☁︎. BAB 12 .☁︎

82 9 77
                                    


KEDAI makan itu dibuka seperti hari-hari biasanya. Petang itu pelanggan ramai dari kebiasaannya. Mungkin lepas aktiviti gotong-royong kampung buat mereka semua penat? Ain angkat bahu. Dia kemudiannya kembali ke dapur. Dulang yang cawan berisi air tersusun rapi itu di ambil selepas dulang kosong yang dia pegang tadi diletak di atas meja. Dia kembali ke hadapan. Meja yang terdapat sekelompok pak cik beserta lelaki muda ditujui.

"Ni air." Ain meletakkan dulang itu di atas meja.

"Alhamdulillah, sampai pun air. Terima kasih." Seorang pak cik berkopiah putih berkening lebat dan berbaju hijau laju mencapai secawan air sebelum diteguk rakus. Dahaga sangat gamaknya.

"Terima kasih Ain." Seorang lelaki muda melemparkan senyuman nipis kepada Ain. Ain hanya mengangguk.

"Rumah siapa dekat hujung kampung sana? Macam terbiar aje." Salah seorang dari mereka memulakan perbualan.

"Kau tak tahu ke? Rumah tu dah lama terbiar. Tak ada sesiapa duduk. Pemilik dia dah meninggal setahun lepas." Seorang lelaki muda berbaju jersey hitam putih Terengganu menyampuk.

Ain yang mengelap meja berdekatan hanya menguping perbualan di antara mereka.

"Ya tak kau? Ada penduduk kampung pernah nampak rumah itu bercahaya malam-malam. Entah-entah..."

"Kau jangan cakap bukan-bukan. Ingat ni cerita hantu yang seram-seram dalam tv tu ke? Hish! Dia kacau kau malam ni, baru kau tahu." Sidek, lelaki berjersey biru turut menyampuk. Sempat dia menampar lengan lelaki yang hendak bercakap bukan-bukan tadi. Fuh, kalau datang sungguh makhluk tu, orang pertama dia cari lelaki tu dulu.

"Aku cakap benda betul lah. Aku pun nampak masalahnya. Kau ingat aku nak sangat reka cerita?" Lengannya yang ditampar digosok. Sakit woo!

Ain termenung seketika. Rumah hujung kampung? Rumah yang usang tu ke? Sarang hantu ke sarang penagih? Uish, meremang bulu roma dia.

"Assalamualaikum. Ain." Satu suara memberi salam. Ain menoleh ke kiri. Adam!

"Waalaikumussalam. " Salam dijawab. Adam pula dipandang. Lewat pula harini datang. Ada kerja kut.

"Nah. Maaf lambat harini. Saya tolong Azeem tadi. Lepas tu, balik rumah nak uruskan mak saya." Plastik itu bertukar tangan.

"Tak apa. Terima kasih eh untuk takoyaki," ujar Ain. Dia nak tunjuk excited, takut orang kata dia melebih. Padahal dapat takoyaki aje. Adam angguk sambil tersenyum. Melihat senyuman Adam, Ain alihkan pandangan. Weh, manis gila! Blushing jap.

"Saya balik dulu. Nanti kita jumpa lagi," ujar Adam. Nak stay lama, Tapi teringat mak dia dengan rumah tiada sesiapa jaga. Ayah dia ikut ayah Azeem. Adik dia ada kelas petang.

"Eh Ain, Adam." Kedua-duanya menoleh apabila ada suara yang memanggil mereka berdua. Kelihatan satu meja yang dipenuhi lelaki itu memandang mereka berdua.

"Kau orang berdua rapat semacam aje. Tiap-tiap hari aku nampak Adam hantar makanan dekat kau. Kau berdua dah kahwin eh?" Soalan Sidek buat Adam dan Ain terdiam. Tiba-tiba keadaan menjadi janggal diantara mereka. Mereka berpandangan antara satu sama lain. Terkulat-kulat mereka berdua apabila disoal begitu.

"Haah, kau orang dah kahwin ke?" Suara lain pula bertanya.

"Err... Kami..." Belum sempat Adam berkata-kata, Ain memintas kata-kata Adam.

"Tak! Mana ada. Kami cuma sebatas kawan. Tak lebih pun dari tu." Cepat Ain menyangkal. Dia tidak mahu hal ini menjadi fitnah dan menjadi bualan orang kampung. Bukan dia tak tahu ramai yang sedang bercakap tentang mereka sekarang. Sampaikan kawan-kawan sekerja pun pernah bertanya begitu kepada dia. Adakah dia dan Adam telah kahwin?

C  |  DEAR MR PILOT ✓Where stories live. Discover now