☁︎. BAB 10 .☁︎

108 13 85
                                    

       
      HARI berganti dari malam menjadi siang.  Awal-awal pagi lagi dapur sudah berasap.  Apabila hidungnya terhidu sesuatu yang sedap, Puan Ayna perlahan-lahan menapak menuju ke arah dapur.  Sampai di muka pintu, kelihatan satu susuk tubuh sedang memasak di dapur. Sesekali kedengaran juga nyanyian terbit dari bibir lelaki itu. Dahi Puan Ayna berlapis.

“Adam?”

“Allahu!” Tomato yang berada dalam tangannya tercampak apabila ada suara yang menegur.  Adam pegang dada sebelum dia perlahan-lahan menoleh ke belakang.

Eh, mak.  Awal mak bangun.  Pergilah tidur dulu.  Nanti sarapan dah siap, Adam kejutlah.” Pandangan di hala ke arah maknya.  Sambil-sambil itu dia tertanya-tanya kemana sudah pergi tomato tadi.  Cepat betul hilang.  Tak ada pula tanda-tanda tercampak dekat mana-mana kawasan dalam dapur ni.  Aneh.

“Buat susah Adam aje.  Biar lah mak yang masak.” Melihat Puan Ayna yang berura-ura ingin turun ke dapur, laju sahaja Adam mencegah. Memang taklah dia nak bagi mak dia turun ke dapur.  Dah lah tangga tinggi, mak dia pula sakit lutut.  Tak fasal-fasal jatuh nanti.  Fuhh, tak boleh bayang!

“Tak apa, biar Adam aje yang buat. Mak pergi rehat.  Mak kata lutut mak sakit.  Nanti makin sakit pula bila turun dapur. Ya? Mak pergi naik dulu. Nanti Adam hantarkan sarapan dekat mak.” Adam menaiki tangga.  Lengan maknya dipegang sebelum dia menuntun maknya menuju ke arah bilik maknya semula.

“Tapi...”

“Tak ada tapi-tapi. Mak kena rehat. Adam bimbang mak sakit lagi. Ya mak? Dengar cakap Adam.  Adam sayangkan mak.” Adam cuba memujuk.  Tak nak lah dia menyusahkan mak dia.  Selagi ada, kena hargai.

Puan Ayna awalnya ragu-ragu.  Namun, pada akhirnya dia hanya mengalah sahaja.  Dia kembali ke bilik dengan bantuan Adam. Perlahan-lahan Adam memapah maknya naik ke atas katil sebelum dia menyelimutkan maknya kembali.

“Kalau mak nak apa-apa, panggil aje Yan.  Yan ada dekat luar tu ha. Buat kerja sekolah.” Tangan Puan Ayna digenggam kemas. Puan Ayna hanya memberi satu anggukan.

“Kalau kamu perlukan pertolongan, panggil aje mak ya?” Melihat Puan Ayna senyum, Adam tidak tergamak untuk mengatakan tidak. Sayu terus hatinya melihat pandangan redup maknya.

“Ya, in Shaa Allah. Mak rehat ya?” Puan Ayna menurut sahaja.  Dia kembali berbaring di atas katil itu. Adam menunduk, mencium dahi maknya sekilas sebelum dia kembali bangun. Perlahan-lahan Adam menapak pergi, kembali ke dapur semula.

Laju sahaja dia menuruni tangga menuju ke arah kuali yang apinya tidak dia tutup.  Moga-moga tidak hangus lah karipap dia.  Fuh, kalau hangus, menangis tepi kuali lah jawabnya. Cepat-cepat dia membalikkan karipap itu.  Fuh, adalah kesan hitam-hitam sikit, tapi mujur tidak hangus.

“Fuh, mujur.” Tepat ketika itu, terasa ada benda jatuh atas kepalanya. Tubuh Adam terus membeku.

“Apa benda pula ni atas kepala aku?” Adam angkat tangannya, mengambil sesuatu yang jatuh di atas kepalanya. Apabila diturunkan, Adam sedikit terkejut. 

“Tomato?” Tomato tadi ke? Yang tiba-tiba ghaib bagai di ambil bunian tu? Adam mendongak, memandang ke atap dapur. Ada kesan merah di atap dapur.

Boleh pula eh landing elok dekat situ? Ingat Spiderman ke boleh melekat pada dinding atau atap?  Adam tergeleng perlahan sebelum tomato itu dia buang ke dalam tong sampah.  Tak boleh makan.  Ada kuman dan bakteria. Memang lah boleh basuh, tapi tetap kotor sebab habuk-habuk atas sana melekat pada tomato.  Adam sambung memasak.  Kali ini lebih berhati-hati agar tidak kanja lagi.

*****


        USAI maknya habis makan, pinggan yang digunakan di letakkan semula di atas dulang. Sempat juga dia mengurut kaki maknya sebentar tadi kerana maknya asyik mengeluh sakit lutut.

C  |  DEAR MR PILOT ✓Where stories live. Discover now