☁︎. PROLOG .☁︎

386 35 139
                                    

       
        “ADAM!” Satu suara yang menjerit memanggil namanya membuatkan figura itu, Adam menoleh ke belakang.  Kelihatan seorang lelaki yang sebaya dengannya berlari anak mendapatkan dirinya yang berdiri di sebelah pondok kayu.

Sesampai di hadapan Adam, lelaki itu menghentikan lariannya.  Dia menunduk, memegang kedua-dua belah lututnya.  Penat tidak terhingga.  Nafasnya berderu laju. Adam memandang figura lelaki itu aneh.

“Zeem, kau kenapa? Lari macam tak cukup tanah aje.  Kena kejar ke?” soal Adam setelah beberapa saat mendiamkan diri.

Azeem, lelaki tadi berdiri dengan tegak.  Nafas ditarik lalu dalam-dalam dihembuskan kembali.

“Mak kau...” Adam mengerutkan dahinya, tidak mengerti. 

“Kenapa dengan mak aku?” soal Adam.  Hatinya mulai tidak sedap.  Dia memandang Azeem lama, meminta penjelasan. Azeem turut memandangnya.

“Mak kau... Tiba-tiba pengsan tadi dekat kedai runcit Pak Saleh!” Adam terkejut bukan kepalang. Jantungnya berdetak kencang, mengepam darah keseluruh badan.  Dia memandang tanah.

“Kau... serius lah?”

“Aku tak ada masa nak tipu Dam! Mak kau pengsan tadi.  Pergi lah balik cepat. Ayah kau dah dalam perjalanan nak balik.  Adik kau dengan mak aku sekarang yang temankan mak kau.  Cepat balik!” Adam masih tidak bergerak. Otaknya masih memproses apa yang sedang berlaku.

Adam, balik!

Azeem bengang apabila melihat Adam yang masih berdiri statik.  Mak sendiri pengsan pun tak percaya! Karang aku luku, koma budak ni! Baru sahaja Azeem ingin menjentik dahi Adam supaya lelaki itu tersedar, Adam terlebih dahulu pantas bertindak.  Adam berlari sekuat hati untuk pulang ke rumah.

Oi, Dam! Tunggu aku!” jerit Azeem. Namun, bukan semakin perlahan, malah makin laju Adam berlari pulang.  Dia risau dengan keadaan maknya.  Patutlah asyik batuk-batuk sejak dua menjak ni.  Rupanya...

“Maaf kan Adam, mak,” gumam Adam sambil meneruskan lariannya. Butir-butir jernih mulai keluar.

Azeem mendengus geram apabila melihat Adam semakin laju.

Esh, dia ni! Kalau jadi apa-apa nanti, aku juga yang susah! Keras kepala betul,” omel Azeem.  Dia mengejar Adam yang sudah nun jauh di hadapan sana.  Dia tahu Adam risau.  Dia juga risaukan Adam. Sewaktu ibunya menyuruhnya untuk memanggil Adam agar pulang kerana mak Adam tiba-tiba pengsan, jantungnya bagai mahu luruh. Dia rapat juga dengan mak Adam. 

“Ya Allah, sembuhkan lah mak cik. Mak cik, bertahan mak cik.  Adam akan sampai nanti,” gumam Azeem.

*****

          MALAM menjelma. Bulan bersinar terang di langit.  Adam duduk termenung di tangga kayu rumah. Sesekali kedengaran helaan nafas berat yang keluar. 

“Adam, Adam patut pergi Adam.” Suara itu menyentakkan Adam. Adam menoleh.  Kelihatan ayahnya, Encik Azhar sedang duduk bersandar pada dinding rumah sambil memandang bulan di langit. 

Melihat air muka ayahnya, Adam tahu.  Ayahnya susah hati memikirkan bagaimana hendak memulihkan ekonomi keluarga mereka dan kesihatan maknya yang semakin teruk. Maknya sakit tua. Ayahnya juga semakin tua dan tidak larat untuk melakukan pekerjaan menoreh getah lagi.

“Pergi lah Adam. Bawa diri kamu ke bandar. Bahagia kan diri kamu, senangkan hidup kamu di bandar.  Di kampung ni, tiada apa yang tinggal. Kerja-kerja kampung tidak seberapa upahnya.” Adam diam mendengar bait-bait kata ayahnya.

“Adam tak nak ayah. Adam nak duduk dekat kampung, jaga ibu dengan ayah.  Jaga adik.  Adam rela kerja kampung ayah. Adam tak nak berpisah dengan keluarga Adam.” Adam berdegil mahu tetap tinggal di kampung ini.

C  |  DEAR MR PILOT ✓Where stories live. Discover now