Bermula kisahnya dimana seorang gadis, Mustika Delima tersesat masuk ke kawasan terlarang sewaktu mencari adiknya.
Disangkakan sudah berhati-hati tapi sayangnya nasib tak menyebelahinya apabila dirinya benar-benar berada di alam lain.
Adi Rajuna s...
Adi mahu mendekati Mustika setelah Ayu pergi, jujur dia katakan. Dia seolah-olah tidak perasan bahawa Ayu masih ada disitu atau tidak.
Matanya hanya tertumpu pada Mustika, wahhh sudah gila ni. Perlahan dia mendekati Mustika.
Dia melutut di belakang Mustika tanpa Mustika sedari, pantas sahaja dia menutup rambut Mustika dengan selendang yang berada di tangannya.
Terkejut Mustika dibuatnya, pantas dia menoleh kebelakang melihat siapa yang berada dibelakangnya. “Tuanku,” terkedu Mustika apabila dirinya dan Adi terlalu dekat.
“Jangan biar keindahan rambutmu ditatap laki-laki, mereka boleh tergoda” kata Adi sambil mengambil tempat dihadapan Mustika. Mustika malu seketika dan membetulkan selendangnya.
“Terima kasih,” Mustika melihat Adi bermain dengan bunga yang mereka petik. Adi tidak tahu mahu membuat apa, lagipun Lanang belum bersiap. Mustika melihat Adi, dan bunga ditangan dia silih berganti.
Tanpa apa-apa arahan, tiba-tiba sahaja Mustika menyelitkan sekuntum mawar merah pada telinga Adi. Adi terperanjat dan menyentuh bunga yang diselitkan Mustika tadi.
“Cantik,” Mustika tersenyum dan ketawa, ketawa apabila melihat laki gagah dihadapannya ini dengan sekuntum bunga di telinga.
Adi turut tertawa dengan ulah Mustika, pantas dia mengambil bunga tersebut dan menyelitkannya di telinga Mustika. “Bunga ini lagi cantik, jika kau si pemakainya,” puji Adi ikhlas sambil melihat bunga itu.
Mustika terdiam dan menunduk. Malu pula dia rasa, dadanya rasa mahu meletup sekarang.
“Adi, mari. Kita boleh berangkat segera!” jerit Lanang dari jauh menyentakkan mereka berdua. Pantas Adi bangun dan membersihkan debu-debu tanah pada seluarnya.
“Aku pergi dulu,” Mustika hanya mengangguk dan membiarkan sahaja Adi pergi dari situ. Dia memegang dadanya, dia keliru. Sudah lama dia tak rasa perasaan sebegini, kali terakhir ketika dahulu. Ketika dia jatuh hati pada abang kepada temannya.
‘Aku...jatuh hatikah?’ soal Mustika tanpa dia sedar bibirnya tersenyum bahagia.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Dua hari sudah berlalu sejak kedatangan lelaki manusia itu ke kampung Wangsa Ghaib ini.
Malangnya bagi lelaki itu, dia masih tidak menyedari dia di mana, dan dengan siapa dia berbual. Perkara itu lah yang terjadi jika manusia melanggar kawasan larangan dan masuk ke tempat yang tak sepatutnya mereka masuk.
Mereka hilang akal, dan tidak sedar diri bahawa mereka di mana.
Mustika keluar dari rumahnya untuk mengambil angin. Lemas juga dia jka berkurung terlalu lama di dalam rumah kayunya itu. Dia menutup kepalanya dengan selendang sambil melihat susana sekitarnya. Agak meriah dan kalut, seperti hendak menyambut perayaan. Perayaan apa?
“Puspa apa yang sedang mereka lakukan?” tanya Mustika setelah sampai di pondok buluh yang Puspa duduki. Mustika hanya melihat Puspa yang sedang menghias bunga, pelik dia. Untuk apa bunga itu dihias?
“Kita akan adakan kenduri,” kata Lanang yang baru tiba sambil meletakkan kayu-kayu yang dia ambil di hutan tadi.
“Kenduri? Kenduri apa?” Mustika ingin tahu. “Bunga sudah disunting orang?” balas Puspa berbahasa. Mustika faham akan maksud tersirat balasan itu.
“Siapa yang bernikah?” tanya Mustika teruja, tidak tahu kenapa dia teruja. Tapi dia teruja. Puspa dan Lanang memuncungkan bibir mereka ke satu arah. Pantas Mustika menoleh. Terkedu dia seketika apabila arah yang Puspa dan Lanang tunjuk adalah arah pondok di mana lelaki manusia dan seorang gadis duduki. Mustika memandang mereka berdua meminta penjelasan. Mereka hanya mengangguk dan menyambung kerja mereka.
Mustika hilang kata, maknanya manusia itu akan bernikah dengan gadis itu. Gadis wangsa ghaib itu. Selalunya dia hanya mendengar cerita jika ada penduduk kampung yang hilang di hutan, orang kampung akan kata
“Pasti dia sudah menikah dengan puteri bunian agaknya,”
“Hmmm dah menikah dengan orang sana lah tu,”
“Dah buat kenduri dah la tu,”
Ya itu yang dia pernah dengar, dan sekarang. Ya dia percaya, dia percaya apa yang orang kampungnya katakan. Wahhh ini dah tak masuk akal! Ini gila!