SEPULANG dari masjid Kampung Taco pada Subuh hari itu, Adam bersarapan bersama ahli keluarganya. Pagi itu, Puan Ayna menyediakan nasi dagang dan kuih ketayap sebagai santapan mereka anak beranak.Selepas doa dibacakan oleh Adam, masing-masing mulai menjamu selera. Adam mencapai gelas sebelum air teh dituang ke dalam gelas tersebut.
“Pagi ni Aryan ada program dekat sekolah. Jadi, Aryan kena pergi awal.” Aryan bersuara, sekaligus memecahkan keheningan di antara mereka sekeluarga. Semua pandangan mulai tertumpu pada Aryan yang duduk disebelah Adam.
“Program apa?”
“Program untuk tingkatan lima. Cikgu suruh semua orang datang awal,” balas Aryan sebelum kembali menyuap nasi ke dalam mulutnya. Matanya pula memandang mak dan ayahnya bergantian.
“Aryan nak pergi dengan apa? Basikal? Jalan kaki? Awal pagi macam ni gelap lagi. Tak takut ke kalau-kalau ada hantu?” Raut wajah Aryan berubah keruh apabila mendengar ayat terakhir dari maknya.
“Mak ni... Tak baik tau. Mak nak ke hantu culik Yan betul-betul?” soal Aryan sambil jarinya menguis makanan di dalam pinggannya. Dahinya berkerut tidak suka. Yalah, dia takut hantu kot! Fikir dia gentle sangat ke?
“Yan, besar-besar macam ni mana boleh merajuk-merajuk. Tak nampak gentle lah. Nanti tak ada sesiapa nak.” Laju sahaja Aryan berpaling ke arah Adam.
“Apa ni? Abang pun sama ke? Tak apalah. Yan pergi sekolah jalan kaki je. Biar hantu culik Yan,” ujar Aryan, pura-pura berjauh hati. Semua nak kenakan dia aje pagi ni.
“Aloo, mak gurau aje. Yan ni. Tapi, betul lah apa yang mak cakap ni. Bahayalah kalau pergi sekolah jalan kaki. Lebih-lebih lagi awal-awal pagi macam ni. Gelap gelita lagi. Mak risaulah kalau ada apa-apa je dalam gelap tu. Kita manalah tahu.” Puan Ayna menyuarakan kerisauannya yang terbuku dihati. Anak bongsu dia, mestilah dia sayang!
“Habis Yan nak pergi dengan apa?” soal Aryan. Kalau jalan kaki dengan naik basikal pun mak dia tak bagi, habis dia nak pergi ke sekolah dengan apa? Terbang?
“Pergi dengan abang je. Kita naik kereta.” Suara Adam mencelah percakapan keduanya. Automatik semua mata tertumpu kepada Adam yang duduk berhadapan dengan Aryan.
“Serius lah? Yes, pergi dengan abang!” Dengar sahaja Adam menawarkan diri untuk menghantarnya ke sekolah, tiba-tiba dia menjadi teruja bukan main. Yalah, bukan teruja apa pun, teruja nak naik kereta aje! Hahaha.
“Tak apa ke, Adam?”
“Tak apa. Lepas tu Adam alang-alang nak ke pekan sekejap. Nak jumpa dengan Iman.” Iman tiba-tiba aje mesej dia malam-malam buta ajak jumpa dekat pekan pagi ni. Entah apa yang Iman nak bagitahu dia.
“Ha Yan, habiskan cepat. Kata nak pergi awal sekolah. Dah pukul berapa dah ni. Nanti lewat.” Puan Ayna mengingatkan Aryan supaya anaknya itu tidak terlewat.
Aryan mengangguk. Dia menurut kata-kata ibunya. Makanan yang tersisa di dalam pinggan laju sahaja di habiskan sebelum pinggan dan cawan yang digunakan di bawa ke singki dan di basuh.
“Yan tunggu abang dekat depan!” ujar Aryan sambil mengambil begnya dari kerusi sebelum laju sahaja dia mengatur langkah menuju ke atas rumah.
“Ya, ya,” sahut Adam. Seketika kemudian senyuman kecil terlakar di bibirnya. Tak menyabar betul adiknya seorang tu!
“Okeylah mak. Adam nak bersiap dulu. Takut lambat nak hantar Yan nanti.” Adam bangun dari tempat duduknya. Automatik pandangan Puan Ayna dan Encik Azhar tertumpu kepada Adam.
YOU ARE READING
C | DEAR MR PILOT ✓
Short Story𝒦.nown as Mr Pilot, Takoyaki Under Dear Series: "Leaving you is my choice, returning to you is my demand to you." ADAM KIM. Seorang jejaka yang berasal dari Kampung Taco dan berhijrah ke bandaraya Kuala Lumpur selepas ekonomi keluargany...