini aku la, Syahmi" katanya sambil mendepangkan tangan

Aku jatuh tersadung ke belakang, wajahku bertambah lagi takut. Kenapa.... kenapa aku boleh jumpa kau di sini

"K-k-kau.... bukan dah-"

"Mati? Yep, big time, kerrkk" katanya tersengih sambil membuat gaya kelar leher

"Habis tu, kenapa kau ada sini??" Aku memandang Syahmi dengan penuh tanda tanya

"Jap, kalau kau dah mati, pastu aku ada dengan kau.... maksudnya aku pun....."

Tak tak tak tak tak jangann, taknak, aku taknak mati, tolong jangan, tak jangannn

"Yep"

"TAAAAKKKKKK!!!!!"

"Woi aku gurau je la haish kau ni pun Zal"

Nafasku sesak, apa?

What??

Apa maksud dia ni????

"Sini bukan tempat orang mati" kata Syahmi

"Sini, tempat kau tunggu keputusan, samada jasad kau pilih untuk hidup, atau poof, teeet mampus" kata Syahmi

"Jadi?"

"Kau belum mati lagi la ngok, kau cuma koma je" kata Syahmi dengan mulut yang pesek

"Jadi..... apa kau buat sini? Kau dah mati kan?"

Aku Dan Aqil Where stories live. Discover now