☁︎. BAB 3 .☁︎

148 21 184
                                    

         

      MALAM itu usai makan malam bersama dengan Azeem, Adam kembali ke biliknya. Dia duduk bersila di atas katil menghadap jendela. Dia merenung ke arah langit yang terbentang luas di luar. Bintang-bintang berkelipan menghiasi langit melengkapkan lagi alam yang sudah sedia cantik itu.

“Apa agaknya yang ibu, ayah dengan adik tengah buat sekarang?” Adam termenung jauh. Rasa rindu semakin membuak-buak terhadap keluarganya.  Sudah hampir tiga tahun dia berkelana di negeri orang.

Sesekali terdetik juga rasa ingin pulang ke kampung halaman. Namun, kekangan masa membuatkan dia membatalkan sahaja niat dan angan-angannya. Tambah-tambah lagi dia belum bersedia.

“Apa lah agak-agak nya reaksi ibu bila aku balik sana. Mesti gembira kan? Lepas tu dia senyum dekat aku. Ya Allah, rindunya ibu. I miss all about you, ibu.” Adam tersenyum pahit. Bayangan ibunya, ayahnya serta adiknya bermain di ruangan matanya.

Dia menunduk, memandang sekeping gambar yang dipegangnya. Gambar dia dan keluarganya. Aryan ketika itu berusia tiga tahun dan dia ketika itu berusia kira-kira 14 atau 15. Gambar ibu dan ayahnya juga kelihatan bahagia dengan senyum yang terpatri di bibir keduanya.

Adam pejam mata erat-erat sebelum gambar itu dibawa ke dada. Air matanya menitis.  Semakin lama semakin deras.

Adam dah berjaya, ibu. Adam dah berjaya, ayah. Adam dah berjaya semua. Tunggu Adam pulang ke pangkuan ibu dengan ayah. Adam pasti akan pulang.

*****

      “HA! Adam Kim!” Adam yang sedang mengelamun jauh tersentak bukan main apabila disergah. Pantas dia menoleh apabila mendengar suara tawa milik seseorang. Azeem.

Adam memandang rakannya kosong. Nak bagi dia malu agaknya kut, dok main sergah-sergah orang. Dia memandang ke hadapan semula, memandang alam semula jadi yang indah dan damai itu. Azeem berhenti ketawa apabila melihat Adam sepertinya tiada mood untuk bergurau senda mahupun ketawa.

“Okey, aku minta maaf. Kau okey tak ni?” soal Azeem apabila perasan air muka Adam.

“Tak,” jawab Adam sepatah. Azeem kerutkan dahi memandang Adam.

“Tak? Kenapa? Kau ada masalah? Kalau ada, cerita lah dekat aku. Mana tahu aku boleh tolong kau.”  Mendengar kata-kata Azeem membuat Adam menghela nafas panjang. Dia memandang Azeem yang berada di sebelahnya.

“Patut ke aku balik ke Terengganu lepas habis percutian kita ni?” soal Adam, meminta pendapat. Azeem diam seketika.

“Ya, kau memang patut balik Terengganu lepas percutian ni.  Patutnya dah lama kau balik sana.  Tapi itu lah.  Kau ni degil. Pasal urusan kerja, semua tu boleh tinggal sekejap.  Kau tak rugi apa-apa pun. Kau pilot berpengalaman dan berpengetahuan. Mesti dia orang tak akan berani buang kau punya sebab minta cuti. So, kau patut balik sana.” Azeem menepuk-nepuk bahu Adam.

“Kau nak ikut tak?” soal Adam. Pandangan di alihkan.  Dia memandang Azeem.

“Nak! Aku rindukan mak aku. Aku rindu nak mandi sungai.  Aku rindu nak lepak dengan kau dekat pondok dekat jambatan yang nak ke kampung sebelah tu.” Azeem mulai mengimbau kenangan.  Dia rindukan segala-galanya tentang kampung halaman.

“Ingat lagi kau eh. Entah-entah pondok tu dah dirobohkan.  Bukan dia orang nak buat projek ke dekat situ?” soal Adam.

“Itu lah kau tak pernah nak ambil tahu hal kampung sendiri bila dah jadi orang bandar. Sebenarnya dia orang tak robohkan pun. Projek tu dibatalkan sebab pengurus projek tu meninggal. Meninggal sebab penyakit misteri,” cerita Azeem. Adam terangguk-angguk, mengerti dengan apa yang diceritakan oleh Azeem.

C  |  DEAR MR PILOT ✓Where stories live. Discover now