☁︎. BAB 6 .☁︎

108 17 62
                                    

   

    SUASANA pagi di kota London itu sungguh dingin sekali.  Kelihatan sekumpulan burung berterbangan riang ke sana dan ke sini. Pada pagi itu, kelihatan ramai orang yang lalu lalang di hadapan bangunan-bangunan yang berdiri gah. Kelihatan banyak juga kenderaan termasuklah kereta dan bas yang bersesak di atas jalan raya untuk ke destinasi yang ingin mereka tujui.

Adam berjalan di lorong pejalan kaki sambil berpeluk tubuh. Dia memakai sweater yang berwarna coklat dek kerana cuaca dingin pada pagi itu yang begitu mencengkam tubuh. Lorong pejalan kaki juga kelihatan sesak dengan orang ramai yang berjalan kaki untuk ke stesen kereta api bawah tanah.

Sengaja Adam keluar jalan-jalan mengelilingi kota London ini pada waktu awal pagi. Sangat rugi jika dia melepaskan peluang ini untuk mengelilingi bumi London ini. Tidak kesahlah orang nak kata dia curi tulang pun, asalkan bosan hilang.  Tak kan sepanjang berada di London asyik berkurung je dalam bilik di hotel seperti Aniq dan Syafiq.

Captain Kim!” Sayup-sayup kedengaran seseorang menyahut namanya. Namun Adam endahkan sahaja. Mana tahu dia salah dengar.  Kakinya terus melangkah. Sesekali dia mendongak memandang ke dada langit. Cuaca yang sejuk dengan langit yang cerah dan suasana yang redup sebegini mengingatkan dia kepada seseorang.  Seseorang yang sudah lama hilang dari pandangannya sejak sepuluh tahun lepas. Nafasnya dihela perlahan.

Captain Kim!” Suara tadi kedengaran lagi. Kali ini lebih jelas dan dekat.  Adam menoleh ke belakang. 

“Orang panggil dari tadi, buat tak endah je captain ni. Termenung apa? Mak? Keluarga? Awek? Kawan?” Aniq menceber.  Syafiq di sebelah Aniq hanya mengangkat bahu. Dia ikut Aniq je.

“Awak panggil ke? Ingatkan hantu mana tadi.” Adam membuat muka tidak bersalah.

Captain!” Tawa Adam meledak. Syafiq di sebelah Aniq mengemam bibir, menahan ketawa. Hantu? Dekat London pun ada hantu ke?

”Saya gurau je.  Jangan ambil serius sangat. Kenapa keluar? Biasanya berkurung je dalam bilik. Gaduh dengan awek?” soal Adam, sekadar ingin bergurau.

“Kita orang bukannya perempuan yang kena berkurung dua puluh empat jam, captain oi. Lagi satu, untuk pengetahuan captain, saya single-mingle dan saya tak ada masa nak ada awek.  Geli lah.” Aniq membuat gaya seperti hendak muntah. Adam tergelak.

”Kau nak kutuk aku ke, Niq?” soal Syafiq, tidak puas hati.

“Tak petik pula nama kau.  Lagipun kau tu bertunang, bukannya bercouple. Adoii, bengap betul lah.” Selamba Aniq mengutuk.

“Apa kau cakap?” soal Syafiq sambil tangannya mengepit cuping telinga Aniq. Berapi pula bila dengar Aniq cakap dia bengap.

Relax brother.  Capang telinga aku nanti kau tarik.” Aniq memegang telinganya.  Adam yang menjadi pemerhati hanya menggelengkan kepalanya perlahan.  Kenapa lah kawan-kawan dia semua perangai macam ni? Ni kalau ada Azeem, memang habis lah.  Dah boleh buat drama dan tayangan perdana dekat sini.

“Kau orang berdua nak bergaduh ke nak jalan-jalan ni? Kalau nak bergaduh, silakan.  Saya pergi dulu.” Adam melambai sebelum dia berpusing, melangkah meninggalkan mereka berdua.  Serentak Syafiq dan Aniq berpaling.

Captain, tunggu kami!” Syafiq melepaskan telinga Aniq. Laju kakinya mengejar langkah Adam.

“Fiq, tunggu aku!” Tanpa melengahkan masa, Aniq berlari anak mengejar Syafiq dan Adam.

Captain nak pergi mana sebenarnya ni?” soal Syafiq. Adam menoleh.

“Jalan-jalan pusing kota ni. Bosan kalau asyik duduk berkurung je dalam bilik.” Aniq dan Syafiq mengangguk faham.

C  |  DEAR MR PILOT ✓Where stories live. Discover now