USAI makan malam, Ain duduk di beranda rumah. Dia duduk di tangga sambil memeluk kakinya. Pandangan pula dialihkan ke dada langit, menatap bintang-bintang yang bertaburan yang tidak terhitung jumlahnya. Tiba-tiba bibirnya mengukir senyuman nipis.“Subhanallah,” gumam Ain sambil matanya masih tidak lepas memandang ke langit. Melihat bintang buat hatinya menjadi tenang. Entah siapa bintang yang akan menyinari hidupnya kelak. Nafas dihela perlahan. Pandangannya dialihkan dari memandang langit. Dia menatap lurus ke arah lampu jalan yang menyala menerangi jalan kampung itu.
“Seriuslah aku suka dia?” gumam Ain. Seketika kemudian kepalanya tergeleng perlahan.
“Nak dibandingkan aku dan dia, aku ni apalah sangat. Baru jumpa dua tiga kali, tak logik lah kalau aku suka dia. Ah, mungkin mainan perasaan aku.” Ain menghela nafas panjang. Dia menongkat dagu di atas kepala lututnya. Fikir fasal Adam memang buat dia tak tidur malam. Jantung dia pun satu. Bila nama Adam terlintas dalam fikirannya, terus berdetak kencang bagai baru lepas marathon empat kilometer. Kadang-kadang sampai satu tahap senyum seorang diri.
Kadang-kadang sampai di tegur oleh tok wan sebab senyum seorang-seorang. Aih, dia pun tak faham dengan diri dia. Sangat aneh.
“Takkanlah cinta pandang pertama. Tapi... Aduh! Susahlah macam ni.” Ain sembam wajahnya pada lengan. Senyuman Adam terbayang-bayang di ruang matanya.
“Tak Ain! Kau tak suka dia! Kau tak cinta dia! Mungkin hasutan syaitan aje kut.” Ain angkat bahu. Malas lah nak melayan perasaan tu. Entah-entah syaitan punya kerja nak hasut dia. Aduh, habis lah kalau macam ni! Dah lah dia tak pernah simpan perasaan kepada sesiapa. Jadi, ini kali pertama dia jadi begini. Senyum seorang-seorang, cakap seorang-seorang.
“Cucu wan ni okey tak? Kejap geleng, kejap senyum. Kenapa ni?” Ain terus berpaling ke belakang apabila ada suara yang menegur. Kelihatan tok wan nya sedang duduk di muka pintu sambil memandangnya dengan senyuman di bibir. Ain turut membalas senyuman itu sebelum kepalanya digeleng perlahan.
“Tak ada apalah. Ain saja aje. Bosan.” Terpaksalah dia menipu. Takkan lah dia nak berterus terang dengan nenek dia. Lagipun tok wan dia faham ke? Biasalah, percintaan orang muda zaman sekarang ni complicated. Complicated mengalahkan orang yang dah kahwin. Aduhai!
“Alah, macamlah wan percaya. Ain, kamu jangan tipu wan lah. Ingat wan tak tahu kamu fikir fasal seseorang?” ujar tok wan. Ain pandang tok wannya dengan kerutan di dahi. Tok wan nya pula sudah tersenyum-senyum.
“Seseorang? Siapa?” soal Ain, pura-pura tak tahu. Walhal dalam hati dah cemas. Bimbang kalau tok wan dia tahu. Kalau tahu sahaja tak apa. Ni kalau bagitahu ayah dia, mati dia. Tak pasal-pasal kena soal siasat 24 jam nanti.
“Siapa lagi. Lelaki yang hantar kamu balik tempoh hari. Yang tinggi-tinggi, mata sepet-sepet tu lah.” Wajah Ain dikerling. Riak wajah terkejut terbias di wajah itu sebelum Ain cepat-cepat tayang riak wajah biasa.
“Siapa? Bila?” soal Ain pura-pura tak tahu. Aduh mak! Tok wan dia dah dapat tahu siapa. Harap tak pergi carilah Adam. Fuhh, mohon dijauhkan.
“Ikut kamulah Ain. Nak tipu wan agak-agak sikit. Wan makan garam dulu dari kamu. Kalau kamu tak nak bgithu pun tak apa. Lambat lain pun Wan tahu juga. Apa-apa pun, jaga-jaga lah. Jangan jatuh hati pula. Takut kamu yang tersakiti nanti bila dah dapat tahu kebenaran.” Tanpa menunggu balasan dari Ain, tok wan bangun dari tempat duduknya sebelum masuk kembali ke dalam rumah, meninggalkan Ain dengan penuh tanda tanya.
“Jangan jatuh hati takut nanti tersakiti? Apa maksud wan? Kebenaran apa pula ni?” Ain menghela nafasnya perlahan. Jatuh cinta pun salah? Nampaknya dia perlu hapuskan perasaan tu sebelum makin larut. Fuh, bunyi macam senang. Tapi susah. Sebab melibatkan perasaan yang susah untuk dikawal.
YOU ARE READING
C | DEAR MR PILOT ✓
Kurzgeschichten𝒦.nown as Mr Pilot, Takoyaki Under Dear Series: "Leaving you is my choice, returning to you is my demand to you." ADAM KIM. Seorang jejaka yang berasal dari Kampung Taco dan berhijrah ke bandaraya Kuala Lumpur selepas ekonomi keluargany...