Bab 15

35 3 0
                                    

Shopia berpusing-pusing dengan kerusi kerja. Otak tengah serabut memikirkan perkara yang berlaku dalam minggu ini. Risau juga dengan keadaan adik-adikku. Aku juga memikirkan hal Zelda yang agak mencurigakan

Tiba-tiba pintu pejabatku dirempuh kasar dari arah luar. Aku memberhentikan kerusi kerjaku. Siapa yang biadap sangat masuk tanpa ketuk pintu ni!! Kelihatan Clara, Amirul dan Qayyum melangkah masuk.

"Haiiiii" sapa Clara ceria

Automatik aku bergerak laju ke arah bawah meja lalu ke belakang kerusi. Dah la aku tak pakai topeng muka. Aku meraba-raba meja kerjaku untuk mencari topeng muka.

"Wahhh besarnya pejabat kau Shopia" kata Amirul

"Aikkk hilang. Tadi bukan ada ke" perli Clara yang sudah pun duduk di sofa

"Kau buat apa dekat sini huh!!" marahku dari belakang kerusi

"Kenapa kau nyorok situ. Kau nak main nyorok-nyorok ehh. Ehh gurau-gurau. Oh kau tak pakai topeng tu ehh" kata Clara

"Aku pernah tengok muka kau la Shopia. Kita kan kawan dari kecil" kata Amirul

Ya tak ya jugakan. Clara cakap dia kawan kitaorang dari kecil. Aku mengintai dari arah belakang kerusi. Aku memastikan hanya ada mereka bertiga sahaja.

"Sini la. Qayyum pun takkan bagi tahu sesiapa pun pasal kau. Kan Qayyum" kata Amirul

Qayyum mengangguk setuju sambil tersenyum ke arahku.

"Sini la" panggil Amirul dan Clara serentak

"Ehh kau tiru cakap aku kenapa!" marah Clara

"Aku yang nak panggil Shopia. Kau pon sibuk nak panggil dia juga!" kata Amirul. Mula la tu nak bergaduh.

Aku bangun dari belakang kerusi. Aku berdehem sedikit lalu membetulkan tudung dan bajuku. Aku mengambil topeng mukaku lalu melangkah ke arah mereka bertiga. Aku mengambil tempat di sofa sendirian. Sebelah kiriku, Clara. Sebelah kananku, Amirul dan Qayyum.

"Ni kitaorang ada beli makanan" kata Clara

"Pilih la nak makan mana" kata Qayyum sambil mengeluarkan makanan dari plastik

"Kau cantik ja. Tapi kenapa kau pakai topeng tu?? Kenapa kau nak tutup kecantikkan kau??" soal Amirul bertubi-tubi

"Aku ada sebab sendiri" jawabku mendatar

"Dulu kau tak ada la cantik mana. Sekarang baru aku perasan kau cantik. Aku ada peluang tak nak mengorat kau" gurau Amirul sambil tersenyum

Tersentak aku dengan gurauan Amirul. Dia ni melebih pula. Ada juga aku lempang kang. Aku membuat muka jijik ke arahnya. Amirul ketawa kuat.

"Comel kau buat muka macam tu" kata Amirul masih dengan sisa ketawa

"Diam. Makan" kataku tegas. Makin dilayan memang tak makan la.

"Kau dengan Shopia, asyik nak memuji saja kan" kata Clara

"Suka hati aku la. Mulut aku" bidas Amirul laju

"Eeeee" kata Clara dengan gaya ingin membaling roti ke arah Amirul

Amirul membuat muka seperti mengejek Clara. Aku hanya mengelengkan kepala dengan tingkah mereka berdua.

Perasan Qayyum hanya memandangku. Aku memandangnya. Mata bertemu mata. Aku tak larikan mataku dari bertembung. Qayyum tersenyum manis kepadaku lalu menundukkan kepalanya ke arah makanan. Aku tidak beriaksi apa-apa pun. Aku macam pelik, kenapa dia pandang aku macam tu.

Aku diam menikmati makanan di hadapanku. Nasi goreng pataya. Salah satu makanan kegemaranku.

Aku terdengar pejabatku ditolak tanpa mengetuk. Aku tidak memandang ke arah belakang sebab aku tak pakai topeng mukaku.

TAKDIR & WAKTU [On Going]Where stories live. Discover now