Aku melihat keadaan padang yang meriah dengan aktiviti sukan itu. Banyak permainan yang dianjurkan. Contohnya, bawa bola pinpong dalam sudu, tangkap belon yang berisi air, memanah, mengelas coklat mengikut jenis dan macam-macam lagi. Hanya permainan yang sesuai dimainkan oleh budak-budak.
Aku mencari sesorang. Keluarganya masih ada. Clara juga turun datang walaupun kehadirannya lambat. Tapi kelibatnya masih belum nampak. Aku mengeluh kecil.
"Dia tak datang ke petang ni" gumamku
"Awak cari siapa, Qayyum?" soal Clara yang tiba-tiba ada disebelahku
"Astagfirullahalazim. Terkejut saya Clara" ucapku sambil mengusap dadaku
"Hahahaha sorry-sorry. Saya tengok awak asyik pandang pintu pagar tu kenapa?"
"Ehh mana ada" aku cuba mengelat
"Eleh, awak cari Shopia kan?"
"Ergh mana ada. Buat apa saya cari dia?"
"Tak nak mengaku pula dia. Shopia tak datang la petang ni"
"Ye ke? Tapi kenapa?" soalku pelik
"Aik tadi cakap tak cari dia. Kenapa tiba-tiba macam kecewa je bila saya cakap dia tak datang" usik Clara sambil tersenyum nakal
"Ishh awak ni Clara. Saja nak usik sayakan"
"Hahaha memang pun. Tak ada la, kejap lagi Shopia datang la. Mungkin jalan jem kot. Tu yang lambat"
Tiba-tiba kendengaran kereta memasuki kawasan ini. Aku memusingkan kepala ke arah bunyi itu lalu tersenyum lebar. Kereta hitam milik Shopia memarking di tempat yang disediakan. Kelihatan juga seorang lelaki menuju ke arah kereta Shopia.
"Happy la tu, Shopia dah sampai"
"Mana ada. Biasa je" kataku untuk mengelak usikkan Clara
"Haishhh dia tak nak mengaku lagi. Awak punya teruja tu boleh nampak sangat tau"
Aku dan Clara ketawa bersama setelah Clara berkata begitu. Aku melihat Shopia berjalan ke arah kami dengan diikuti seorang lelaki di belakangnya. Shopia memakai pakaian sukan serta ada juga cardigan hitam panjang.
"Shopia sini" panggil Clara
Shopia duduk di kerusi sebelah Clara. Walaupun memakai topeng muka, riaksi yang diberikan hanya dingin sahaja. Shopia memulakan perbicaraan setelah duduk. Aku hanya mendengar sahaja.
"Kau paksa-paksa aku kenapa" marah Shopia perlahan
"Alaa kau ni. Budak-budak ni cari kau"
"Dah kenapa diorang ni cari aku. Diorang bukannya kenal aku pun"
"Layankan je lah budak-budak ni. Kau tu cuba senyum sikit. Asyik nak dingin je" kata Clara lalu tangan berada di mulut Shopia.
Bibir Shopia ditarik untuk membentuk senyuman. Shopia pula sudah menarik tangan Clara menjauhi mukannya. Kelakar pula mereka berdua ni.
"Ishh jangan sentuh aku lah. Suka hati aku la. Ada masalah dengan kau ke?!"
"Senyum pun nak kena ajar ke. Senyummm"
Clara menghadap betul-betul dihadapan wajah Shopia lalu bibirnya membentuk senyuman.
"Stop Clara. Tak lawak" Shopia bertegas
Shopia menolak dahi Clara menggunakan jari telunjuk. Wajah Clara menjauhi wajah Shopia.
"Kalau lawak pun bukan kau nak gelak. Dingin juga"
Keadaan diam buat seketika. Masing- masing memandang ke arah padang. Tiba-tiba seorang budak lelaki datang ke arahku.
"Abang, jom la main dengan kami" ajak budak yang aku kenal sebagai Hafiz
YOU ARE READING
TAKDIR & WAKTU [On Going]
RomanceKehidupan Shopia telah berubah 360 darjah setelah keluarga besarnya berpisah menjadi 2 keluarga. Sikap Shopia yang ceria dan peramah telah hilang dalam dirinya. Dia yang dulu tidak sama dengan yang sekarang. Shopia yang sekarang banyak mendiamkan di...