MASA yang berlalu terasa begitu pantas. Hari ini, iaitu hari di mana Adam akan pulang semula ke Kuala Lumpur setelah sekian lama di Kampung Taco. Pada pagi itu Adam menyiapkan beg bajunya untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur. Seragam pilotnya disangkut pada paku.
Menyesal pun ada bawa balik seragam tu. Bukannya nak pakai terus. Dia masuk kerja balik pun esok, bukannya harini. Kalut punya fasal. Habis semua dicapai dan hendak di bawa ke kampung. Usai selesai mengemaskan beg bajunya serta mengemaskan bilik, Adam melangkah keluar dari bilik itu. Daun pintu ditutup rapat.
Ruang tamu rumah ditujui. Sesampai di situ, kelihatan ibu, ayah dan adiknya sudah berada disitu. Dia aje ke yang terlambat untuk berkumpul?
“Adam. Dah siap berkemas?” soal Encik Azhar. Adam memandang ayahnya sebelum satu anggukan diberi.
“Adam bertolak petang. Jadi, jom lah kita pergi jalan-jalan dulu. Makan angin dekat mana-mana,” ajak Adam. Lagipun ini peluang terakhir Adam untuk luangkan masa dengan keluarga dia. Lepas ni memang dah susah nak cari masa untuk diluangkan bersama keluarga tercinta.
“Jom!” Laju sahaja Aryan menyahut. Remaja itu sudah tersengih-sengih. Aryan ni memang minat betul pergi jalan-jalan. Mungkin sebab tak pernah keluar dari kampung ni sejak kecil buat remaja lelaki itu teruja setiap kali ingin makan angin di luar kampung. Adam tersenyum kecil melihat keterujaan Aryan. Kepala remaja itu diusap.
“Mak? Ayah?” Perhatian Adam beralih kepada mak dan ayahnya pula.
Puan Ayna dan Encik Azhar berpandangan antara satu sama lain.
“Tak apa ke?”
“Buat kali terakhir sebelum Adam balik Kuala Lumpur. Jomlah,” ajak Adam. Awalnya mak dah ayah Adam berat hati, namun tidak mahu kecewakan Adam mereka turuti sahaja. Lagipun benar apa yang dikatakan oleh Adam. Buat kali terakhir.
“Yan, mak, ayah pergilah bersiap dulu. Adam tunggu dekat bawah.” Adam melontar sebuah senyuman sebelum beredar dari situ. Anak tangga dituruni satu per satu.
Angin yang berhembus lembut pagi itu mendamaikan suasana pagi. Selipar disarung ke kaki sebelum dia menapak ke arah pangkin rumah. Sesampai di pangkin kayu itu, dia melabuhkan punggungnya di atas pangkin itu.
Sementara menunggu ahli keluarganya bersiap, Adam mengambil angin pagi. Fuh, lepas ni memang dah jarang lah nak nikmati pagi hari begini. Pasti dia akan merindui suasana yang aman dan damai di kampung. Dia akan merindui segala-galanya di sini. Tidak sangka secepat ini dia akan pulang semula ke Kuala Lumpur.
Adam menghela nafasnya perlahan. Alangkah bagus jikalau boleh terus aje tetap berada di kampung itu. Baginya sebulan itu tidak cukup. Namun, dia bersyukur sekurang-kurangnya dia dapat pulang berjumpa dengan ahli keluarganya.
Beberapa minit berlalu. Adam yang sedang ralit memerhati alam itu terus menoleh apabila mendengar pintu dikunci. Kelihatan ahli keluarganya telahpun bersiap-siap. Adam tersenyum kecil.
“Abang, let's goo!” Adam mengangkat punggungnya sebelum dia menapak menuju ke arah kereta hitam itu. Kunci pintu dibuka. Pantas Aryan masuk ke seat hadapan. Amboi! Tak menyabar. Kepala Adam tergeleng perlahan.
Pintu seat belakang di buka.
“Masuk, mak ayah.”
“Terima kasih Adam.” Puan Ayna dan Encik Azhar melontar senyum sebelum kedua-duanya masuk ke dalam perut kereta. Adam hanya membalas senyuman itu sebelum pintu kereta di tutup. Dia beralih ke seat hadapan. Sebaik sahaja Adam masuk, enjin kereta dihidupkan. Setelah beberapa minit, kereta itu bergerak keluar dari perkarangan rumah menuju ke destinasi yang telah ditetapkan.
YOU ARE READING
C | DEAR MR PILOT ✓
Short Story𝒦.nown as Mr Pilot, Takoyaki Under Dear Series: "Leaving you is my choice, returning to you is my demand to you." ADAM KIM. Seorang jejaka yang berasal dari Kampung Taco dan berhijrah ke bandaraya Kuala Lumpur selepas ekonomi keluargany...