Bab 31

85 6 1
                                    

Mustika dan Adi telah tiba di kampung, pelik Mustika dibuatnya apabila ramai yang berkumpul seperti ada kejadian baru terjadi.

“Mustika, risau kita dibuatnya. Nasib Lanang memberitahu Mustika keluar bersama Adi,” sapa Puspa selepas Mustika tiba disitu. Mustika tersengih bersalah dan melilaukan matanya memandang sekeliling.

“Apa yang berlaku Puspa? Kenapa semua nampak kalut?” tanya Mustika risau. Puspa hanya memuncungkan bibirnya menunjuk ke satu arah.

“Ada pendatang,” balas Puspa. Mustika melihat ada seorang lelaki bersusuk sasa dan berbaju melayu. Dia kenal baju itu seperti orang-orang dikampungnya pakai, terus dia memandang Puspa meminta penjelasan.

Puspa tahu apa yang bermain di fikiran Mustika, dia mengangguk.

“Bagaiman dia boleh masuk ke sini?” tanya Mustika perlahan, dia mahu berjalan pergi ke lelaki itu tetapi di tahan oleh Puspa.

“Dia tidak akan perasan bahawa kau juga manusia seperti dia. Biarkan sahaja, kita tengok apa yang jadi,” kata Puspa. Mustika berfikir sejenak.

“Puspa kamu ada dengar bunyi dentuman?” tanya Mustika. Puspa mengangguk “Bunyi dentuman itu datang dari pintu masuk alam ini, ia akan berbunyi jika ada orang dari alam lain masuk kesini. Kerana itu waktu kedatangan kamu, semua penduduk terkejut kerana dentuman sedikit pon tidak terhasil,” balas Puspa bersahaja sambil tangannya ralit menyidai baju.

“Tak sabar mahu melihat apa yang terjadi seterusnya,” kata Puspa dengan senyuman bermakna. Mustika berkerut.

“Haihh, Mustika tak usah risau. Bukan kami yang membawa dia ke alam ini. Dia yang mengingkar arahan. Nasib tuanku puteri yang menemuinya, jika pihak sana yang terjumpa. Tidak tahu la apa yang jadi,” Mustika faham ‘pihak sana’ yang dimaksudkan oleh Puspa. Dia hanya berdiam walaupun hatinya rasa serba tak kena.

 Dia hanya berdiam walaupun hatinya rasa serba tak kena

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Mustika sedang duduk di tangga mengambil angin petang. Banyak perkara yang dia fikirkan ketika ini, terutamanya perihal lelaki manusia tadi.

Apa yang akan terjadi padanya? Perkara buruk akan terjadi pada dia kah? Entahlah tapi kenapa dia perlu berfikir hal lelaki itu pula.

“Hai kak Mustika, mari teman kita ke taman bunga kampung ini, boleh?” ajak Ayu secara tiba-tiba. Terperanjat Mustika, tah bilanya gadis kecil berada disebelahnya.

“Taman bunga? Buat apa?” Ayu hanya tersengih sambil menampakkan barisan giginya. “Mari sajalah kak Mustika, bunga di sana cantik-cantik. Lagipun mak menyuruh kita memetik bunga katanya mahu diguna.” terang Ayu sambil menarik tangan Mustika untuk mengikutnya.

Sampai di sana Ayu dan Mustika memetik bunga dan meletakknya di dalam bakul. Kadang mereka sengaja berman dengan bunga itu. Bunga itu mereka sambungkan dan dijadikan rantai, gelang, cincin dan sebagainyalah. Ada sahaja ulah si Ayu ni, sengaja katanya tak mahu balik lebih awal.

Mustika hanya mengikut karenah Ayu, lagipun dia suka. Taman bunga ini menarik, betul kata Ayu bunga-bunga disini cantik. Tenang sahaja mata melihatnya, baunya juga harum ditambah pula dengan angin sepoi-sepoi bahasa pada petang itu. Sungguh nyaman.

Mustika yang sungguh ralit tidak perasan bahawa selendangnya telah ditiup angin, Ayu juga tidak perasan akan hal itu. Mereka telalu menikmati keindahan alam nampaknya.

Adi sedang menunggu Lanang untuk bersiap, katanya mahu pergi memburu. Jadi dia membuat keputusan untuk berjalan di taman bunga, seketika dia perasan akan satu kain putih. Pantas dia mengambilnya dan membelek.

Ya dia perasan kain itu kepunyaan siapa, itu selendang Mustika. Pantas dia menoleh mencari kelibat Mustika
.
Terhenti matanya apabila dia melihat sosok Mustika sedang bermain bunga dengan Ayu, dia terpegun dengan kecantikan Mustika. Rambut Mustika yang bergelora tanpa diikat dia pandang lama. Selalunya Mustika akan menutup rambutnya, tapi kali ini rambut Mustika terdedah dan gadis itu sungguh menawan.

Adi menggenggam selendang putih milik Mustika dengan kuat, berdebar dia rasa. Tak tahu, terasa mahu gila!
Ayu yang perasan akan kedatangan Adi terus memandang Mustika dihadapannya dan tersenyum nakal.

“Kak Mustika, Ayu mahu ke satu tempat sekejap. Nanti Ayu datang balik,” kata Ayu sengaja mencipta alasan. Mustika hanya mengangguk sambil menghidu bunga mawar merah ditangannya. 

Eka Asmara ✔️Where stories live. Discover now