Pagi ini aku hanya duduk di rumah tanpa membuat sebarang aktiviti. Rumah sunyi. Cuma ada beberapa bodyguard yang diupah Syeikh Rahman untuk menjaga kawasan Villa. Aku berdiri di hadapan pintu masuk villa untuk menunggu sesuatu.
Luxury Vellfire Interior 2022 yang dipesan oleh Syeikh Rahman baru sahaja tiba. Aku mendapatkan kunci dari pemandu yang membawa masuk kereta tersebut. Kereta tersebut diberi oleh Syeikh Rahman.
Katanya kereta ini sepenuhnya kepunyaan aku. Tapi aku diminta berkongsi dengan Quin Mikayla. Aku tak kesah pon berkongsi dengan Mikayla. Kalau Mikayla nak guna kereta, aku boleh guna motor bike abang aku sementara menunggu kereta idamanku.
Syeikh Rahman juga menyediakan pemandu untuk kereta ini. Aku menolak tetapi Syeikh Rahman berkeras juga untuk sediakan pemandu. Aku mengalah dah bersetuju untuk menerima tawaran Syeikh Rahman.
Aku berjalan ke arah bonet untuk melihat keluasan bonet tersebut. Tak ada la luas sangat. Kalau aku tutup kedua-dua kerusi ni tak apa tak? Tutup sebelah ja lah sebelah kanan.
Sedang aku tarik tempat sandar ke depan untuk tutup terdengar bunyi motor memasuki kawasan villa. Siapa pula tu? Dia berlari kearahku. Kelihatan seperti lelaki yang 25 tahun ke atas pon ada.
"Minta maaf cik. Saya lambat. Saya baru terima arahan dari Tuan Syeikh" ucap seorang lelaki di hadapanku sambil menunduk.
Aku memandang jam tangan. Memang lambat sangat pon. Malas berlama-lama aku menuju masuk ke dalam kereta. Dia turut masuk ke bahagian pemandu lalu menghidupkan enjin kereta. Dia membetulkan cermin hadapan dan kerusi.
"Saya dapat arahan suruh pergi ambil Mikayla dahulu di mall" katanya sambil memandangku melalui cermin hadapan
Aku hanya sekadar mengangguk menandakan 'okey'. Kereta bergerak keluar dari kawasan villa untuk menuju ke mall. 30 minit kemudian, keretaku tiba di mall. Kereta diparking di hadapan pintu masuk mall.
"Saya tunggu di luar ye. Takut Cik Mikayla tak perasan kita dah sampai" katanya
Aku masih mengangguk. Dia keluar dari tempat pemandu lalu berdiri di pintu tempt pemandu. 5 minit kemudian, Mikayla keluar dengan tangan penuh dengan paper bag. Beli apa ja lah Mikayla ni. Pintu dibuka oleh lelaki itu lalu Mikayla terus masuk.
"Huh penat" mengeluh Mikayla
Aku memandangnya lalu menggeleng kepala.
"Apasal tengok macam tu??" soal Mikayla pelik
Aku hanya menggelengkan kepala tanda tiada apa.
"Abang Azam. Abang driver kita orang ke??" soal Mikayla
"Ya. Saya driver kepada Cik berdua" jawabnya sambil memandu
"Tokayah hantar abang pada kami ke??" soal Mikayla lagi
"Ya Cik Mikayla" jawabnya lagi
Mikayla hanya terangguk-angguk dan membulatkan mulut menjadi O.
"Kita nak pergi mana ni kakak?" soal Mikayla kepadaku
Ehh lupa pula nak beritahu Azam untuk menuju ke farmasi.
"Azam. Pergi ke mana-mana farmasi besar yang semua barang ada" arahku
"Baik Cik Shopia" jawabnya tanya banyak bersoal
"Kenapa kakak panggil Azam. Dia tua lagi la dari kakak tau" kata Mikayla
"Suka hati aku la" balasku malas
"Lagi satu. Buat apa nak pergi farmasi?? Kakak sakit ke?? Kakak nak beli ubat apa??" soalnya bertubi-tubi

YOU ARE READING
TAKDIR & WAKTU [On Going]
RomanceKehidupan Shopia telah berubah 360 darjah setelah keluarga besarnya berpisah menjadi 2 keluarga. Sikap Shopia yang ceria dan peramah telah hilang dalam dirinya. Dia yang dulu tidak sama dengan yang sekarang. Shopia yang sekarang banyak mendiamkan di...