Bab 47

68 9 0
                                    

Mustika mengangkat kain yang dia jemur di ampaian. Tiba-tiba matanya bertembung dengan mata coklat Adi yang tidak jauh dari dia. Laju dia mengalihkan pandangan ke arah lain, laju dia mengangkat kainnya. Dia mahu masuk rumah cepat, tak kuat nak duduk diluar ni lama-lama.

Adi tersengih kecil. Terus dia meninggalkan Lanang dan bergerak kearah Mustika. Dia tak sedarkah yang Mustika tu malu dengan dia?

“Kak Mustika” langkah laju Mustika terhenti apabila Ayu menegurnya. Nak taknak dia kena layan. Setelah Ayu pergi Mustika menegakkan badannya untuk pergi, terkejut dia bila Adi betul-betul di sebelahnya memandang dia. Terdongak dia memandang Adi, tapi tak lama terus sahaja dia menunuduk. Malu.

“Kau baik-baik sahaja?” Mustika mengangguk. Senyap..... Adi mengikut belakang Mustika meletakkan raga buluh yang diisi bajunya di kerusi luar rumah. Janggal dia rasa bila Adi tenung dia begini.

“Te...terima kasih,” ucap Mustika perlahan. Adi angkat kening.

“Terima kasih sebab bagi kain tu.... kain tu terlalu berguna, tuanku” mata Mustika tidak memandang Adi. Adi hanya memandang telatah Mustika yang agak comel dimatanya. Dia tersenyum senget.

“Tak perlu berterima kasih pada aku. Kain itu tuanku puteri yang punya. Terima kasih pada dia,” kata Adi bersahaja sambil menyilangkan lengannya ke dada.

“Tuanku puteri yang bagi? Tuanku puteri tahu? Tuanku ceritakan pada diakah?” cemas Mustika bertanya, tak sedar badannya makin mendekati Adi. Adi berundur sedikit.

Adi ketawa merdu, “Takkan aku mahu ceritakan pada dia, itukan aib kau. Bukankah dosa membuka aib manusia?” tanya Adi sambil membongkokkan badannya sedikit dengan kening sebelahnya diangkat. Mata Mustika berkelip beberapa kali dan mengangguk.

“Tuanku jangan ceritakan pada siapa-siapa ya....” Adi hanya mengangguk dengan senyuman lebarnya. Suka pula dia melihat muka cemas Mustika ni. Takut sangat.

Adi jeling Mustika yang bermain dengan jarinya. Dia senyuma sehingga menampakkan barisan giginya. Dia ketawa halus, dan memandang arah lain. Cuba menahan ketawa.

“Tuanku jangan ketawa, malu kita nanti,” Mustika menegur dengan mukanya yang berkerut. Mahu marah tapi kena sabar.....

Adi memandang Mustika dengan senyuman masih tak lekang di bibirnya,  badannya membongkok  betul-betul menyamai ketinggi Mustika. Mustika terundur sendikit kebelakang. Matanya dan mata Adi menatap sesama sendiri.

“Mana ada aku ketawa Mustika, aku senyum. Sekurang-kurangnya aku tahu, kau masih sihat.” Adi berkata lembut.

Sangat lembut Adi berkata dengan suara medunya. Dada Mustika terasa sesak, melihat wajah kacak itu tersenyum lembut. Dia rasa dihargai, sangat dihargai. Mata bulat Mustika masih merenung Adi, dia tak berkutik dia disitu, sungguh polos wajahnya ketika ini.

Adi ketawa, melihat muka cantik itu. Dia tak dapat tahan dari ketawa. Mustika mengerut keningnya.

“Tuanku ketawa lagi...” bibir Mustika mencebik. Tak suka la macam ni! Alah gedik sungguh kau ya Mustika....

“Maaf, aku tak boleh berhenti ketawa,” kata Adi sambil ketawa suka. Buat pertama kali Mustika melihat Adi gembira begini. Betul la orang kata, kalau kita senyum, semua orang tersenyum, bila semua senyum, dunia takkan terhenti.... eh

Dia terikut ketawa, “Kau comel Mustika, aku suka. Aku pergi dulu jaga diri!” kata Adi sambil melambai tangannya pada Mustika dan beredar dari situ. Mustika terdiam, pipinya terasa panas.

Dia kena puji kan tadi? Mustika tersengih malu, dia cuba menghentikan sengihannya, tapi tak boleh!

Tersengih panjang dia ketika itu. Suka la macam ni! Gatal kau Mustika!

-
-
-
-
Elelele suka betul tengok diorang ni 😇

Eka Asmara ✔️Where stories live. Discover now