Bab 16

51 3 0
                                    

Qayyum, Clara dan Amirul hanya mendengar pergaduhan yang terjadi. Walaupun tak semua tapi masih boleh didengar suara lantang Ku Martin dan Shopia bersatu.

"Diorang memang selalu gaduh ke??" soal Amirul kepada Clara

"Shopia kan baru balik sini. Baru hari ni la dia jumpa abah dia" jawab Clara

"Asal diorang gaduh besar kalau baru je jumpa??" soal Amirul lagi

"Ishhh. Kau tak tahu apa-apa ke pasal Ku Martin??" soal Clara pula

"Yang aku tahu family diorang gaduh besar je. Tapi aku tak tahu la punca dia sebab apa. Tu pon aku tahu dari media. Aku rasa sekejap je kes tu kecoh lepas 1 jam kes tu hilang dari media. Betul kan??"

"A'ah betul. Kes tu lenyap lepas 1 jam dan 8 tahun yang lalu" kata Clara

"Tadi aku nampak ada perempuan sekali ngan Ku Martin. Perempuan tu bukan Quin Natalia kan?? Siapa dia??" soal Amirul

Clara melepaskan nafas kasar. Aku hanya memandang Amirul dan Clara. Sekadar mendengar.

"Dia la punca Shopia jadi macam ni" kata Clara perlahan

"Serius arrr" jerit Amirul kuat

Clara cepat-cepat menutup mulut Amirul. Aku melihat Clara memandang tajam ke arah Amirul. Aku turut memandang Amirul. Dia ni memang tak boleh relax.

"Aku dah cita kan. Yang kau nak jerit kenapa!!" marah Clara

"Sorry-sorry. Serius aku terkejut. Quin Natalia yang cukup sempurna pun ditinggalkan lelaki" kata Amirul tanpa berlapik

"Kau jangan nak celupar sangat Amirul" kataku setelah lama berdiam diri yang hanya mendengar cerita

"Betul apa. Bonda Shopia tu serba-serbi boleh. Dah kenapa Ku Martin pilih perem--"

Clara menampar kepala Amirul sehingga dia tertunduk ke meja.

"Aduhhh" desis Amirul dengan tangan memengang kawasan kepala yang ditampar tadi

"Aku dah cakap jangan celupar. Kan dah kena" kataku

"Diorang dah keluar. Aku nak masuk tengok Shopia" kata Clara

"Aku nak ikut" Amirul mengikut langkah Clara

"Kau jangan nak soal Shopia pasal hal tadi ehh. Aku hempuk kau nanti" kata Clara berbau amaran

"Ya, ya. Aku tak tanya" kata Amirul

Aku mengikut Clara untuk memasuki pejabat Shopia. Tolak sahaja pintu, terlihat tubuh yang terduduk di atas lantai. Clara terus menuju ke arah Shopia.

"Shopia" panggil Clara

Tiada sahutan. Aku turut bertinggung di samping Shopia. Amirul berada di sebelah Clara.

"Shopia Evelyn" panggil Clara lagi sambil mengoncang tubuh Shopia

Kelihatan mengerutkan dahi. Mulutnya bergerak berdesis kesakitan.

"Quin Shopia Evelyn" kali ni Clara memanggil nama panjang Shopia. Masih mengoncangkan tubuh Shopia.

"Jangan goncang badan aku. Sakit tulang belakang aku" kata Shopia dengan mata tertutup. Suara yang keluar seperti menahan kesakitan.

"Sorry-sorry. Kau sakit dekat mana ni??" soal Clara

"Tulang belakang aku sakit" jawab Shopia perlahan

"Kau tak boleh bergerak la ni??" soal Clara lagi

Shopia hanya menggelengkan kepala.

"Adik-adik aku dah masuk belum??" soal Shopia

"Aaaa aku rasa diorang dah masuk kot. Kau nak aku panggilkan Hazziq ke??"

Shopia hanya menganggukkan kepala.

"Amilia, tolong panggilkan Engku Zulhazziq" arah Clara

"Shopia, jangan diam. Jangan masuk dalam hayalan kau. Aku ada dekat sini, borak la dengan aku. Aku risau kau diam ja" ujar Clara

"Ya aku masih sedar" kata Shopia. Keadaan masih sama mata tertutup badan tak bergerak.

Aku melihat ke arah pintu yang ditolak kasar. Masuk seorang lelaki dengan memakai baju taekwondo tali kuning. Aku, Clara dan Amirul bangun dari duduk bertinggung untuk memberikan ruang kepada lelaki itu. Mungkin adik kepada Shopia.

"Kakak" jerit lelaki itu

"Kenapa ni Clara?? Kenapa kak Shopia macam ni??" soal lelaki itu lagi

"Zul" sebut Shopia perlahan

"Kakak, kenapa ni?? Kakak buat Zul risau la. Zul angkat kakak atas sofa ye" pinta Zulhazziq

"Slow-slow. Tulang belakang kakak sakit" ucap Shopia

"Zul bukakan coat kakak dulu" kata Zulhazziq lagi

Aku melihat perbuatan Zulhazziq yang merupakan adik kepada Shopia. Zulhazziq membuka coat Shopia secara perlahan. Kadang-kadang terdengar juga desis yang keluar dari mulut Shopia.

"Dah. Zul angkat kakak ye" kata Zulhazziq

Zulhazziq mengangkat Shopia secara berhati-hati. Shopia yang diangkat seperti mayat hidup. Longlai sahaja badannya. Zulhazziq meletakkan Shopia di sofa yang panjang.

"Kakak selesa tak??" soal Zulhazziq untuk kepastian

"Dah" jawab Shopia sepatah

Zulhazziq mengambil coat Shopia semula lalu menyelimut Shopia. Coat yang panjang itu boleh dijadikan selimut dari kepala sehingga kaki. Zulhazziq berjalan pula ke arah kaki Shopia. Kasut sport putih dibuka untuk keselesaan Shopia. Zulhazziq bergerak duduk semula ke arah muka Shopia. Dia membuka pula topeng yang dipakai Shopia.

"Zul turun dulu. Apa-apa kakak minta dekat Clara" ujar Zulhazziq lagi

"Hmm" itu sahaja balasan Shopia

Zulhazziq bangun dari duduknya lalu berjalan ke arah aku, Amirul dan Clara. Zulhazziq memandangku.

"Walaupun aku tak kenal kau, tapi aku harap kau dapat jaga kakak aku kejap. Aku tak harap dua orang ni yang jagakan. Aku tahu umur aku ngan kau jauh beza. Tapi aku selasa guna kau aku. By the way nama aku Zulhazziq. Just call me Hazziq" kata Zulhazziq dengan tangan di bahuku.

"Sampai hati kau tak harap aku jaga kakak kau. Aku tua lagi tau dari kau!!" bebel Clara

"Tu la. Kau dari dulu tak pernah percaya aku" bebel Amirul pula

"Aku akan ikut arahan kau. Jangan risau. Aku Qayyum Azfar. Boleh panggil Qayyum"

"Apa-apa ja lah. Aku turun dulu" kata Zulhazziq

Setelah Zulhazziq keluar dari pejabat Shopia, terus aku melangkah ke arah sofa. Aku duduk menghadap Shopia yang berbaring di sofa.

"Dia sakit apa sebenarnya. Kenapa aku rasa jantung aku berdebar bila dekat dengan dia. Tapi takkan aku suka dia. Aku tak kenal dia pun" terdetik persoalan di hatiku

"Clara" panggilku

"Ya"

"Boleh saya nak tahu semua perkara pasal Shopia"

"Boleh je. Tapi kenapa nak tahu ye??"

Aku terdiam dengan soalan Clara. Aku tiada jawapan untuk jawab soalnya.

"Kau suka Shopia ehh" usik Amirul

"Mana ada. Aku cuma---"

"Tak apa awak. Saya tahu awak sebenarnya dah jatuh hati dekat Shopia tanpa sedar kan"

Aku memandang Clara. Mungkin betul apa yang Clara cakapkan. Apa salahnya kenal hati budi masing-masing dulu.

"Saya boleh cerita segalanya tentang Shopia. Tapi saya tak boleh cerita apa yang Shopia nak buat sekarang. Sebab saya sendiri pon tak tahu. Dia banyak berahsia sekarang" terang Clara

"Tak apa. Awak cerita apa yang awak tahu tentang dia ja" kataku

Aku berasa lega sebab Clara nak bercerita serba sedikit tentang Shopia.

TAKDIR & WAKTU [On Going]Where stories live. Discover now