Prolog

8.8K 98 4
                                    

Ahad, petang

Langit yang gelap bertambah kelam, awan semakin berarak kencang, angin bertiup menolak segala sampah dan daun. Suasana taman permainan itu kembali tenang. Tenang bukanlah semestinya petanda baik.

Tenang selalu dikaitkan dengan aman, suasana yang tiada bencana, yang terkacau dek anasir luar, suasana yang tidak membuat hati kau akan berdegup kencang.

Kemudian kita ada tenang yang kedua, iaitu tenang selepas perang. Selalu dikaitkan dengan ratapan, atau bahasa mat salehnya, grieving. Tenang ini bukanlah dicapai dengan persetujuan untuk mengelakkan bencana, namun lebih kepada hasil putus asa kesemua yang ada di situ. Tenang ini tidak berbunyi, namun yang batil mampu memdengar setiap ratapan dan raungan di celah kesunyian ini.

Taman permainan ini bising, bising dengan raungan senyap tadi, bising dengan ratapan yang tak mampu keluar bunyinya dari rongga mulut manusia. Mungkin disebabkan itu, raungan itu hanya mampu disampaikan dengan air mata

Di tengah taman permainan ini, berdiri tegak seorang lelaki, wajahnya kusut memandang tanah, mulutnya tertutup rapat, matanya basah. Lelaki itu memegang jersi yang dipakainya. Jersi besar yang bertulis "FAIZAL" di belakangnya itu sudah kotor dek tanah dan darah. Di tangan lelaki itu, terdapat sebilah pisau rambo yang masih basah dengan cecair merah

Taman itu, masih lagi bising, bunyi erangan kesakitan kian jelas kedengaran. Di sekeliling lelaki itu, bergelimpangan penuh jasad-jasad yang tak bermaya, kesemua mereka mempunyai kesan di fizikal yang sangat ngeri, ada yang lebam besar, ada yang calar, ada yang luka, tak kurang juga yang patah tangan, kaki, dan rusuk. Ada juga yang sedang meludah keluar dari mulutnya yang sedari tadi bertakung dengan darah. Ada yang mengengsot mencapai rakan mereka di sebelah.

Suasana di sini seakan berada di medan perang, namun, berbeza dengan medan perang yang bersifat dua hala dan berhadapan, kesemua jasad yang bergelimpangan ini mempunyai pusat dan sasaran utama mereka.

Lelaki tadi

Hujan mula turun dengan lebat sekali, membasahi taman itu, pokok mula menerima sumber minumannya untuk hari ini, namun, yang mengejutkan pokok itu, air mereka bercampur dengan darah.

Lelaki tadi yang sedang berdiri keseorangan mulai basah, darah yang tadi mengering di wajah dan badannya kini mengalir ke bawah, wajahnya yang kusut mula dibersihkan dek air hujan. Darah mula menitik melalui jarinya, ada yang turun melalui hujung pisau rambo-nya

Lelaki itu mengetap bibir, mencuba mengatur nafasnya, fikirannya mula bercelaru, dia menggenggam hulu pisau itu seketat yang boleh. Matanya terbuka, kini fokus pada lelaki berbadan gempal di hadapannya yang sedang mengengsot menjauh

"Tolong wei, aku minta maaf wei, jangan wei, ingat parent hang wei" rayu lelaki berbadan gempal itu

Namun kata-kata itu tak sempat masuk ke telinga, kerana sudah ditenggelami hujan yang lebat tadi. Telinga lelaki itu tadi telahpun ditutup dengan kegelapan yang menguasai hatinya sedari tadi

Siren ambulan dan polis sayup kedengaran dari jauh, lampu merah biru mula memenuhi medan perang itu. Lelaki berjersi dengan nama "FAIZAL" itu tekad. Dia mengangkat pisau rambo tadi setinggi yang mungkin, genggam hulunya sambil mata pisau dihalakan ke arah si gempal tadi

"Jangan wei jangannnnnnnnnnnn"

Pisau bergerak laju menuju ke bawah

"AAAAAAAAAAAAAAAARRRGGGHHHHHHHHHH"

"AKU MINTA MAAAAF!!"

"JAANGAAAANNN!!!"

Kilat berdentum ditengah hujan itu. Separuh dari jasad yang terbaring tadi sudah hilang, para petugas ambulans sedang mengeluarkan stretcher bergegas ke tengah padang. Polis berkejaran mengepung padang itu

"AAAAAAAAAAAAAAAAAAARRRRGGGGHHHHHHHHHHHHHH"

Dari jauh kedengaran jeritan lelaki tadi, di celah taburan air hujan, ratapannya sampai pada mereka yang sekeliling

"FAIZALLL!!!!" Jerit mereka yang di situ

Buat lelaki yang sedang hendak menikam

Kenapa?

Aku Dan Aqil Where stories live. Discover now