☁︎. BAB 1 .☁︎

225 32 198
                                    

       
      ADAM bingung.  Dia buntu.  Dia tidak tahu hendak ke mana.  Pandangannya diedarkan ke sekeliling.  Dia dikelilingi dengan bangunan-bangunan yang berdiri gah dan kelihatan mewah dan besar. Ya, dia sudah tiba di bandaraya Kuala Lumpur. 

Dia tekad dan bersemangat untuk mencari kerja biarpun dia tahu mencari pekerjaan di bandar raya besar ini bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, apabila sepasang kakinya sudah berdiri tegak di tengah-tengah bandar raya, rasa semangatnya tadi telah hilang dan digantikan dengan perasaan keliru dan buntu.

“Mak, Adam nak buat apa sekarang? Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini.”

Adam hilang arah.  Tidak tahu hendak ke mana lagi. Siapa dia mahu percaya di bandar besar ini? Dari mana dia mahu mula? Dia keliru.  Di tengah-tengah lautan manusia, Adam tiba-tiba merasa kosong dan buntu.

No, aku tak boleh mengalah.  Aku dah sampai sejauh ni.  Tak akan aku nak berpatah balik.  Tak, aku bukan pengecut.  Adam, kau tak boleh mengalah terlalu awal.  Mengalah sebelum berjuang itu adalah seorang pengecut.  Dan aku...” Tali beg digenggam erat.  Semangat kembali berkobar-kobar di dadanya. Dia kembali bulatkan tekad yang di tidak akan pulang selagi tidak berjaya.

“Bukan pengecut.”

*****

         3 tahun kemudian...

       KEADAAN di balai tempat menunggu ketika itu riuh-rendah dengan suara-suara bercakap.  Masing-masing menunggu ketibaan ahli keluarga masing-masing. Ada yang menunggu sahabat mereka yang baru tiba di Malaysia, ada yang sedang menunggu atuk dan nenek mereka dan ada yang sedang menunggu ketibaan kapten kapal terbang.

Dari jauh, kelihatan ramai penumpang yang telah sampai menuju ke arah tempat penunggu untuk mendapatkan keluarga masing-masing.

“Ibu!” Kelihatan seorang remaja perempuan berlari untuk mendapatkan ibunya. Di belakangnya, kelihatan sepasang suami isteri mengikut remaja perempuan itu. Sebaik sahaja sampai, tubuh ibunya dipeluk erat bagai tidak mahu dilepaskan.

“Aisya.”

“Aisya rinduu ibu.  Sangat-sangat,” ujar remaja perempuan itu. Tubir matanya bertakung.  Begitu rindu terhadap ibunya.  Tidak terubat kerana terpisah dari ibunya kerana dia menjalani rawatan untuk penyakit anehnya.

“Ibu pun rindu Aisya.  Aisya dah okey? Ada lagi rasa sakit?” soal ibunya sebaik sahaja pelukan dileraikan. Tangannya masih menggengam tangan anak perempuannya itu. Aisya memandang tepat ke wajah ibunya.  Mendung. Aisya mengukir senyum manis.

Yes! Aisya okey je. Alhamdulillah, Aisya dah sembuh ibu.  Aisya dah sembuh sepenuhnya. Semua berkat doa ibu.” Aisya masih tersenyum. Ibu Aisya turut tersenyum.

“Alhamdullilah,” ucap ibu Aisya.

Ketika bersalam-salaman, suara yang riuh menarik perhatian mereka. Semua perhatian tertumpu ke arah satu sosok figura yang memakai uniform pilot dan berkaca mata hitam.  Diikuti dengan beberapa orang wartawan yang memegang mikrofon dan kamera.  Cahaya putih kamera yang menyilaukan mata terpancar sana sini.

Keadaan menjadi semakin riuh apabila pilot itu sempat melambai ke arah sembarangan arah.

“Kapten!”

“Kapten Kim!”

Satu suara memanggil membuatkan figura itu menoleh. Kelihatan seorang remaja perempuan melambaikan tangannya ke arah pilot tersebut dengan sebuah senyuman. Awalnya pilot itu diam tidak berbuat apa-apa. Namun sedetik kemudian, pilot itu tersenyum sambil melambaikan tangannya.  Membuatkan remaja perempuan itu tercengang, tidak percaya. Manakala yang lain masih riuh dengan perlakuan pilot tersebut.

C  |  DEAR MR PILOT ✓Where stories live. Discover now