TANPA membuang sedikit pun masa yang ada, Adam terus bergegas pulang ke resort bersama Azeem. Dalam perjalanan pulang semula ke resort, Adam sempat menempah tiket kapal terbang yang paling awal untuk terbang ke Terengganu. Malangnya, tiada kapal terbang yang akan berlepas ke Terengganu pada hari ini.Maka, dia perlu menunggu penerbangan ke Terengganu pada enam pagi esok. Lambat? Ya memang! Namun, dia perlu bersabar. Lagipun kapal terbang tu bukannya hak milik dia.
“Jadi, kita balik esok lah ni?” soal Azeem. Adam mengangguk perlahan. Dia duduk di birai katilnya. Azeem yang bersandar pada dinding di tepi pintu itu hanya memandang Adam yang diam itu. Nafasnya dihela perlahan.
“Kau sabar lah Adam. Doa kan yang baik-baik je untuk mak kau. In Shaa Allah, mak kau dalam keadaan baik-baik.” Azeem berkata-kata. Dia berharap agar Adam sedikit bertenang. Yalah, esok kut baru boleh fly ke Terengganu. Lama tu!
Seketika suasana di dalam bilik itu sunyi sepi kembali. Azeem diam melayari perasaan. Arghh, kenapa dia tiba-tiba teringat tentang cerita Strong Girl Do Bong Soon yang dia rewatch semalam? Scene Park Hyung Sik yang cuba menyelamatkan Park Bo Young yang dirantai dengan bom sekaligus di kunci di rooftop berlayar di kepalanya.
Eh, tiba-tiba nak pergi sambung tengok lah pula!
Azeem mengetuk kepalanya tiba-tiba. Bapak kurang ajar otak dia ni. Time-time ni sibuk nak ingat k-drama.
“Aish jinjja! Kau kenapa Zeem? Sekarang ni bukan masa yang sesuai untuk kau ingat pasal K-drama! Isyh!” Azeem memarahi dirinya sendiri. Ada ke patut dia teringat tentang K-drama pada waktu-waktu sahabatnya sedang gelisah memikirkan tentang keadaan mak tercinta di kampung halaman yang sedang sakit.
Sedang sibuk Azeem memarahi dirinya, Adam mengangkat bicara.
“Iman ada mesej aku tadi...” Azeem berpaling ke arah Adam. Serta-merta dia berhenti mengetuk kepalanya.
“Iman cakap apa?” soal Azeem, ingin tahu. Dia menumpukan perhatian sepenuhnya kepada Adam. Adam tidak terus menjawab. Jejaka itu menghembuskan nafasnya berat.
“Mak aku masuk wad. Doktor cakap mak aku demam panas, tekanan darah tinggi, dan serangan jantung.” Membulat mata Azeem apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Adam. Dia menapak menghampiri Adam yang duduk di birai katil itu. Adam tunduk memandang lantai, cuba menahan tangisannya. Sebak di hati mulai bertandang.
“Serius lah kau Dam? Habis, Iman cakap apa lagi? Doktor ada cakap apa-apa tak?” soal Azeem bertubi-tubi. Adam menggelengkan kepalanya. Azeem meraup wajahnya. Dia berjalan mundar-mandir.
“Memang tak ada ke penerbangan ke Terengganu hari ni?” soal Azeem.
“Tak ada. Aku dah check. Penerbangan akhir ke Terengganu hari ni tengah hari tadi. Kalau aku tahu benda ni akan jadi, awal-awal lagi aku fly ke Terengganu lepas je aku boleh cuti. Tapi tak. Aku bercuti. Aku bersenang lenang dekat sini bercuti, tapi mak aku dekat kampung sana? Melawan sakit. Anak jenis apa aku ni, Zeem?” Di akhir ayat, suara Adam berubah menjadi serak dan kedengaran seperti menyalahkan dirinya sendiri.
“Kau tak boleh cakap macam tu, Dam. Benda dah nak jadi. Kau pun tak tahu kan mak kau nak jatuh sakit? Jangan salahkan diri kau,” pujuk Azeem.
“Tak... Ni semua memang salah aku. Kalau lah aku lawan rasa tak bersedia aku, dah lama aku boleh jumpa mak aku. Dah lama aku boleh peluk mak aku. Tapi aku ego, Zeem. Aku ego. Aku rasa bersalah sangat. Aku nak jumpa mak aku sekarang... Mak aku Zeem...” Adam akhirinya melepaskan jua tangisannya. Azeem menghela nafasnya perlahan. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Adam. Bahu Adam di tepuk-tepuk.
YOU ARE READING
C | DEAR MR PILOT ✓
Historia Corta𝒦.nown as Mr Pilot, Takoyaki Under Dear Series: "Leaving you is my choice, returning to you is my demand to you." ADAM KIM. Seorang jejaka yang berasal dari Kampung Taco dan berhijrah ke bandaraya Kuala Lumpur selepas ekonomi keluargany...