Kawasaki Ninja ZX-10R yang ditunggang Shopia membelah jalan raya yang sibuk. Aku perlu menuju ke Hunting & Archery Club untuk mula menguruskan tempat itu. Hari ini merupakan hari pertamaku. Kelab itu dah jadi tanggungjawabku sepenuhnya. Syeikh Rahman sengaja meletakkan namaku di daftar pemilik bangunan tersebut.
Aku memakir motorku di tempat yang ada tanda VVIP. Tempat parking tersebut ditutup dengan cermin hitam disekelilingnya. Dari luar aku boleh nampak pekerja-pekerja kelab ini berdiri untuk menyambut kehadiran aku.
Hari ini pakaianku agak lain sedikit. Aku memakai jaket kulit hitam, t-shirt hitam, shawl hitam, jeans hitam, kasut sport putih dan topeng muka separuh warna hitam. Semua hitam kecuali kasut. Hahaha style aku sangat.
Mulai hari ini aku akan memakai topeng separuh muka. Aku buat begini untuk mengelak daripada berjumpa 'mereka' yang berkemungkinan akan datang ke sini setelah mendengar berita kepulanganku. Dan aku tak nak dikenali oleh 'mereka' secara menyeluruh.
Aku turun dari motor dan membuka helmet. Aku mula melangkah menuju ke dalam bangunan itu.. Aku juga membetulkan shawl yang hanya di sempang. Jangan risau aku pakai anak tudung inner.
Kelihatan pakaian pekerja kelab ini nampak santai. Lelaki hanya memakai memakai t-shirt hitam, jeans hitam @ tracksuit hitam, kasut sport hitam dan topi hitam. Perempuan pula memakai t-shirt lengan panjang, seluar slack hitam, kasut sport hitam, ada yang memakai tudung dan ada yang tidak memakai tudung. Yang tidak pakai tudung akan memakai topi. Semuanya ada logo kelab ini.
Yang menjaga kaunter hanya 2 orang iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Mereka hanya memakai kemeja putih, seluar hitam dan blazer hitam. Nampak seperti pekerja yang biasa dilihat di syarikat besar. Normal.
"Selamat pagi Cik Shopia" ucap mereka semua lalu menundukkan sedikit kepala sebagai tanda hormat
Aku berjalan melintasi mereka yang berdiri di hadapan kaunter itu. Seorang lelaki yang memakai kemeja putih paling hdapan menghulurkan tangannya seperti meminta helmetku. Aku berikan sahaja kepadanya tanpa banyak soal.
"Saya PA Cik Shopia" ucap seorang perempuan di sebelahku sambil memengang tablet.
Aku hanya memandangnya kosong. Ada seorang lelaki juga yang mengikutku dari belakang. Mereka mengikutku untuk naik ke pejabat.
Sampai sahaja aku mengambil tempat di meja kerja untuk duduk disitu. Mereka berdua berdiri. Aku meletakkan beg galasku di atas meja lalu memandang ke depan. Aku menghulur tangan ke depan lalu membuat tanda untuk mereka teruskan ucapannya.
"Saya Amilia. Cik Shopia boleh panggil saya Lia. Saya merupakan PA Cik Shopia" katanya lalu menundukkan sedikit kepala sebagai tanda hormat.
"Ini Fuad. Dia merupakan backup PA dan merangkap juga bodyguard Cik Shopia" sambung Amilia sambil menunjuk Fuad. Fuad juga menundukkan kepala.
"Kenapa saya perlu bodyguard?" soalku pelik sambil memeluk tubuh
"Ini arahan Tuan Syeikh. Saya hanya mengikut arahan sahaja" kata Amilia
Aku mengeluh perlahan. Aku membuat isyarat untuk menyuruh mereka berdua duduk di kerusi hadapanku. Mereka menurut tanpa banyak bunyi.
"Boleh saya teruskan tugas saya Cik Shopia??" soal Amilia
Aku hanya sekadar mengangguk. Masih memeluk tubuh.
"Saya sebagai PA Cik Shopia di pejabat sahaja. Fuad mungkin akan bersama dengan Cik Shopia kemana sahaja. Apa-apa meeting saya akan berurusan dengan Fuad juga. Kami berdua akan inform semua maklumat kepada Cik Shopia" terang Amilia
"Fuad juga salah seorang yang boleh menembak, memanah, berenang, taekwondo dan lain-lain. Boleh kata dia serba boleh juga la daripada saya. Sebab itu dia boleh jadi bodyguard Cik Shopia. Nanti Fuad akan bawa Cik Shopia tengok-tengok bangunan ni. Itu sahaja dari saya. Meja kami berdua ada di depan. Cik Shopia ada nak minta apa-apa ke sebelum kami keluar??" sambungnya lagi
"Customer yang buat tempahan dah mula masuk ke??" soalku
"Pagi ini belum ada. Pukul 1.30 pm dah ada yang akan mula masuk" jawab Fuad tenang. Mungkin Amilia tidak urus bahagian customer yang membuat tempahan.
"Nanti bagi dekat saya senarai nama pekerja dekat sini. Pukul 10 am saya nak buat meeting dengan semua staff" kataku kepada Amilia
"Baik Cik Shopia. Kami keluar dulu" kata Amilia setelah selesai mencatat arahanku dalam buku notanya. Amilia dan Fuad mengundur ke belakang sedikit lalu menundukkan sedikit kepala.
Aku sekadar mengangguk untuk membenarkan mereka keluar. 5 minit kemudian Amilia menghantar senarai nama pekerja yang aku minta. Aku mengeluarkan buku kecil dari dalam beg. Aku mula membuka fail yang nipis itu dan membuat sedikit nota atas buku kecil tersebut.
10.00 a.m
Aku masuk ke dalam bilik mesyuarat. Semua yang berada dalam bilik itu terus berdiri. Aku berjalan ke arah kerusi yang sepatutnya untuk boss lalu duduk. Aku membuat isyarat untuk menyuruh mereka semua duduk.
Aku menunggu Fuad megambil barang yang aku minta. Beberapa minit kemudian muncul Fuad menolak pintu masuk dengan 1 kotak besar di kedua tangan. Fuad meletakkan kotak tersebut di sampingku.
"Maaf lambat Cik Shopia" ujarnya perlahan.
Aku mengangkat tangan sebagai tanda 'tak apa'. Fuad mula mengambil tempat di sebelah kananku. Aku mula berdiri dari dudukku.
"Sebelum kita mula, saya nak memperkenalkan diri dulu. Saya Quin Shopia Evelyn. Awak semua boleh panggil saya Cik Shopia. Saya rasa 100% dah kenal siapa saya kot" kataku sambil memeluk tubuh. Semua hanya diam dan tekun mendengar.
"Mulai hari ini saya akan ambil alih Hunting & Archery Club. Semuanya akan saya urus tanpa pertolongan Engku Farries. Engku Farries hanya kan memantau dari jauh sahaja. Saya ada buat perubahan peraturan di sini. Dari segi pakaian, saya tak ada buat perubahan. Awak semua boleh pakai pakaian seperti biasa dan pastikan sentiasa dalam keadaan kemas. Contohnya macam sekarang" sambungku lagi
"Mulai hari ni semua pekerja Hunting & Archery Club akan diberi selaras pistol berserta dengan 3 peluru. Saya buat begini untuk berjaga-jaga. Mulai hari ni juga semua orang perlu berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling. Keadaan sekarang tak akan sama seperti keadaan Engku Farries ambil alih. Akan berbeza dan sangat berbeza" kataku tegas
Aku memberi isyarat kepada Fuad untuk mengagihkan barang tersebut. Fuad mula mengagihkan pistol dengan dibantu Amilia yang mengagihkan 3 biji peluru kepada semua. Juga diedarkan cover pistol untuk diletakkan di tepi seluar masing-masing.
"Bila korang habis shiff hantar balik pistol. Aku akan ada dekat bilik menembak untuk tanda nama siapa yang dah hantar pistol. Pastikan hantar pistol dan 3 biji peluru yang aku bagi. Kalau ada yang kurang, korang tahu la nasib korang. Untuk cover pistol korang boleh simpan di loker masing-masing. Kalau hilang itu tanggungjawab masing-masing" kata Fuad tegas. Ringkas dan padat.
"Semua ada basic menembak, memanah, taekwondo dan lain-lain??" soalku yang masih berdiri
"Ada Cik Shopia" jawab mereka semua
"Saya nak awak semua asah lagi skill yang ada sekarang. Terutama lelaki" kataku tegas
"Baik Cik Shopia" jawab mereka semua lagi
Aku memberi isyarat kepada Amilia dan Fuad untuk mengurus keadaan disitu. Mereka berdua mengangguk sebagai tanda faham. Aku berjalan keluar dari bilik mesyuarat itu. Aku berjalan dengan kedua-dua tangan di poket seluar.
Mudah bekerja dengan orang yang mudah faham kita. Bagi sajalah arahan dengan isyarat macam mana pon tetap diorang faham. Mungkin Engku Farries ada menceritakan serba sedikit tentang aku kepada Fuad dan Amilia. Mengambil langkah awal untuk memudahkan urusan kerja.
![](https://img.wattpad.com/cover/309009389-288-k406545.jpg)
YOU ARE READING
TAKDIR & WAKTU [On Going]
RomanceKehidupan Shopia telah berubah 360 darjah setelah keluarga besarnya berpisah menjadi 2 keluarga. Sikap Shopia yang ceria dan peramah telah hilang dalam dirinya. Dia yang dulu tidak sama dengan yang sekarang. Shopia yang sekarang banyak mendiamkan di...