Shopia bersiap secara cepat tapi masih ternampak kemas dengan pakaiannya. Aku memakai baju muslimah versi seluar warna maroon. Sengaja aku mengambil warna maroon untuk nampak lain dari lain. Aku pakai macam ni sebab aku ada majlis dekat rumah anak yatim.
Sebenarnya aku dah lambat, tapi sengaja aku siap lambat juga. Aku mencabut telefon yang tengah dicas. Aku membuka telefon untuk melihat mesej yang masuk sebentar tadi. Selepas melihat mesej itu, aku menyimpan telefon di dalam handbag. Kunci kereta diambil lalu mengambil pula kasut tumit tinggi di rak kasut dalam bilik.
Aku turun ke bawah hanya menggunakan tangga untuk cepat. Villa yang besar hanya sunyi sepi. Sebenarnya semua orang dah gerak ke majlis tersebut.
Aku memasuki kereta Hummer yang baru aku beli. Tak sampai 3 hari lagi. Sengaja aku beli untuk kemudahan aku. Kereta Vellfire tu boleh digunakan oleh Mikayla.
Aku memandu laju keluar dari kawasan villa. Sebelum ke rumah anak yatim, aku singgah ke Mc Donald untuk membeli pesanan yang Quin Natalia minta.
1 jam kemudian aku sampai di rumah anak yatim yang disponsor Syeikh Rahman. Aku memakir kereta bawah pokok yang redup. Sebelum keluar aku memakai topeng separuh muka. Aku keluar menuju ke arah kaunter yang berada di situ. Makanan dibiarkan dahulu di dalam kereta.
"Ya cik. Cik ada urusan dekat sini ke??" soal perempuan yang berada di kaunter.
Belum sempat aku menyatakan nama, tiba-tiba kedengaran suara menyebut namaku. Aku memusingkan kepala ke depana untuk melihat skapa yang memanggilku.
"Cik Shopia" panggil Fuad
"Buat apa dekat sini?? Awak sepatutnya cuti kan??" soalku pelik
"Saya tak cuti. Saya ditugaskan di sini" jawab Fuad
Aku hanya menganggukkan kepala tanda faham.
"Majlis dah mula. Jom saya tunjukkan dewan" ajak Fuad
Aku berjalan mengikuti sahaja Fuad dari belakang. Aku mengikut Fuad memasuki ruang dewan yang besar. Dewan itu dipenuhi dengan manusia. Kelihatan Syeikh Rahman berasa di atas pentas sedang memengang mic sambil bercakap.
"Panjang umur. Baru di sebut terus datang" kata Syeikh Rahman sambil tangan menunjuk ke arahku dia muka pintu.
Aku terkejut dengan ucapan yang diberikan Syeikh Rahman. Semua mata memandang ke arahku. Aku kaku dengan banyak mata yang memandang walaupun kebanyakkan budak.
"Come here" panggil Syeikh Rahman
Aku berjalan menuju ke arah Syeikh Rahman di atas pentas. Sebelum naik, aku menyerahkan handbagku kepada Fuad. Hanya telefon di tanganku. Aku berdiri di samping Syeikh Rahman.
"Ini lah Quin Shopia Evelyn. Kamu semua boleh panggil Kak Shopia" Syeikh Rahman memperkenalkan aku kepada semua yang berada di dewan tersebut.
Aku menurunkan sedikit kepalaku setelah diperkenalkan.
"Cantik tak Kak Shopia??" soal Syeikh Rahman kepada semua
"Cantik" jerit semua
"Macam bidadari" jerit seorang budak lelaki
"Hahahaha. Kamu kecil lagi. Jangan macam-macam" usik Syeikh Rahman
"Hari ni bukan tokayah yang rasmikan majlis, tapi Kak Shopia yang akan rasmikan majlis" ujar Syeikh Rahman
Majlis selamat dirasmikan secara lancar. Sekarang masa untuk makan. Sebelum budak-budak mengambil makanan, aku bergerak ke arah kereta untuk mengambil ayam goreng yang dibeli di Mc Donald tadi. Fuad tak ada mula untuk menolong aku angkat makanan ni.

ANDA SEDANG MEMBACA
TAKDIR & WAKTU [On Going]
RomanceKehidupan Shopia telah berubah 360 darjah setelah keluarga besarnya berpisah menjadi 2 keluarga. Sikap Shopia yang ceria dan peramah telah hilang dalam dirinya. Dia yang dulu tidak sama dengan yang sekarang. Shopia yang sekarang banyak mendiamkan di...