Bab 10

30 4 1
                                        

Hari ni aku agak lenggang di pejabat. Aku tak ada meeting dengan sesiapa. Aku hanya menyiapkan kerja di pejabatku.

Selepas aku baca daftar Fuad, aku dapat rasa ada sesuatu yang tidak kena. 2 hari lepas aku ada mencari info yang berkaitan dengan Fuad. Agak terkejut sebenarnya dengan info itu.

Aku memanggil Fuad masuk ke dalam pejabatku. Ada sesuatu yang perlu aku tanya kepadanya. Fuad masuk sahaja terus aku menyuruhnya duduk. Aku memandangnya sambil memeluk tubuh. Lama aku berdiam diri.

"Apa hubungan awak dengan Tengku Suzana??" soalku mendatar

Fuad memandangku dengan riaksi terkejut. Tapi dapat dikawal olehnya. Fuad hanya diamkan diri tanpa menjawab persoalanku.

"Awak boleh cerita dekat saya, atau awak nak saya buka cerita awak" ujarku mendatar

Fuad masih berdiam diri. Aku kena paksa juga Fuad cerita tentang keluarganya.

"Awak anak tiri kepada Tengku Suzana" ujarku untuk memulakan perbicaraan kami berdua

"Tengku Suzana bunuh ibu awak kan. Tapi awak yang terkena tempiasnya" kataku lagi untuk menguji Fuad yang masih berdiam diri

Kelihatan Fuad memejamkan matanya. Mungkin berasa gelisah setelah aku mengaitkan ibunya.

"Lepastu, ayah awak pula---"

Belum sempat aku menghabiskan ayat, Fuad memotong percakapanku. Fuad memandangku tajam. Aku membalas pandangannya tanpa sedikit gentar. Keadaan menjadi tegang tiba-tiba.

"Sampai mana Cik Shopia tahu tentang keluarga saya" soal Fuad tegas

"Tak banyak. Hampir 80%" kataku mendatar

"Kenapa Cik Shopia siasat latar belakang saya. Cik Shopia tak berhak buat macam ni" marah Fuad

"Memang saya tak berhak siasat latar belakang awak. Tapi latar belakang awak ada kaitan dengan saya. Itu yang membuatkan saya berhak tahu latar belakang awak" kataku sambil mencerlung tajam ke dalam anak matanya.

"Apa motif awak kerja di sini?!" soalku tegas

Fuad tidak menjawab persoalanku. Aku tersenyum sinis.

"Awak nak balas dendam melalui saya" ujarku tanpa berkias lagi

"Bukan macam tu Cik Shopia" ujar Fuad. Terdengar keluhan di hujung.

"Kalau bukan seperti apa yang saya fikirkan, tolong jelaskan kepada saya. Atau awak nak saya pecat awak sekarang juga!" kataku tegas

"Tolong jangan pecat saya Cik Shopia. Saya dah tak ada tempat untuk minta kerja. Baiklah saya akan ceritakan semuanya kepada Cik Shopia" ujar Fuad panjang

"Cik Shopia nak saya mula cerita dari mana?" soal Fuad

"Mana-mana sahaja. Jangan tertinggal satu pun maklumat" arahku

Fuad mengeluh perlahan lalu membetulkan duduknya. Fuad memandang ke arahku. Aku membalas pandangannya. Tak lama selepas itu Fuad melarikan pandangannya lalu menunduk.

"Tengku Suzana pernah jadi ibu tiri saya. Sebenarnya saya tak pernah suka Tengku Suzana serta anak-anak dia. Saya sendiri pun tak tahu macam mana ayah saya boleh terpikat dengan perempuan jalang seperti Tengku Suzana" katanya dengan senyum sinis lepas mengucapkan ayat terakhir.

"Dia berkahwin dengan ayah saya bukan sebab cinta, tapi sebab harta. Semua harta ayah semua dapat dekat dia. Saya tak dapat apa-apa pun. Lepas saja dia dapat semua harta ayah, terus dia hilangkan diri"

"Dia pernah cuba untuk bunuh ibu saya. Tapi nasib menyebelahi ibu. Masa dia cuba untuk buat benda tak baik, saya baru balik dari sekolah. Jadi dia tak sempat nak buat apa. Kali kedua, dia cuba untuk bunuh ibu saya lagi. Kali kedua, rancangan dia menjadi. Ibu saya terlebih dos ubat. Saya tak tahu ibu saya makan ubat apa, tapi doktor bagitahu ibu saya meninggal disebabkan terlebih dos. Saya tak tahu nak bagi riaksi apa waktu tu" rintih Fuad

"Lepas sahaja kebumikan arwah ibu, balik sahaja rumah terus saya mengamuk besar dengan Tengku Suzana. Tapi perempuan tu hanya diam. Ayah saya yang banyak membela dia. Saya pun tak tahu kenapa dia sibuk sangat nak bela perempuan jalang tu. Ayah saya halau saya sebab saya marah besar dengan perempuan tu. Sejak hari tu saya duduk dengan nenek dan atuk belah ibu saya"

"Bila umur saya 17 tahun, saya keluar cari kerja di KL. Banyak saya minta tapi hampir kesemua ditolak. Sehingga la saya terjumpa Hunting & Archery Club ni. Saya mencuba nasib di sini. Alhamdulillah saya dapat. Pada awalnya, saya di beritahu bahawa CEO di sini merupakan perempuan tapi saya tengok Engku Farries yang banyak handle club ni. Engku Farries banyak juga ajar saya cara untuk melayan Cik Shopia. Engku Farries cakap Cik Shopia tak banyak songgeh macam perempuan lain dekat luar saya. Saya selesa bekerja dengan Cik Shopia" ujar Fuad lagi

Aku hanya mendengar ceritanya dan pujian yang diberi.

"Dia masih kenal awak?" soalku

"Rasanya tak. Saya jumpa dia pon masa saya umur 8 tahun" jawab Fuad

"Kalau saya nak hancurkan kehidupan Tengku Suzana, awak nak tolong??" soalku

Fuad sedikit terkejut dengan soalan yang aku berikan.

"Cik Shopia nak buat apa??" soal Fuad. Kita tanya dia, dia tanya kita balik.

Aku berdecit sedikit. Tak suka betul bila di tanya, di tanya semula soalan.

"Nak ke tak nak" soalku

"Saya akan ikut kalau Cik Shopia izinkan" jawab Fuad

Aku berdegus kasar. Bukan jawapan tu yang aku nak dengar.

"Nak ke tak nak!!" kataku satu persatu sambil menahan marah

"Nak" jawab Fuad pantas

"Apa-apa nanti saya cari awak. Awak boleh sambung kerja. Pasal cerita awak, jangan risau. Saya akan akan simpan" kataku mendatar

"Terima kasih Cik Shopia. Saya keluar dulu" ujar Fuad

Keluar sahaja Fuad dari pejabat, terus aku mencari telefonku. Aku perlu call seseorang untuk meminta bantuan. Nampak sahaja nombor tersebut, butang call terus ditekan.

"Hello" kataku

"Hello beb. How are you??" ujar seseorang dari corong telefon

"Fine" jawabku sepatah

"Kenapa tiba-tiba call aku ni??"

"Aku nak mintak tolong sikit boleh??"

"Boleh. Anything for you dear"

"Kau turun Malaysia" arahku

"Why?? Kau ada target baru untuk aku ke??" Terdengar ketawanya di hujung talian

"Maybe"

"Cun. Bila kau nak suruh aku turun??"

"Dalam masa terdekat. Kalau boleh secepat mungkin"

"Minggu ni aku ada job. Minggu depan boleh. Start minggu depan aku tak akan ambil mana-mana job dah"

"Nanti aku ambil kau dekat airport. Tempat tinggal jangan risau. Aku akan sediakan"

"Ok baby. That's why I love you. Muahhhh"

Aku hanya menggelengkan kepala. Perangai tak pernah nak matang.

Aku berjalan ke arah jendela yang menghadap pintu pejabatku. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Aku memandang ke arah jalan raya yang sesak.

Tangan yang berada di dalam poket, aku genggam menjadi penumpuk. Tiba-tiba terasa geram dengan apa Tengku Suzana dah lakukan pada family Fuad.

"Berapa ramai lagi orang yang kau nak sakitkan Tengku Suzana!! Aku takkan biarkan bonda jatuh dekat tangan kau!! Aku takkan biarkan kejadian seperti ibu Fuad terjadi!! Aku juga takkan biarkan ayahanda jatuh dekat kau!! Dasar perempuan jalang!!"

Kalau ikutkan hati aku, aku nak je tumbuk cermin depan aku sekarang. Memikirkan ni office, aku cuba menahan sabar.

TAKDIR & WAKTU [On Going]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang