☁︎. BAB 14 .☁︎

91 10 34
                                    

 
        HARI demi hari berlalu. Adam dan Ain masih tidak bersua muka. Ain jadi tidak senang duduk. Rasa serba-salah kian menebal. Walaupun Adam kata dia tak marah dan tak ada kena mengena pun fasal haritu, namun dia tetap rasa bersalah.

Manakala, Adam pula buat tidak layan sahaja dengan perasaan nya. Takut makin di layan, makin menjadi-jadi.

Kelihatan Ain sedang duduk di beranda rumah. Walaupun semua ahli keluarga dia dah tidur, dia masih tetap berjaga. Tak rasa mengantuk. Perutnya dipegang. Dia lapar sekarang.

"Nak makan takoyaki..." gumam Ain perlahan. Tiba-tiba aje dia terasa ingin makan takoyaki.

"Keluar lah sekejap. Ayah tak marah kut." Ain bangun dari tempat duduknya sebelum menapak masuk ke dalam rumah. Setelah memakai pakaian yang sesuai dan mengambil barang-barang keperluannya, Ain menapak keluar kembali. Pintu rumah dirapatkan kembali perlahan-lahan agar tidak menghasilkan bunyi yang kuat. Anak tangga dituruni satu persatu sebelum dia menyarung selipar. Jangan risau, dia dah pakai stokin okeyy!

Dia mula mengorak langkah menuju ke arah rumah Azeem. Sesampai di rumah Azeem, Ain memberi salam. Selepas tiga kali memberi salam, baru dedaun pintu terbuka. Terpampang lah wajah Azeem. Muka macam baru bangun tidur.

"Waalaikumussalam. Hah, apa kau nak datang rumah aku malam-malam buta ni?" Azeem turun ke beranda rumah. Matanya digosok-gosok banyak kali. Beberapa kali tangannya singgah pada mulutnya apabila dia menguap.

"Azeem, jom teman aku cari makan. Aku lapar lah." Azeem dipandang. Dia betul-betul berharap Azeem dapat teman dia. Takut nak pergi seorang diri.

"Buat apa? Dah lewat malam ni." Azeem buat muka. Sumpah dia mengantuk sekarang.

"Please Azeem. Sekejap je. Tak lama pun. Sanggup ke kau biar kawan kau lapar?" Ain memandang Azeem dengan pandangan berharap. Azeem memutarkan bebola matanya jengah.

"Cih, yalah yalah. Kacau betul lah. Tunggulah aku sekejap. Nak basuh muka." Ain tersenyum gembira sebaik sahaja Azeem setuju ingin menemaninya.

"Mekasih Zeem! Aku tunggu. Pergilah bersiap dulu." Azeem tidak menghiraukan Ain dan terus masuk ke dalam rumah untuk bersiap.

Ain setia menunggu di hadapan rumah itu.

Setelah lima minit, Azeem keluar kembali dari rumahnya. Daun pintu ditutup rapat sebelum dia menuruni anak tangga. Ain menoleh.

"Jomlah." Mereka memulai perjalanan mereka. Lampu-lampu jalan menerangi sepanjang jalan mereka.

"Kau nak makan apa? Ada ke kedai buka malam-malam macam ni?" soal Azeem. Tak puas hati jugalah. Ajak dia keluar malam-malam buta semata-mata lapar dan nk cari mkn.

"Aku nak makan takoyaki. Craving weh," ujar Ain dengan senyum di bibir. Terliur pula dia apabila teringat takoyaki yang dia pernah makan sebelum ini.

Dahi Azeem berkerut. Ain dipandang.

"Takoyaki? Mana ada gerai takoyaki dekat kampung ni. Kau jangan nak merepek."

"Adalah!" Laju Ain membalas. Kalau tak ada, masakan dia keluar malam-malam, ajak Azeem semata-mata nak cari takoyaki.

"Tak ada!"

"Ada!"

"Tak ada! Jangan kau nak lipat aku," ujar Azeem, geram.

"Ada! Dekat hujung kampung tu apa? Hah?" soal Ain, tak puas hati. Dia yakin dia tak buta. Haritu dia nampak gerai tu dekat hujung kampung.

Azeem memutarkan bebola matanya, jengah.

"Yalah, memang kampung ni ada gerai takoyaki. Ada dua aje gerai takoyaki. Tapi, dua-dua tutup malam. Kau nak pergi beli ke? Entah-entah hantu yang duduk meniaga dekat situ." Selamba Azeem berkata begitu. Ain laju sahaja menampar bahu Azeem dengan beg duitnya.

C  |  DEAR MR PILOT ✓Where stories live. Discover now