☁︎. BAB 8 .☁︎

91 15 79
                                    


BEBERAPA bulan telahpun berlalu. Hari itu telahpun tiba. Hari di mana Adam akan pulang menemui keluarga yang tercinta di kampung halaman. Hari ini benar-benar hari yang ditunggu-tunggu oleh Adam. Senyuman tidak lepas dari bibirnya sejak pagi tadi. Sungguh dia begitu teruja untuk bertemu ibunya kembali!

Walaupun sedikit gugup dan gemuruh, namun itu tidak menghalangnya untuk teruja dan gembira untuk pulang ke Terengganu. Akhirnya dapat juga dia pulang ke Terengganu. Segala barang yang diperlukan sepanjang di sana telahpun di kemaskan sejak semalam. Terlalu teruja punya fasal.

Beg baju yang akan di bawa ke sana di angkut keluar dari biliknya dan diletakkan di tepi muka pintu utama terlebih dahulu. Adam mahu memeriksa sekitar rumah terlebih dahulu. Takut-takut jika ada benda yang merbahaya. Suis telah dimatikan semuanya. Sumber utama elektrik di rumah itu di matikan. Setelah memeriksa tiada lagi benda yang berbahaya dan tidak lagi barang yang perlu dia ambil, Adam melangkah keluar dari rumah itu dengan lafaz Bismillah.

Pintu utama rumah di kunci. Beg-beg bajunya di angkut dan di masukkan ke dalam keretanya di bahagian seat belakang. Malas nak masukkan dalam bonet. Tersangatlah leceh ya. Usai memasukkan semua barang-barang, dia masuk ke seat pemandu. Enjin kereta dihidupkan sebelum dia membaca bismillah. Kereta BRV hitam itu perlahan-lahan bergerak keluar dari perkarangan rumah itu sebelum laju kereta itu meluncur membelah jalan menuju ke Terengganu.

Sepanjang perjalanan, Adam hanya fokus pada pemanduannya. Lagu-lagu yang terpasang di radio langsung tidak menarik minatnya. Hanya pasang sekadar ingin memeriahkan sedikit suasana di dalam keretanya yang seperti kubur sahaja sunyi sepi. Dah lah dia jenis pendiam dan serius kalau tiada geng sekepala. Aduhai, sedikit susah ya.

*****


SETELAH menempuh perjalanan selama beberapa jam, Adam akhirnya tiba dengan selamat di Terengganu. Adam memarkir keretanya berhadapan dengan sebuah rumah yang kelihatan sedikit usang. Tempat berteduh dan tempat dia di besarkan. Handbreak dinaikkan. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dihembus. Debaran halus kian terasa. Semakin lama semakin kuat.

"Calm down. You can do it. Bismillah." Pintu kereta dibuka sebaik sahaja enjin kereta dimatikan. Pintu kereta kembali di tutup. Rumah itu kembali ditatapnya. Sungguh, dia rindu rumah ini. Rumah yang sederhana, tetapi dipenuhi dengan kasih sayang yang melimpah ruah dari mak dan ayahnya. Tubir matanya bergenang. Kenangan demi kenangan mulai bermain di ruang matanya.

Di hadapan rumahnya, tempat di mana dia meluangkan masa kecilnya dahulu. Bermain lari-lari bersama ayahnya. Juga tempat dia menolong ibunya menyapu daun-daun kering yang jatuh berguguran di halaman rumah. Ya Allah, perasaan rindu itu hadir kembali menjerut tangkai hati. Matanya dipejam pejam erat.

Ya Allah, maafkan hambaMu ini kerana telah lalai dalam menjaga mak dah ayahnya.

"A...Abang?" Matanya yang terpejam dicelik kembali. Dia mencari di mana sumber suara itu. Dan tubuhnya membeku apabila pandangannya tertancap pada satu susuk tubuh yang berdiri tidak jauh dari dia.

Adik dia, Aryan.

"Abang?"

"Aryan..." Mata Aryan berkaca-kaca. Beg sekolah yang tergantung di bahu melurut jatuh ke tanah.

"Abang!" Tanpa berfikir panjang, Aryan berlari mendapatkan Adam iaitu abang kandungnya yang sudah lama tidak ia temui. Tubuh Adam terdorong beberapa langkah ke belakang apabila Aryan memeluknya. Erat. Sungguh erat. Adam pejam matanya erat. Cecair hangat yang jernih itu akhirnya gugur ke pipi.

"Aryan..."

"Abang. Abang pergi mana? Lamanya abang nak balik. Kami semua rindu sangat dengan abang." Teresak Aryan menangis. Tidak kesahlah maruahnya sebagai lelaki jatuh sekalipun. Asalkan dia dapat melepas rindu dengan abangnya yang satu itu. Adam mulai sebak, dia mengetap bibirnya.

C  |  DEAR MR PILOT ✓Where stories live. Discover now