Bab 11

22 3 0
                                    

Aku bangun dari duduk lalu merenggangkan badan. Terlalu lama duduk di kerusi terasa lengguh terutama pinggang. Jarum jam di dinding menunjukkan pukul 4.

Aku perasan dah seminggu aku sibuk dengan kerja. Pukul 7 dah terpacak dekat depan bangunan kelab ini. Pukul 6 baru bergerak untuk balik ke rumah.

Sekarang aku juga menunggu masa untuk membuka studio photography. Tak jauh daripada kelab ini. Bangunan tu masih dalam proses pembaikian. Kadang-kadang ada juga aku pergi sana untuk tengok proses di sana. 80% dah siap. Mungkin seminggu lagi akan dibuka.

Alhamdulillah buat masa sekarang keadaan masih aman. Bukan risau apa, cuma risau kalau-kalau Ku Martin datang office aku. Aku tak rasa aku cukup kuat untuk hadap dia lagi buat masa sekarang.

Aku keluar dari bilik kerja aku untuk keluar berjalan. Keluar sahaja dari bilik kelihatan Amilia sahaja berada di mejanya. Fuad mungkin berada di bilik menembak. Amilia sekadar senyum bila ternampak aku keluar dari bilik kerja.

Aku berjalan dengan kedua-dua tangan di poket seluar. Aku berjalan turun dari tingkat 4 sehingga tingkat bawah. Staff  yang terserempak dengan aku menegur dengan hanya menundukkan kepala sedikit. Keadaan teratur sahaja. Rasa bangga tiba-tiba dengan semua staff di sini.

Aku baru sahaja ingin bergerak untuk menuju ke bilik menembak, tiba-tiba terdengar ada yang menjerit namaku.

"Shopia" jerit Clara selepas keluar dari perut kereta. Amsyar juga turut mengikuti Clara

Dia berjalan laju ke arahku. Tangannya mendepa lebar. Mungkin mahu memelukku. Semakin lama semakin dekat.

"Rindunya" katanya lalu ingin memelukku

Aku berganjak ke samping. Badan ku bersandar di kaunter. Clara ke depan sedikit dari tempat asalku berdiri. Dia memeluk tubuhnya sendiri.

Clara merenggus kasar. Marah mungkin.

"Ishhh nak peluk pun tak boleh!!" kata Clara dengan mulut muncungnya

"Jangan gelak-gelak la korang. Malu saya kena reject dengan boss korang" kata Clara. Mungkin kepada Syifa dan Amir di kaunter.

Aku mengendahkan Clara. Aku mula berjalan untuk menuju ke bilik menembak semula. Clara berjalan di sampingku sambil meranggul lenganku. Amsyar hanya mengikut dari arah belakang.

"Kau nak apa datang sini" soalku setelah masuk ke dalam lift

"Ehhh. Sejak bila aku tak boleh datang sini huh" kata Clara sedikit marah

"Aku tanya ja. Yang kau nak sentap ni kenapa" kataku mendatar

"Dah kau tu tanya macam aku ni orang luar pula" kata Clara lagi

Aku hanya membiarkan Clara bersikap begitu. Malas mahu bercakap lebih-lebih.

Sampai sahaja di tingkat 4, kaki terus melangkah keluar. Aku berjalan ke arah pintu masuk bilik menembak. Ada beberapa orang sedang berlatih mungkin. Ada juga staff yang sedang berlatih.

Aku melangkah masuk ke dalam bilik senjata.

"Wahhhh" ujar Clara lalu melepaskan rangkulan di lengan ku

Aku mengerutkan dahi. Aku tertanya-tanya, dia tak pernah masuk sini ke??

"First time aku tengok pistol-pistol ni secara dekat" kata Clara sambil memengang senjata yang ada disitu

"Kau first time datang sini ke??" soalku pelik

Yelah selama seminggu ni tak ada pula nampak Clara datang sini. Adik-adik aku datang sini pon sebab berlatih. Rutin harian mereka la katakan.

TAKDIR & WAKTU [On Going]Where stories live. Discover now